Jangan mudah melatah dan marah-marah anak bila anak di fasa mula menconteng sana-sini. Biarkan sahaja dan minta anak menconteng pada tempat yang betul.
Dalam masa yang sama, mak ayah boleh usahakan cara ini untuk menghilangkan kesan contengan ini. Tak susahpun, guna bahan di rumah sahaja.
Lemon
Lemon yang bersifat asid memang bagus untuk menanggalkan kotoran. Potong buah lemon kemudian gosokkan buah lemon pada permukaan dinding yang kotor sehingga bersih. Tidak perlu dibilas dengan air, anda hanya perlu mengelap ia menggunakan kain bersih supaya bau lemon kekal mengharumkan segenap ruang.
Ads
Ubat Gigi
Selain mampu membersih serta memutihkan gigi anda, ubat gigi juga boleh digunakan sebagai bahan untuk menanggalkan kotoran pada dinding. Ubat gigi mampu menanggalkan kotoran jenis crayon serta dakwat pen pada dinding. Calitkan sedikit ubat gigi pada kain kemudian gosokkan pada kotoran permukaan dinding. Kemudian anda perlu membilas kotoran itu dengan kain basah.
Ads
Bedak
Bedak juga mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh digunakan untuk menanggalkan kesan kotoran pada dinding. Caranya sapukan bedak pada permukaan dinding, kemudian ambil kain bersih dan cuci kesan contengan hingga bersih.
Baking Powder
Bersihkan kotoran pada permukaan dinding menggunakan baking powder. Campur sedikit baking powder dengan air kemudian sapukan pada kotoran permukaan dinding.
Ads
Cuka
Kegunaan cuka sebenarnya amat banyak selain dijadikan sebagai bahan masakan. Untuk membersihkan kotoran dinding menggunakan cuka, anda perlu menuang cuka pada kapas bersih kemudian sapukan pada kotoran.
Losyen Kulit
Sangat mudah untuk tanggalkan kotoran pada dinding, calitkan sahaja losyen kulit pada dinding kemudian lapkan ia menggunakan kain bersih.
Alkohol
Alkohol bukan sahaja terkandung dalam minuman, malah terdapat juga dalam minyak wangi. Jadi anda semburkan sahaja minyak wangi anda pada kotoran dinding kemudian sapukan menggunakan kertas tisu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas hari raya ini, boleh dikatakan kesemua sekolah anak-anak kita turut meraikan majlis sambutan hari raya di sekolah dan tadika. Apa menu yang anda sediakan untuk anak-anak ke sekolah?
Masak sendiri atau beli? Nak cuba menu paling mudah dan pantas, apa kata anda sediakan sandwich Strawberry Peanut Butter yang dikongsikan oleh Pn Syahirah Adnan. Memang mudah dan sedap!
Strawberry peanut butter sandwich ni memang menarik. Paling laris masa potluck di sekolah anak tadi.
Thank you pada sis yang share idea sandwich ni haritu. 4 bahan je nak buat sandwich ni.
Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka menguasai bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya tanpa banyak kesukaran berbanding orang dewasa.
Selain itu, pakar neurologi Dr.Eric H. Lennenberg pula berpendapat, sebelum mencapai usia baligh, otak kanak-kanak memang mudah dilentur sebab itulah mereka lebih mudah belajar bahasa asing.
USIA ENAM TAHUN ADALAH MASA EMAS ATAU PALING IDEAL UNTUK MENGAJAR BAHASA ASING SELAIN BAHASA IBUNDA. KETIKA USIA INI OTAK MEREKA SANGAT MUDAH UNTUK MENERIMA SEHINGGA PROSES PENYERAPAN BAHASA MAMPU BERLANGSUNG DENGAN SANGAT LANCAR. TAMBAHAN PULA DAYA PENYERAPAN BAHASA MEREKA BERFUNGSI SECARA AUTOMATIK.
Pendedahan Awal
Memadai dengan pendedahan terhadap bahasa tertentu, misalnya memberikan mereka kebebasan untuk bergaul dengan rakan-rakan yang fasih menggunakan bahasa asing selain daripada bahasa ibundanya. Dengan mudah kanak-kanak boleh menguasai bahasa tersebut. Masa emas ini nyata tidak lagi dimiliki oleh orang dewasa. Walau bagaimanapun, ia bukan bererti orang dewasa tidak mampu menguasai bahasa kedua atau bahasa asing ini.
Menerusi kajian tentang perkembangan minda kanak-kanak, tempoh terbaik untuk mengajar kanak-kanak ini menguasai bahasa asing adalah daripada usia enam hingga 15 tahun. Kanak-kanak yang didedahkan dengan pertuturan bahasa asing sebelum usia 15 tahun mampu menguasai bahasa asing itu sama seperti penutur aslinya.
