Besar sebenarnya pengorbanan dan jihad seorang wanita untuk melahirkan seorang zuriat. Sanggup hadap segala kesakitan dari awal mengandung hinggalah proses bersalin. Semua yang dilakukan ini demi memastikan lahirnya seorang khalifah dengan sempurna.
Perkongsian yang menyentuh hati dari FB Mr Wan Cai Official mengenai perjuangan seorang ibu muda selepas melahirkan anak sehingga akhirnya dijemput ilahi benar-benar mengambarkan ibu adalah insan yang sangat tinggi darjatnya.
Rakan rakan sukarela wan VJSA baru sahaja bergerak dari bilik wakaf menuju ke Kampung Pauh Dara Semerak Pasir Putih Kelantan..
Jenazah ibu muda yang syahid itu telah siap disempurnakan. Malah jenazah telah disolatkan di bilik wakaf jannatul firdaus..
Perjalanan jauh merentas 3 negeri iaitu Kuala Lumpur, Pahang kemudian barulah akan tiba dilokasi rumah ahli keluarga di Pasir Puteh, Kelantan.
Kesihatan tiba-tiba merosot
Arwah Noor Syahira Binti Azizi meninggal dunia pada pukul 03.45 petang (16 Ogos 2020).
Pada 06 Ogos yang lalu hari Khamis jam 4.30 pagi arwah telah melahirkan anak pertamanya. Sehari selepas bersalin iaitu pada hari Jumaat arwah berada di dalam keadaan normal.
Maksudnya kesihatan arwah juga adalah normal dan sihat. Tetapi pada hari Sabtu iaitu 08 Ogos kesihatan arwah tiba tiba merosot. Sekitar pukul 5.00 pagi doktor mendapati arwah telah dijangkiti kuman.
Ads
Pembedahan telah dilakukan oleh pihak doktor terhadap arwah pada 01.30 petang bagi menyelamatkan nyawanya.
Mengalami sawan selepas pembedahan
Tiba tiba pada pukul 09.00 malam ibu muda itu telah diserang penyakit sawan sehingga memaksa pihak doktor mengikat kaki dan tangannya. Keputusan untuk mengikat kali serta tangan ibu muda itu terpaksa diambil kerana kerana keadaan arwah berada luar kawalan.
Pada pukul 06.30 pagi hari Ahad ibu muda ini telah hilang ingatan sehingga tidak mengenali sesiapa. Pihak doktor terpaksa memasukkan ubat antibotik dan ubat tidur bagi mengelakkan serangan sawan kembali menyerangnya.
Keadaan semakin lemah
Ads
Pada hari Ahad iaitu pada 09 Ogos pembedahan terpaksa dilakukan sekali lagi apabila pihak doktor mendapati telah banyak air di dalam paru-paru ibu muda itu. Arwah mengalami simptom kesukaran bernafas.
Malah jantungnya semakin lemah sehinggalah pada hari Isnin iaitu 10 Ogos arwah telah koma. Ini bermakna selama 6 hari arwah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau koma.
Doktor juga mendapati otak ibu muda ini sudah lagi tidak berfungsi. Selepas bertarung nyawa akhirnya arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
Berakhir juga satu penderitaan. Terhenti sudah segala kesakitan.. Perginya seorang isteri dan insan yang dicintai..Terputus sudah kasih sayang di antara si suami dan si isteri..
Tinggalkan seorang bayi lelaki
Ads
Si ibu juga pergi meninggalkan anak lelaki yang telah dilahirkan. Tinggallah si suami bersama seorang zuriat. Zuriat yang masih tidak mengerti ibu yang melahirkannya ke dunia sudah tiada lagi.
Sedih kita mendengar kisah kematian ibu muda ini. Sedih dan berat lagi situasi yang perlu ditanggung oleh si suami. Bagaimana hendak meneruskan kehidupan tanpa kasih seorang isteri di sisi.
Bagaimana pula hendak membesarkan seorang anak yang kecil tanpa seseorang yang bergelar ibu. Apa yang bakal dilalui oleh si suami selepas ini bukan satu perkara yang mudah.
Walaupun pahit hendak ditelan. Kehidupan mereka berdua perlu diteruskan. Si suami perlu bangkit untuk mendapatkan kembali semangatnya yang sudah runtuh itu..
Semoga Allah menjaga serta melindungi si suami serta anaknya. Anak yang baru dilahirkan itu masih berada di wad jagaan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Moga Allah mendengar doa saya. Semoga anak kecil itu akan diberikan kekuatan untuk terus bernyawa kerana saya yakin apabila melihat anak lelakinya itu terus sihat di depan mata akan menjadikan si suami mendapatkan semula semangatnya kembali.
Sehebat mana seorang wanita, saat berdepan dengan anak kecil yang kehilangan ibu pasti gugur air mata dan itulah yang berlaku pada selebriti, Anzalna Nasir.
Ketika sesi penggambaraan jenama tudung milik Sarah, Loveta, Anzalna gagal menahan air mata dan menangis sebaik melihat satu-satunya anak perempuan allahyarham Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra, 8.
Momen tersebut dapat dilihat menerusi perkongsian Anzalna di instagramnya. Video pendek di sebalik tabir penggambaram tersebut juga merakamkan ibu tiri Sarah, Siti Fatimah Suberi dan Talita mengalirkan air mata.
Menurut Anzalna, ketika ditawarkan untuk bekerjasama dengan jenama tudung itu, dia mengakui sukar untuk membuat keputusan dan kerap bertanya pendapat suaminya, Hanif Zaki.
“Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi @lovetahq menjadi pilihan Anzalna.
