Dikecam netizen di media sosial menjadi lumrah bagi selebriti. Syatilla juga tidak terkecuali.
Bagi selebriti popular, segala yang dimuat naik di media sosial menjadi perhatian. Ada-ada sahaja kecaman dan teguran apabila melihat sesuatu perkara yang dirasakan berlaku di luar kebiasaan mereka.
KECAMAN NETIZEN
Baru-baru ini, Syatilla juga tidak terkecuali untuk menerima teguran daripada netizen ekoran daripada posting yang dimuat naik di Instagram anaknya, Syeriv Samheizy atau dipanggil dengan nama timangan Mat Yip. Berikut ialah kapsyen gambar Syeriv yang ketika itu sedang dipeluk ibu saudaranya, Syida Melvin.
Hampa tengok sat muka mat yip. Eeee nak katok!!!!
Ads
Ada pengguna Instagram yang telah mendakwa Syatilla sering bercakap kasar dengan Syeriv. Dia melahirkan perasaan sedih dan malu serta bimbang sekiranya perkara tersebut menjadi kebiasaan. Jelasnya lagi, walau pun dia sendiri anak kelahiran Kedah dan Pulau Pinang, dia sendiri tidak pernah bercakap kasar dengan keluarganya.
INI RESPONS SYATILLA
Syatilla memberikan komen balas ekoran daripada itu. Dia meminta agar pemilik akaun Instagram tersebut untuk tidak menyamakan keluarga mereka dan menegaskan dia dan keluarganya dididik sebegitu. Tapi semuanya membesar menjadi orang yang berguna. Apa pun, Syatilla berterima kasih atas teguran yang diberikan.
Ads
IA SEKADAR KAPSYEN
Ads
Ramai juga yang menyokong kenyataan Syatilla dan menganggap ia hanya sekadar kapsyen dan kebiasaan bagi orang utara untuk bercakap begitu.
Tahun pertama adalah sangat penting bagi perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan intelektual seseorang anak.
Percaya tak, bayi yang terdedah pada persekitaran penuh rangsangan minda tentulah akan menjadi anak yang pintar? Ibu bapa perlu mewujudkan suasana dan persekitaran sedemikian. Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan untuk bayi anda, ikuti perkongsian ibu ini.
Early Childhood Phase
Bonda nak share pengalaman Bonda sepanjang tengok dua dua anak Bonda membesar . macam yang selalu orang tua kata , lain anak lain ragamnya . Kadang kadang kita sebut je tapi tak tahu punca kenapa ragamnya macam tu
Bonda memang nampak beza Aryan and Mika sepanjang mereka membesar . Apa yang Bonda buat untuk Mika , tak sama dengan apa yang Bonda dapat buat untuk Aryan masa Aryan baya Mika dulu .
ini yang Bonda maksudkan , Aryan waktu umur setahun , geli pijak pasir , takut mandi swimming pool , and cepat takut bila dengar bunyi mercun . Mika pula , tak geli dengan pasir , seronok bila masuk dalam air , and menyorak bila dengar bunyi mercun .
Kenapa macam tu ? waktu Aryan baby sampai lah ke umur macam Mika.
Bonda tak buat activity yang Bonda sekarang apply pada Mika . Waktu tu masih cari tune nak jaga anak first. new mother la katakan.
Pengalaman pun takda . Jadi , bila dah nampak kesan tak beraktiviti dengan anak dari awal usia , Bonda tekad nak istiqamah dalam baiki skills parenting Bonda dengan buat yang lebih baik untuk Mika dan Aryan.
Mula mula Bonda rasa macam dah terlambat untuk buat semua tu untuk Aryan. Tapi hakikatnya , tak pernah ada istilah terlambat bila kita usaha cari method apa nak guna untuk improve level anak kita. dan of course , bila kita sedar kepentingan lesson yang kita nak berikan pada anak anak kita , nothing is impossible.
Mungkin pada segelintir orang , akan cakap yang bazir masa je nak beraktiviti dengan anak kecil yang tak tahu apa apa ni . Bonda tak setuju sebab waktu anak umur 0-3 tahun ni lah waktu yang mereka serap semua benda macam sponge .
apa sahaja kita buat akan dicontohi . pesanan mungkin tak selalu effective untuk disiplinkan anak ataupun nak buat anak dengar kata . tapi , perbuatan kita , habit kita , lifestyle kita yang diperhatikan oleh anak kita akan sentiasa jadi asas perangai anak anak kita .
Pengalaman sub conscious anak anak kita bersama kita dari lahir sampai lah atleast umur 3 tahun , akan jadi orientation atau fundamental dalam hidup mereka pada tahun tahun berikut sebelum mereka bercampur dengan circle lain kat luar rumah .
Jadi , kita kena set satu standard atau batu asas yang boleh bantu anak kita bina personality mereka dari awal usia . macam mana tu ? mulakan dengan latihan asas .
contoh latihan asas ?
1. latih minda
2. latih emosi
3. latih motor skills
4. latih hati
takda clue nak buat semua ni ? zaman sekarang makin maju . banyak content creator yang share pasal semua topic kat atas tu . kita samada rajin atau tak je nak explore. bukan habis 10 jam pun nak google contoh activity yang boleh kita jadikan method untuk latih anak kita berkaitan 4 perkara kat atas ni.
