“Nikmat apa lagi harus ku dusta kan. Dulu Allah bagi rezeki dapat anak lambat, mama menangis sedih tengok orang lain dapat baby. Bila Allah dah bagi rezeki anak, mama pertikaikan kenapa mama diuji lagi. Allah!”
Siapa kita untuk mempertikaikan takdir Allah. Perkongsian dari Puan Faezah Said yang diuji dengan anak istimewa autisme ini benar-benar memberi inspirasi.
Mama tak boleh pertikaikan setiap takdir Allah, siapa mama untuk menolak segalanya. Mama tak sekuat mana, ada masa mama down juga. Ada masa mama terbuka dan terima dengan reda semua ni. Mama ambil dari sudut positif. Mama ambil dari sudut kelebihan anak-anak ni..ISTIMEWA……ye terlalu istimewa.
Dari awal anak-anak mama kena jumpa pakar dan perlu lakukan terapi, mama kata mama dah sedia terima keadaan anak-anak. Kalau perlu untuk buat kad, mama dah terima.
Tapi bila hari itu tiba (17/2/21), saat doktor bagi borang untuk daftar kad OKU, mama down, mama bingung, mama tak tahu nak buat apa. Allah, tak kuat rasa nak isi borang pun, mama tak kuat, berhari-hari mencari kekuatan nak isi borang.
Ads
Alhamdulillah borang pun dah hantar. Mama yang isi. Mama reda. Permohonan kad pun dah diluluskan. JKM pun dah hubungi untuk datang ambil kad. Waktu ini mama tak pasti mama down semula ke tak. Tunggu dan lihat je lah.
Bukan mudah untuk uruskan dua anak istimewa. Fizikal dan mental berdepan dengan situasi anak-anak meragam, mengamuk tak kira tempat dan menjerit-jerit. Tapi inilah amanah Allah pinjamkan untuk mama dan papa. Amanah yang berharga. Ia adalah kunci untuk mama papa ke syurga. Inshaallah.
Jauh lagi perjalanan anak-anak mama. Banyak lagi ilmu mama kena gali. Bagi mencari kekuatan, hanya Allah tempat mengadu dan mohon agar dipermudahkan untuk mama dan papa dalam menjaga amanah Allah.
Ads
Belajar dari pengalaman ibu bapa yang sekasut dengan mama dan papa. Terima kasih rakan group Autisme Malaysia. Banyak ilmu boleh dapat dari setiap perkongsian. Mama sayang Firash dan Farish.
Ads
Mama reda ketetapan Allah untuk anak-anak mama. Mama mohon keredaan Allah untuk anak-anak mama, untuk mama terus menjaga anak-anak mama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semasa tahun pertama kehidupan, kanak-kanak mengalami tumbesaran fizikal, sosial dan emosi yang pesat. Tabiat pemakanan mereka juga berkembang ketika tempoh ini. Ketika tempoh ini juga berlakunya peralihan daripada susu ibu ke pelbagai jenis makanan yang menyerupai pemakanan orang dewasa.
Kepentingan penyusuan
Kajian menunjukkan bahawa penyusuan dan tabiat pemakanan ibu bapa memainkan peranan yang hebat dalam membentuk tabiat pemakanan kanak-kanak untuk jangka panjang. Kanak-kanak yang tidak lagi menyusu masih mendapat manfaat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka semasa tempoh tumbesaran dan perkembangan. Penyusuan susu ibu juga dianggap sebagai kaedah pemberian makanan yang optimum semasa 6 bulan terawal kehidupan bayi. Ini disebabkan kesan positifnya terhadap perkembangan tingkah laku pemakanan kanak-kanak semasa mereka membesar.
Bagaimana penyusuan mempengaruhi tabiat pemakanan kanak-kanak
Pelbagai rasa
Penyusuan adalah penting terhadap perkembangan reaksi kanak-kanak kepada petanda kelaparan dan kekenyangan dalaman mereka. Ia juga dipercayai dapat merangsang perkembangan keupayaan makan sendiri semasa pemberian makanan. Perubahan dalam komponen susu ibu semasa pemberian susu tunggal, dan perubahan komposisi susu ketika bulan pertama kehidupan, dapat menggalakkan peningkatan kepekaan untuk pengambilan tenaga. Para saintis juga yakin bahawa sesi penyusuan meninggalkan kesan yang kuat dalam metabolisma seseorang kanak-kanak, yang mungkin menjelaskan kelakuan pemakanan yang berbeza.
