Keibubapaan

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, 6 Cara Berkesan Guna Time-Out!

Share

Kadang-kadang anak kita pun ada ‘hari dia’. Tiba-tiba boleh mengamuk, memberontak, tunjuk rasa tak puas hati. Semua tu normal, especially bila emosi tengah tak stabil atau bila dia tak tahu nak luahkan perasaan dengan cara yang betul. Tapi bila anak buat perangai, bukan bermaksud kita terus boleh menghukum ikut emosi.

Kalau nak disiplinkan anak tanpa menyakitkan fizikal dan emosi mereka, teknik “time-out” boleh jadi senjata rahsia kita. Tapi nak buat pun kena ada gaya. Jom tengok 6 cara guna “time-out” dengan betul supaya anak faham, bukan trauma.

6 Cara Disiplinkan Anak Dengan Teknik “Time-Out”

Teknik ni bukan sekadar suruh anak duduk seorang diri. Cara kita buat, nada suara yang digunakan dan apa yang berlaku selepas “time-out” pun penting. Matlamatnya adalah untuk bantu anak berhenti sekejap daripada tingkah laku yang tak sesuai dan beri ruang untuk dia kembali bertenang.

Cari port “bosan” yang sesuai dan selamat

Nak buat “time-out”, benda pertama yang kena settle adalah tempat. Elakkan tempat yang distract anak – contohnya dekat mainan, TV, atau adik-beradik lain. Lagi senang kalau tempat tu membosankan macam penjuru dinding atau satu spot kosong dalam rumah.

Pastikan juga tempat yang dipilih selamat dan anak masih berada dalam pemantauan Mama atau Papa. Tak perlu letakkan anak dalam tempat yang gelap, terkunci atau boleh menyebabkan dia rasa terlalu takut.

Lepas dah ada port, tentukan berapa lama nak buat. Rule of thumb yang sering digunakan ialah sekitar 1 minit untuk setiap tahun umur anak. Anak umur 3 tahun = 3 minit. Kalau dia lari atau main-main, bawa dia kembali dengan tenang dan teruskan rutin yang telah ditetapkan.

Brief dulu sebelum guna teknik ni

Jangan terus guna “time-out” bila anak buat salah tanpa explain apa benda tu sebenarnya. Masa tengah bonding dan semua tengah happy, ambil peluang untuk ajar anak tentang apa itu “time-out”, kenapa kena buat, dan bila ia akan digunakan.

Contoh: “Kalau pukul orang, jerit-jerit atau sebut benda tak elok, Mama akan minta kamu duduk kat sini kejap untuk bertenang.”

Bila peraturan dah diterangkan lebih awal, anak lebih mudah faham apa yang Mama atau Papa harapkan daripada dia. Kita pun tak perlu cipta hukuman baru setiap kali berlaku sesuatu. Ini boleh membantu kita disiplinkan anak dengan lebih konsisten tanpa bertindak mengikut emosi.

Bertindak cepat dan tegas (bukan garang ya)

Timing sangat penting. Bila anak buat salah, jangan tunggu esok baru nak ambil tindakan. Buat terus masa tu juga (selagi selamat). Kalau lambat, anak pun mungkin dah lupa apa yang berlaku dan susah nak kaitkan tindakan kita dengan perangai dia tadi.

Kalau tengah dekat luar – pasar raya contohnya – boleh improvise. Cari tempat sesuai, contohnya kerusi atau kawasan yang lebih sunyi sikit untuk dia duduk dan bertenang sekejap. Dalam situasi macam ni, keselamatan dan keadaan sekeliling tetap kena jadi keutamaan.

Jangan naik angin, kita nak anak bertenang, bukan trauma

Tujuan “time-out” bukan untuk malukan anak atau balas dendam sebab kita tengah panas hati. So please, jangan marah-marah, jangan kritik kasar, dan jangan sekali-sekali pukul.

Cakap elok-elok. Nada suara mesti tenang. Lepas dia habis “time-out”, explain semula dengan lembut kenapa dia kena duduk situ tadi.

Ini bahagian yang kadang-kadang paling mencabar sebab kita sendiri mungkin tengah marah. Tapi kalau tujuan kita nak disiplinkan anak, kita pun kena tunjuk contoh macam mana nak urus emosi ketika berdepan situasi yang tak menyenangkan.

Konsisten walau anak drama queen

Bila anak tahu kita serious dan konsisten, barulah “time-out” ni lebih mudah difahami. Akan ada masa anak lari, menangis, jerit, atau buat drama macam pelakon utama. Tapi jangan terus mengalah hanya sebab dia mula protes.

Kalau dia tinggalkan tempat “time-out”, bawa balik dengan tenang dan ingatkan semula apa yang dia perlu lakukan. Jangan benarkan dia treat proses tu macam main-main, tetapi pada masa yang sama elakkan daripada menjadikannya pertandingan siapa paling keras kepala.

Konsisten juga bermaksud peraturan yang sama digunakan dalam keadaan yang sama. Kalau hari ni satu perbuatan tak dibenarkan, tetapi esok kita biarkan saja tanpa sebab yang jelas, anak mungkin susah nak faham sempadan yang kita cuba tetapkan.

Tamat dengan kasih sayang dan pelukan

Lepas masa “time-out” habis, ambil masa kejap untuk duduk dengan anak. Terangkan semula apa salah dia, dan puji dia sebab berjaya habiskan masa duduk diam. Paling penting, maafkan dia dan teruskan hari macam biasa.

Jangan biarkan anak rasa dia dibenci atau dijauhi. Biarkan dia tahu – Mama/Papa tegur tadi sebab sayang, bukan sebab benci.

Bila nak disiplinkan anak

, matlamat akhirnya bukan nak buat anak takut dengan kita. Kita nak dia perlahan-lahan belajar bahawa setiap perbuatan ada batas dan ada akibatnya. Dalam masa yang sama, dia tetap tahu bahawa hubungan dan kasih sayang Mama atau Papa tak hilang hanya kerana dia melakukan kesalahan.

Dan jangan lupa, setiap anak berbeza. Ada anak yang cepat faham dengan teknik “time-out”, ada yang perlukan pendekatan lain mengikut umur, perkembangan dan perangai masing-masing. Kalau satu cara tak menjadi, jangan terus anggap anak sengaja melawan. Tengok semula apa pencetus perangai tersebut dan cuba fahami apa yang dia sebenarnya cuba sampaikan.

Yang penting, bila kita cuba disiplinkan anak, buat dengan tenang, konsisten dan penuh kasih sayang. Tegas tak semestinya kena jerit. Mendidik pun tak semestinya kena ugut rotan. Kadang-kadang, peluang untuk berhenti sekejap dan bertenang boleh membantu anak – dan Mama Papa – mengurus keadaan dengan lebih baik.

Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!

Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia

MamaKerja2026 Dibuka 17 Ogos Ini, Ibu Bekerja Selangor Dapat RM1,000!

Sumber: Youtube Pa&Ma

Published by
SRM