Dan mitos yang selalu berlegar dikalangan parents adalah COST . tak perlukan tools yang mahal pun . guna barang sekeliling kita pun dah memadai . macam Bonda , Bonda pilih untuk DIY kebanyakan activity sebab Bonda percaya yang kita boleh capai hasil yang baik dalam nak jalankan activity dengan anak tanpa berhabis duit banyak banyak .
Untuk Parents yang masih mencari tune , Bonda dengan berbesar hati nak jemput semua untuk follow activity Bonda buat dengan anak anak Bonda ni . jangan takut atau malas malasan . Biar penat sekarang , jangan Pening nanti .
Dalam gambar semua contoh activity sewaktu Mika 3 bulan hingga 12 bulan . Jemput follow instagram Bonda untuk banyak lagi activity .
Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BABY baring MELENTANG dan helpless tu.
Umur baby tentunya 0-3 bulan ke bawah. Baby tak tahu buat apa-apa, mungkin mengagah sahaja.
Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja. paling-paling bagi susu, salin lampin dan biarkan saja baby sendirian.
ANAK HANYA ADA MINDA BAWAH SEDAR
Namun, ibu bapa yang bijak, tahu, pada usia ini anak TIADA MINDA SEDAR. Yang wujud HANYA MINDA BAWAH SEDAR. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.
Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar….serap lagi!
ANAK SERAP SEMUANYA, TIADA FILTER!
Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa….sedar-sedar bila anak pandai bercakap…akhlaknya kasar dan perkataannya kasar…dari mana datangnya?..Ya! dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!
Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak, maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu. Bila dia besar sikit, si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah.
Emmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan.
BAGI INPUT POSITIF, ELAKKAN GAJET
Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input…bacakan buku yang banyak gambar…janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!
Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda. Lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya.
Bersembang? Ya bersembanglah dengannya. Kata nak anak cepat bercakap.
Risiko kemalangan anak kecil dan bayi sebenarnya boleh kita kurang dan elakkan jika kita punya ilmu dan tahu cara untuk mengendalikan bayi dengan betul.
Jika kita tidak cuai atau mencuba seada upaya untuk mengelakkan dari berlaku sebarang kemalangan, ia boleh dielakkan.
Menurut perkongsian Dr Ahmad Samhan, kes Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS) adalah kes yang tidak dijangka namun 10 panduan dan nasihat ini boleh mak ayah jadikan panduan untuk mengedalikan bayi.
“Doktor, saya terima panggilan ada kes bayi tak sedarkan diri,” kata seorang Pembantu Perubatan. “Ok, jom!”,tanpa berlengah aku terus mempercepatkan langkah.
Setiba di rumah kejadian, aku mengetuk pintu. Kelihatan seorang ibu muda membuka pintu.
“Berapa umur anak? Apa dah jadi?” “Anak saya baru 4 bulan. Pagi tadi saya kejutkan dia, tapi dia dah tak gerak”
Sindrom Kematian Bayi Mengejut atau SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) adalah kematian secara tiba-tiba yang tidak dijangka.
Sindrom ini biasanya berlaku pada bayi yang berumur dalam lingkungan 1 bulan hingga 1 tahun. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan 95% kes SIDS adalah melibatkan bayi berumur 6 bulan dan kebawah dan 60% daripadanya berlaku ketika bayi berusia antara 2-4 bulan.
Walaubagaimanapun, pakar perubatan masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian.
10 Nasihat Untuk Mencegah SIDS (Sudden Infant Death Syndrome):
1. Elakkan tidur dalam posisi meniarap.
Dalam posisi meniarap, kemungkinan untuk tertutup hidung dan mulut sangat tinggi. Bayi masih tidak kuat untuk menukar posisi andai kata lemas.
2. Elakkan tidur di atas tilam dan cadar lembut.
Tilam dan cadar yang lembut akan membuatkan bayi tenggelam dari paras selamat dan berkemungkinan akan terbenam mukanya.
3. Elakkan letak mainan lembut (soft toys) di atas katil.
Ini akan menyebabkan kemungkinan mainan lembut boleh menutup muka bayi ketika tidur.
4. Elakkan bayi dari perokok.
Kajian menunjukkan bayi yang terdedah dengan asap rokok dan sisa rokok berisiko tinggi untuk mati mengejut.
5. Elakkan memakain pakaian berlapis-lapis ketika tidur.
Ini menyebabkan suhu badan bayi menjadi tinggi. Keadaan bayi yang terlalu panas boleh menambah risiko SIDS.
6. Elakkan bayi tidur dengan kanak-kanak lain.
Kemungkinan kanak-kanak lain menghempap bayi tanpa sedar ketika tidur.
7. Menyusu badan anak dapat mengurangkan risiko SIDS 50%.
8. Jika bayi mengalami masalah jangkitan salur pernafasan, segera dapatkan rawatan doktor.
9. Ibubapa perlu beri lebih perhatian pada bayi yang pramatang kerana risiko SIDS sangat tinggi.
10. Dapatkan pemeriksaan prenatal berkala.
Ini dapat mengurangkan risiko SIDS malah membantu ibu untuk memantau kesihatan bayi secara keseluruhan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.