Penyusuan susu ibu juga memberikan kesan positif kepada kelakuan pemakanan semasa peringkat kanak-kanak kerana ia membantu anak anda menerima rasa daripada diet yang diambil oleh ibu melalui susu badan. Jika ibu makan pelbagai jenis makanan, bayi yang minum susu ibu juga akan turut merasai pelbagai perisa makanan. Pendedahan ini memberikan impak yang besar kepada peralihan susu ke makanan pejal bayi.
Pendedahan awal
Secara semula jadinya, kanak-kanak menggemari rasa manis dan masin. Oleh itu, makanan yang manis dan masin berkemungkinan tinggi mudah diterima oleh kanak-kanak, berbanding dengan makanan yang mempunyai rasa pahit seperti sayuran tertentu. Bayi dan anak kecil boleh belajar bagaimana untuk menerima makanan dan rasa makanan yang tidak biasa dimakan melalui pendedahan yang berulang. Oleh itu, dari satu segi, penyusuan memberikan bayi pendedahan awal dan berulang terhadap rasa daripada diet yang diambil oleh ibunya.
Hal ini sekali gus menawarkan hubungan rasa kepada bayi, menjadikan rasa makanan tersebut lebih ‘mesra’ pada lidah mereka semasa diberikan makanan pejal. Maka, bayi yang dahulunya menyusu badan akan lebih mudah terbuka untuk menerima pelbagai jenis makanan baru dan seterusnya mengambil pelbagai pemakanan semasa besar nanti.
Makan adalah tugas utama dalam kehidupan bayi dan anak kecil. Justeru, ibu bapa dan penjaga perlu memberi tumpuan kepada proses ini bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Pengalaman makan memberikan kanak-kanak bukan sahaja nutrisi, bahkan juga peluang untuk belajar. Pemakanan mempengaruhi fizikal, psikososial dan perkembangan emosi kanak-kanak.
Kata orang, keadaan air ketuban ketika hendak bersalin akan memberikan tahap kesakitan yang berbeza. Sejauh manakah pernyataan ini benar? Perkongsian Dr Norkedah Rahani, doktor kanan perbidanan dan sakit puan Hospital Pusrawi Kuala Lumpur.
AIR KETUBAN TANPA DARAH
MITOS: Ibu mengalami pecah ketuban dalam bentuk air jernih tidak berbau (kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.
FAKTA: Tiada fakta dan kajian yang menyokong fakta ibu mengalami pecah ketuban dalam bentuk air jernih tidak berbau (kembar air) sebagai tanda adalah dikatakan sebagai lebih mudah bersalin.
Kontraksi dengan lelehan air ketuban ialah keadaan di mana ibu mengalami air ketuban pecah dalam bentuk air jernih dan tidak berbau. Jika ia berlaku sebelum kontraksi (37minggu ke atas) maka ia dinamakan premature rupture of membrane iaitu koyakan pada lapisan kantung ketuban.
Koyakan ini boleh berlaku melebihi 24 jam sebelum waktu bersalin dan melibatkan kira-kira 10% ibu yang mengandung di mana kebocoran air ketuban dan cairan faraj tanpa ada rasa sakit kontraksi. Jika berlaku melebihi 24 jam sebelum kontraksi untuk bersalin tindakan selanjut perlu dilakukan untuk mempercepatkan kelahiran dengan kaedah cetusan kelahiran iaitu indius pecah. Hal ini jika tidak ditangani segera, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman kepada bayi dan uri.
AIR KETUBAN BERCAMPUR DARAH
MITOS: Ibu yang mengalami keluarnya darah dan bersama air ketuban keadaan dikatakan akan mengalami rasa kontraksi yang lebih kuat dan menyebabkan proses kelahiran mengambil masa yang lama.
FAKTA: Mitos ini tidak benar. Kecepatan proses kelahiran tidak bergantung dengan keadaan-keadaan ini. Dalam perubatan, doktor tidak boleh membuat jangkaan tentang tempoh kelahiran yang bakal dialami oleh pesakit menerusi tanda-tanda awal kelahiran seperti ini.
Memang terdapat keadaan di mana ibu-ibu mengalami pendarahan pada awal proses kelahiran yang keluar bersama dengan air ketuban. Ia disebabkan oleh terbukanya pintu rahim. Kemungkinan besar ia adalah mucus plug yang berbentuk jeli yang berfungsi menghalang bakteria dan jangkitan kepada bayi di dalam kandungan.
