DIY Perangkap Cicak Cara Simple, Modal Kos Bawah RM3 Je, Memang Menjadi!

Share
Rimas rasanya bila melihat taburan tahi cicak yang banyak di rumah. Masalah cicak yang semakin banyak di rumah buat kita mula rasa tak selesa.
Apa nak buat? Perkongsian idea dari Encik Mohd Sanusi ini anda boleh cuba untuk mengurangkan kehadiran cicak-cicak ini.
Paling menarik kosnya paling jimat, tidak sampai RM3 cicak berjaya ditangkap. Macam mana nak buat? Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya. Memang menjadi!

Semalam jadi tukang tangkap cicak. Kita DIY perangkap cicak daripada kotak & double sided tape.
Bahan & alat; keratan kotak & double sided tape saiz lebar, gunting
Umpan: nasi & cebisan ikan bilis (ada cadangan umpan yg lebih efektif utk cicak?)
Kos: lebih kurang RM2
Letak perangkap di lokasi yang biasa jadi tempat cicak berkeliaran.
Hasil tangkapan dalam 2 gambar terakhir.
Potong kotak ikut size yang sesuai & mudah nak letak di lokasi.
Double sided tape lagi lebar lagi bagus. Beli kat Mrdiy murah.. RM2 lebih. Dapat siapkan 8 set.
Umpan nasi & ikan bilis. Lepas ni nak try ikan masin pulak.
Letak umpan kat tengah-tengah perangkap.
Antara lokasi yang biasa cicak dijumpai.
Hasil tangkapan malam pertama.
Selamat mencuba. Lepas ni masalah cicak mesti dah tak ada lagi.

Menarik: Nama Pendek & Sweet, Mia Ahmad Kongs Nama Buah Hati Terbaru, Senang Nak Sebut!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN