Tak mampu nak buat kabinet dapur yang mahal tak jadi masalah asalkan anda kreatif. Si isteri kalau suami yang sanggup buat dan ada inisiatif untuk sama-sama mencantikkan dapur lagilah berbesar hati.
Memanglah semua isteri nak kabinet dapur yang cantik, tapi jika bajet belum mencukupi, buat cara ni pun dah ok sangat tau! Yang penting barang-barang tersusun kemas dan sedap mata memandang.
Jadi, untuk menjimatkan kos boleh beli rak buku seperti yang dikongsikan oleh saudara Shuhaimi Zulkefli.
GUNA RAK BUKU UNTUK BINA KABINET DAPUR
Sekiranya anda kreatif ruang dapur yang kosong boleh jadi lawa jika pandai deko dengan barangan bajet.
Paling penting mesti ada tempat simpan barangan barulah dapur tersusun dan sentiasa kemas.
Ads
Berikut antara barangan yang diperlukan untuk merealisasikan rak dapur ini dengan kos tak sampai RM100.
Disebabkan kebebasan mengakses masuk internet untuk menonton video menyebabkan kanak-kanak pada zaman kini mudah terdedah kepada bahayanya kandungan video yang tidak ditapis.
Tanpa kita sedar, kita sangkakan anak sedang menonton kartun yang sesuai namun sebaliknya pula berlaku kerana munculnya watak-watak kartun yang ekstrem tetapi terlihat “kid-friendly”.
HARAMKAN KARAKTER INI DARI DILIHAT ANAK ANDA!
Kalau dengar atau nampak je mana-mana nama ni semasa anak anda tengok YouTube.
Minta mereka tutup segera!
1. Huggy Wuggy
2. Kissy Missy
3. Cartoon Cat
4. Among Us
5. The Siren Head
6. Five Nights At Freddy’s
7. Long Horse
8. Poppy Playtime
9. Sun & Moon (karakter dalam Five Nights at Freddy’s)
10. Happy Tree Friends
Ish.
Banyak lagi sebenarnya. Cuba bantu saya tambah nama-nama karakter yang penting untuk kita semua alert di ruang komen.
Kadang-kadang kita parents ni tak tahu. Karakter, nama game yang anak kita tengah tengok kat YouTube tu sebenarnya sangat sangat bahaya.
Kita ingat, biasa je.
Sebab, kita pun tak tahu apa yang diorang tengok kan?
Rupanya, sangat bahaya untuk perkembangan sosial-emosi mereka. Take note tau.
Ambil tahu apa yang anak tengok. Lagi bagus, kawal.
Kala sambutan raya, kanak-kanaklah menjadi orang yang paling seronok. Girang gembira dan teruja, elok juga dingatkan beberapa pesanan penting supaya menjaga adab.
Manisnya menyambut hari raya buat kanak-kanak, kenangan yang akan terpahat dalam ingatan. Dalam sambutan meriah raya dan ziarah menziarahi, mungkin ada anak-anak yang masih dalam mood gembira bertingkah laku sumbang hingga mengguris perasaan orang lain.
Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengingatkan mereka tentang adab dan kelakuan sopan semasa beraya. Antaranya perihal duit raya dan tingkah laku semasa sambutan ini. Perkongsian Dr Taufiq Razif memberikan peringatan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.
#7 Nasihat Ni Masa Pergi Beraya Nanti
#1- Jangan minta duit raya
Nak ziarah rumah boleh. Nak tawaf satu kampung pun boleh tapi bila masuk rumah orang, jangan sekali kali minta duit raya.
Kita tak tahu keadaan ekonomi tuan rumah. Jadi, makan dan minum je kuih muih yang tuan rumah hidangkan tapi ajar anak kita untuk tak meminta minta duit raya
#2 – Jangan buka sampul duit raya di depan tuan rumah
Membuka sampul duit raya di depan tuan rumah dan menyebut jumlah duit adalah perbuatan yang memalukan dan tak beradab pada tuan rumah
Ada orang mampu je nak bagi RM50 tapi ada orang, nak bagi 50 sen pun mereka terpaksa menyimpan sepanjang tahun.
#3 – Jangan intai rumah orang
Kalau dah ketuk 3 kali dan tak ada orang respon, baliklah. Itu adab bertamu.
Bila ketuk rumah orang pula, jangan berdiri betul betul muka pintu, ajar anak untuk berdiri di tepi pintu supaya bila pintu tu dibuka kita tak terus nampak aurat ahli keluarga tuan rumah tu.
#4 – Jangan masuk ke bilik tidur orang tanpa izin
Bagitahu anak kita bahawa bilik tidur adalah tempat paling privasi bagi tuan rumah.
Nak solat atau nak ke tandas sekalipun, kena minta izin dulu.
#5 – Jangan buka peti ais rumah orang
Ada orang mengadu kat saya haritu katanya ada anak anak tetamu datang rumahnya, buka peti ais dan minta macam macam makanan kat dalam tu ?
Sebagai tuan rumah, kita hargai dan muliakan tetamu tetapi sebagai tetamu, kena la hormat tuan rumah. Tak boleh biarkan anak kita sesuka hati meneroka rumah orang ni.
#6 – Jangan usik barang tuan rumah
Musim beraya ni la orang duk pakat ‘display’ perhiasan termahal mereka.