Kejayaan
Satu kajian telah dijalankan oleh Fathman iaitu pakar bahasa daripada Amerika Syarikat . Beliau melakukan pemerhatian kepada 200 orang kanak-kanak berusia daripada 6 hingga 15 tahun yang belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah Amerika Syarikat. Kajian mendapati, kanak-kanak yang lebih muda (usia 6 hingga 10 tahun) lebih mudah menguasai tatabahasa bahasa Inggeris. Sedangkan kanak-kanak yang lebih tua (11 hingga 15 tahun) lebih cenderung menguasai struktur kata.
Jaminan
Sejak melangkah masuk ke pra-sekolah sehinggalah ke Institut pengajian tinggi, kita memang diajar untuk menguasai lebih daripada satu bahasa di dalam pertuturan harian iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Kedua-dua bahasa ini memang diguna pakai dalam proses pengajian dan pembelajaran.
Tetapi kanak-kanak yang belajar dua bahasa tidak akan dapat menguasai kedua-dua bahasa itu dengan baik secara sama rata. Ia juga tidaklah sebaik seperti mempelajari satu bahasa. Ia juga memberi tekanan kepada mindanya untuk menguasai dua bahasa tersebut dan pada masa sama sedang mempelajari perkara-perkara lain di persekitarannya.
Untuk mendidik kanak-kanak mahir lebih daripada satu bahasa, ibu ayah perlu bersikap lebih bijak dan tidak tergesa-gesa. Anda kenalah mempertimbangkan kemampuan anak-anak.
Untuk memastikan mereka berjaya menguasai bahasa asing yang dipelajarinya, bahasa tersebut mestilah digunakan dalam pergaulan atau komunikasi seharian. Dalam soal ini papa mama yang kena mainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan anak-anak menguasai bahasa asing kerana segala-galanya bermula dari rumah.
5 tip ajar anak fasih bahasa Inggeris di peringkat awal:
1. Berikan anak-anak pendedahan dan latihan kepada bahasa ibunda dan bahasa Inggeris yang sedang dipelajarinya secara sama rata.
2. Anak-anak perlu mendengar dan bertutur bahasa asing itu secara kerap bagi menguasai perkataan serta tatabahasa bahasa tersebut.
3. Ibu dan bapa adalah tenaga pengajar yang paling berkesan untuk anak-anak memahirkan diri sekali gus menguasai bahasa kedua. CD atau DVD tidak begitu memberikan impak yang sama seperti komunikasi yang berlangsung antara anak dengan ibu dan bapanya.
4. Gunakan bahasa Inggeris dalam apa jua situasi seperti bermain, membeli-belah atau berbual bersama anak-anak. Kaedah ini boleh mempercepatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris anak-anak anda.
5. Bacakan sesuatu bahan bacaan dengan menggunakan bahasa Inggeris serta bahasa ibundanya. Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang perbendaharaan kata serta memupuk skil membaca sejak dari awal.
Semoga usaha tersebut mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Selamat menjadi cikgu ibu dan ayah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan sikap Nina Ismail Sabri yang juga anak kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang begitu positif dan menyokong perjuangan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail apabila dilantik menjadi timbalan perdana menteri kerajaan baru.
Walaupun Nina dilahir dan dibesarkan dengan parti Umno, dia menerima keputusan pilihan raya kali ini dengan terbuka. Malah dia juga cukup berterima kasih dengan semua rakyat Malaysia khususnya orang Bera yang tetap memberi sokongan dan kepercayaan kepada bapanya.
Menerusi instagramnya, Nina telah memberi kata semangat kepada Dr Wan Azizah dan pengorbanannya sejak 20 tahun lalu berbaloi kerana kini dia telah dipilih menjadi timbalan perdana menteri wanita pertama di Malaysia.
Nina juga percaya, apa yang berlaku pada PRU 14 ini juga sebagai satu cabaran dan wake up call kepada penyokong Barisan Nasional untuk memperbaiki apa yang sepatutnya supaya perjuangan parti itu terus relevan dan mendapat sokongan semula dari rakyat selepas ini.
Rakyat Malaysia juga berharap akan ada pembaharuan yang boleh dilakukan oleh Dr Wan Azizah selepas ini. Ini kerana jawatan sama pernah disandang suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari 1993.
Ramai yang mengagumi kesetiaan, kecekalan dan komitmen politik Dr Wan Azizah, yang berperwatakan lembut itu, susulan kontroversi yang membabitkan Anwar sejak 20 tahun lepas.
Semoga dengan kepercayaan ini, Dr Wan Azizah dapat terus memberi khidmat terbaik dan membuktikan kepada rakyat beliau mampu melaksanakan amanah yang diberikan.
Sumber: Ig Nina Ismail Sabri & Dr Wan Azizah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.