“Selain dari material/ design tudung yang mudah disarung Anzalna tertarik untuk menjadi sebahagian dari Loveta kerana ada permintaan terakhir dari arwah Siti Sarah iaitu meneruskan legasi Loveta dan dalam masa yang sama dapat menolong team Loveta mencari rezeki untuk keluarga.
“Masa team @lovetahq text dan tanya untuk kerjasama ni, Anzalna macam berbelah bahagi sebab tudung Loveta ni memang dah sinonim dengan nama arwah. Banyak kali Anzalna tanya pendapat suami sehinggalah menerimanya.
“Anyway ini shoot yang sangat menyentuh hati. Kepada team Loveta, minta maaf sekiranya Anzalna tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang shooting disebabkan terlalu emotional. Anzalna sangat rindukan arwah. Al- fatihah buat arwah,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya sebak melihat Talita dan turut sama menitiskan air mata.
“Talita, air mata yang sarat dengan kerinduan. Anak perempuan tak sekuat anak lelaki. Lagi-lagi bila sentuh soal hati… Dekta kena kuat. Doakan mumy selalu ya…”
“Tiap-tiap kali tengok ni …memang berjuraian airmata..Allahu…”
“Subhanallah, air mata auto ikut turun juga. We love you..”
“Kenapa aku pun ikut menangis.. Ya Allah Arwah kak Siti Sarah mesti tersenyum tengok apa yang dia usahakan ada orang sambung..”
“Tak sedar air mata mengalir laju..nangis tengok video ni..Al fatihah (Dibaca) untuk arwah @sitisarahraissuddin ..Tahniah @anzalnanasir88 ..Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki..”
Kredit: IG Anzalna Nasir
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiga beranak termasuk seorang bayi berusia 4 bulan maut selepas terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan petang semalam.
Kemalangan kira-kira jam 5 petang itu membabitkan sebuah kereta Proton Persona, lori dan treler.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, mangsa yang maut adalah Mohammad Adnan Anuar, 23, dari Kampung Bolok Hulu, Lanchang bersama isterinya, Siti Tul Assiqin Abdul Wahab, 23, dan anak mereka, Nur Alissa Insyirah berusia 4 bulan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa, Mohammad Adnan yang memandu Proton Persona bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.
“Apabila sampai di tempat kejadian di kawasan selekoh dipercayai kereta Proton Persona yang dipandu mangsa telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah treler.
“Kejadian menyebabkan treler berkenaan mengelak ke kiri dan bergesel dengan sebuah lori yang berada di lorong sebelah kiri. Akibat kemalangan itu, pemandu kereta, isteri dan bayi mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di dada,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Yusri berkata, pemandu treler berusia 55 tahun selamat dan tidak mengalami kecederaan manakala pemandu lori berusia 27 tahun mengalami kecederaan pada tangan kanan dan kaki kiri.
Katanya, ketiga-tiga mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat.
“Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Tular di media sosial apabila bayi perempuan dirempuh kenderaan di rumah pengasuhnya di Taman KESEDAR Putra, Gua Musang, semalam.
Terima Panggilan Daripada Pengasuh
“BANG, Aamina dah tak ada”
itulah kata-kata yang diterima seorang bapa daripada pengasuh bayinya yang maut dirempuh kereta, di Taman KESEDAR Putra, Gua Musang, semalam.
Dalam keadaan terkejut, Mohd Hafezul Abdullah, 35, bergegas ke Hospital Gua Musang (HGM) sebelum mengesahkan anak perempuannya, Aamina Inayah yang berusia 17 bulan meninggal dunia.
Hubungi Isteri Di Arab Saudi
Dia mengakui sangat sedih atas pemergian anak kedua kerana bayinya itu dapat menghilangkan kesunyian di rumah berikutan isterinya kini berada di Arab Saudi kerana bekerja sebagai jururawat.
“Saya sudah hubungi isteri saya, Kharina Sharing, 33, di Arab Saudi bagi memaklumkan berita sedih ini dan dia akan pulang segera serta dijangka tiba ke Gua Musang, hari ini.
“Jenazah bayi saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman KESEDAR Putra selepas solat Asar petang ini,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik HGM, hari ini.
Tak Sedar Bayi Hilang Sebelum Dilanggar
Dalam kejadian pada jam 5 petang semalam, Aamina Inayah dilanggar kereta Toyota Fortuner yang dipandu ibu pengasuh, Che Jah Yaacob, 54.
Che Jah ketika itu sedang mengalih keretanya yang berada di luar rumah ke dalam garaj.
Ketika kejadian, pengasuh Nor Syamimi Ibrahim, 20, berada di dalam rumah dan tidak menyedari kehilangan Aamina yang baru pandai berjalan sejak tiga bulan lalu.
Nor Syamimi bergegas mencarinya dan terdengar bunyi suara bayi menangis sebelum menemui mangsa terbaring di atas lantai di depan rumah rumahnya.
Bayi Disahkan Meninggal Dunia
Pengasuh bersama ibunya segera membawa bayi itu ke HGM sebelum disahkan meninggal dunia setengah jam selepas kejadian.
Mohd Hafezul yang bekerja di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, berkata anak keduanya itu baru sahaja ditinggalkan di rumah pengasuh sejak seminggu lalu.
Katanya, anak pertama yang berusia lapan tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi 2.
“Saya selalu menghantar anak jam 7 pagi sebelum mengambilnya semula jam 6 petang setiap hari selepas pulang bekerja dan saya tinggal di perumahan Bandar Utama.
Terima Takdir
“Apapun, saya terima takdir Allah kerana sudah sampai ajal anak saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufi Maidin ketika dihubungi mengesahkan sudah mengambil keterangan daripada pengasuh dan ibunya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.