Pesan kat anak anak kita jangan duk usik barang orang terutamanya yang berkaca. InsyaAllah anak kecil pun boleh faham kalau kita ingatkan berkali kali.
#7 – Jaga kelakuan
Terutamanya anak kecil yang aktif dan suka berlari tu memang kita wajib pesan untuk beringat. Kalau anak tak boleh dikawal sangat, bawa anak keluar rumah supaya mereka boleh ‘channel’ energi mereka di luar tapi kalau kita sendiri tak yakin boleh kawal anak kita tu sebaiknya tak bertamu pun tak apa.
Bertamu tu SUNAT hukumnya tapi menjaga kelakuan anak daripada merosakkan barang orang itu WAJIB!
p/s : Banyak cara nak kawal anak ni. Antaranya bawa mainan kesukaan mereka ketika ziarah rumah orang. Ni la ‘art of distraction’ yang kita kena belajar ☺️
Membuat keputusan untuk membawa bayi ketika mengerjakan umrah bukannya satu hal yang mudah. Banyak hal yang perlu dipersiapkan begitu juga terpaksa memikirkan pelbagai risiko sepanjang di sana. Makanan bayi juga menjadi satu kewajipan yang perlu diutamakan agar perjalanan melakukan ibadah menjadi lebih lancar.
Perkongsian tip cara penyediaan makanan yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Khalisah Hazrina menerusi blognya, www.khalisahazrina.com boleh dijadikan panduan. Bagi ibu yang ingin mengerjakan umrah dalam masa terdekat ini, tip ini pastinya dapat membantu.
Tips Sediakan Makanan Bayi Ketika Mengerjakan Umrah
Sebenarnya Lisa rasa berdebar juga bila nak bawa Sarah yang baru berusia 9 bulan untuk mengerjakan umrah. Pelbagai perasaan bercampur baur dalam diri ni. Antara perkara yang membuatkan Lisa risau adalah bab makanan Sarah. Sebab Sarah kena makan yang cukup kalau tak dia akan meragam dan bagaimana nak fokus ibadah jika dalam keadaan tersebut. Tujuan untuk kita pergi umrah adalah untuk melakukan ibadah.
Jadinya Lisa belajar dari kawan-kawan dan bertanyakan kepada mereka yang pernah pergi umrah, tentang bagaimana mereka menyediakan makanan bayi yang bawah usia setahun. Maklumlah ini kali pertama Lisa bawa baby untuk travel. Sebelum ini, kami pernah juga bawa Fareeq untuk travel tapi umur dia ketika itu sudah mencapai setahun. Apa yang kami makan, itu juga yang dia makan. Lain pula dengan situasi Sarah yang baru masuk umur 9 bulan. Makanan dia agak berbeza dengan makanan yang kami makan dan dia masih suka bubur di mana teksturnya lebih lembut dan halus.
Berikut tips dan pengalaman yang Lisa suka kongsikan dengan anda yang tengah bercadang nak bawa bayi mengerjakan ibadah umrah.
Bawa Rice Cooker Travel yang saiznya kecil sahaja dan blender travel supaya mudah untuk masak bubur dan blend makanan yang perlu seperti sayur dan buah.
Lisa bawa sekali beras dan serbuk ikan bilis yang dah diblend. Buat untuk stok 2 minggu. Di Mekah dan Madinah ada kedai runcit dan pasaraya yang menjual buah, sayur dan yogurt.
Untuk sarapan pagi dan minum petang Lisa akan lenyekkan buah pisang atau pun yogurt atau pun buah seperti epal dan pear. Boleh dikatakan setiap bilik hotel di Mekah dan Madinah menyediakan peti ais. Lisa letak buah-buahan dan makanan yang lain di dalam peti ais.
Di Mekah, Lisa masak nasi sendiri tetapi di Madinah Lisa hanya ambil nasi hotel saja sebabnya kami ambil pakej fullboard. Kebanyakan hotel di Madinah menyediakan buffet makanan Indonesia dan Malaysia. Hotel yang Lisa duduk pula sediakan kedua-dua makanan tersebut. So Lisa akan ambil nasi, sayur dan lauk. Sebelum Lisa blend kesemuanya, Lisa akan basuh dahulu sayur dan lauk dengan air masak.
Makan tengahari dan dinner adalah makanan yang sama. Lisa asingkan kepada dua bekas supaya mudah untuk diambil dan disediakan. Jangan lupa bawa bekas makanan yang bertutup untuk dibawa kemana-mana.
Di Mekah dan Madinah, banyak kedai-kedai tepi jalan jual kurma. So boleh juga blend kurma dengan oat atau kurma dengan nasi untuk dijadikan sarapan pagi dan minum petang.
Bila buat umrah, baby memang akan cepat lapar sebab dia pun aktif membuat umrah bersama kita, maka makanan mengunyah seperti biskut kena prepare siap-siap dalam handbag supaya dia tidak meragam ketika kita membuat ibadah.
Jika hotel anda tidak menyediakan makanan Indonesia atau Malaysia, anda boleh beli nasi dan lauk di restoran Malaysia dan Indonesia. Jika di Mekah, Safwah Tower ada restoran dsaji dan sebelah tower tersebut ada juga restoran Indonesia. Harga insyaALLAH berpatutan.
Semoga dengan perkongsian mengenai tips sediakan makanan bayi ketika mengerjakan umrah ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!