3 tanda perlu ke hospital
Ibu-ibu yang mula mendapat tanda-tanda kelahiran perlu segera ke hospital. Jangan lupa membawa kad rawatan antenatal dan beg hospital bersama. Berikut antara tanda-tanda yang perlu diambil serius.
Keluar air ketuban iaitu air jernih yang tak berbau. Bila ibu hamil merasakan adanya cairan yang keluar dan keluarnya tidak dapat ditahan, itu menandakan bahawa air ketuban sudah pecah. Normalnya, cairan ketuban tidak berbau, bersih dan jernih. Segera ke hospital apabila air ketuban sudah pecah walau pun anda tidak merasakan kontraksi sebelumnya. Pecahnya air ketuban yang tidak disertai kontraksi dan rasa memulas, menandakan bahawa ibu hamil mengalami ketuban pecah awal sebelum tanda-tanda persalinan muncul. Segera ke hospital kerana anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
Sakit kontraksi yang berulang-ulang dalam tempoh 30 minit sekali. Ia adalah rasa mulas dan nyeri di bahagian bawah punggung atau pinggang serta kekejangan yang tidak kunjung hilang walau pun anda telah cuba mengubah posisi. Ia berlaku secara teratur dengan jarak yang semakin pendek (3-5 minit), dan tempoh sekitar 45 hingga 60 minit.
Keluar darah berserta lendir. Ia menandakan terlepasnya sumbatan tebal (mucus plug) pada leher rahim yang menandakan telah terjadi pembukaan dan penipisan pada serviks. Pengeluaran darah dan lendir dapat terjadi beberapa hari sebelum kelahiran. Hubungi doktor segera sekiranya terjadi perdarahan yang hebat.
Mucus plug ialah lendir yang kental yang berfungsi menyekat sebarang jangkitan uterus kepada uterus dan kandungan. Saiznya kira-kira empat hingga lima sentimeter di dalam servis atau dua sudu besar apabila terkeluar di awal proses kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang kita biasa melihat ibu ayah bawa anak kecil mandi di ‘swimming pool’ dengan hanya memakai lampin pakai buang. Sebenarnya itu satu perbuatan yang boleh menyebarkan banyak virus seterusnya penularan penyakit pada orang lain.
Niat kita untuk membawa anak kecil bergembira mandi di kolam renang mungkin menjadi punca penyebaran penyakit berjangkit tanpa kita sedar. Ibu ayah perlu sedar bahawa perbuatan membiarkan si kecil mandi di kolam renang awam tanpa memakai pakaian yang khas iaitu baju mandi mungkin menyebabkan penyebaran virus terutama sekiranya anak kita tidak sihat dan dibiarkan memakai lampin pakai buang!
Laman Facebook rasmi Public Health Malaysia, telah berkongsi beberapa tips dos’ and don’ts yang perlu ibu bapa utamakan sebelum membawa anak kecil mandi di dalam kolam renang awam.
Berikut, merupakan langkah pencegahan penularan penyakit yang boleh di amalkan.
Rotavirus, virus penyebab penyakit AGE boleh di sebarkan melalui pencemaran kolam renang dengan NAJIS yang mengandungi virus tersebut.
Virus ini amat stabil di persekitaran menyebabkan sesiapa yang termakan, terminum, tersentuh objek yang telah tercemar akan di jangkiti.
Menurut kajian yang di lakukan oleh CDC,60% sampel air dari 160 kolam renang awam mengandungi pencemaran najis serta positif untuk bakteria E. coli.
—————————————————————————
Berikut Merupakan Langkah Pencegahan Jangkitan Penyakit Di Kolam Renang.
1. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala AGE (cirit, muntah, demam, sakit perut) ke kolam renang.
2. Ibubapa juga dinasihatkan untuk memastikan anak-anak kecil tidak memakai lampin pakai buang apabila mandi di kolam mandi.
3. Lampin pakai buang yang telah digunakan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
4. Orang ramai juga dinasihatkan agar makan makanan dan minum air yang bersih dan selamat.
Penyebaran penyakit berlaku akibat tindakan ibu bapa sendiri yang tidak bertanggungjawab membiarkan anak mandi di dalam kolam renang dengan lampin pakai buang serta tidak mengutamakan kebersihan.
Untuk makluman, terdapat sejenis lampin pakai buang khas yang di gunakan untuk aktiviti berenang.
Ingat, kesihatan tanggungjawab semua. Tindakan sambil lewa anda mungkin mendatangkan bahaya kepada individu lain
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.