Anak suka main playdoh? Sekarang anda boleh buat sendiri homemade play dough di rumah! Guna tepung je boleh buat play dough. Boleh juga jadikan projek DIY ini sebagai aktiviti bersama anak-anak.
Bancuh sendiri, pilih warna kegemaran kemudian boleh terus bermain. Tak sampai 10 minit pun diperlukan untuk membuat doh ini.
Paling best, doh ini lembut, boleh tahan lama berbulan-bulan dengan syarat disimpan dalam bekas kedap udara dan selamat walaupun termasuk dalam mulut.
Ads
Bahan-bahan DIY Playdoh
Ads
Ini untuk pewarna dan aroma. Terpulang mengikut pilihan masing-masing. Tadi kami buat 4 adunan; satu guna warna dan perasa oren tu, satu pewarna hijau dan merah diaromakan dengan vanilla.Tepung gandum biasa. Gunalah cap apapun. Asalkan gandum. Bukan tepung ubi, tepung pulut atau tepung jagung ya. Masukkan 2 cawan.Garam halus, bukan garam kasar. Ini pun tak kisah. jenama. Guna setengah cawan saja.Ini minyak zaitun. Penting guna minyak zaitun ini untuk tahan lama boleh sampai berbulan-bulan. Saya pernah guna minyak masak biasa boleh juga, lebih kurang seminggu playdoh tahan. Masukkan 4 sudu besar.Ini cream of tartar, bukan tar jalan tu ya. Boleh dibeli di kedai kek. Masukkan satu sudu besar. Satu botol ni dapat dua adunan.Air suam dua cawan. Haa, cawan besar mana. Ikut sukatan cawan gandum tadilah. Kami guna mug biasa, bukan Portmeirion
Masukkan semua. Mula-mula tepung, garam, minyak, cream of tartar. Akhir sekali pewarna dan air.Kacau sebati dan rata. Nampak tak sabar nak mengacau dah tukang kacau sebelahIni langkah penting. Masak di atas dapur api sederhana sampai dia elok dan tak lembik. Kacau sentiasa. Hari ini kami masukkan dalam microwave. Setiap 2 minit, keluarkan dan kacau sebati. Akhir-akhir tu setiap seminit atau 30 saat. Pastikan yang bawah dah tak lembik dan melekat di tangan. Lebih 10 minit jugalah duk asyik buka, kacau dan tutup microwave tu. **untuk microwave elakkan mengguna mangkuk stainless steel. ***langkah ini tidak sesuai untuk anak di bawah usia 10 tahun kecuali dengan pemantauan orang dewasa.Akhirnya jadi gini. Ulilah sampai jadi rupa playdoh. Bukan rupa biskut marie.Dah siap dan boleh main dengan selamat
Sejak dari kelahirannya sehingga usia awal kanak-kanak, anak kita biasanya harus menggunakan lima deria untuk menjelajah dan belajar tentang perkara di sekeliling mereka. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita memperkenalkan dan membuka peluang kepada anak-anak untuk menggunakan deria mereka secara aktif untuk perkembangan otaknya.
Belajar dengan deria biasanya berlaku secara semula jadi dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.
Ketika masih kecil, mereka banyak belajar mengenali objek, ruang, manusia dan cara berinteraksi walaupun belum berkembang sepenuhnya.
Mengutip barangan dan merasa tekstur sesuatu barangan dikaitkan dengan permainan sensori tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu. Permainan sensori termasuklah dengan aktiviti yang dapat menggalakkan deria sentuhan, bau, rasa, penglihatan dan pendengaran selain ia berhubung kait dengan pergerakan dan keseimbangan tubuh.
Permainan sensori terhad mengikut kreativiti sendiri menggunakan logik akal semasa bermain dan mengikut usia serta kemampuan anak anda.
Untuk bermula anda boleh buat begini:
BAYI – Biarkan mereka melihat buih terapung dan merasanya apabila ia terkena pada kulit mereka. Anda juga boleh menggores kertas dan biarkan anak mendengar bunyinya. Selain itu, anda boleh biarkan anak melihat dan merasa perubahan bentuk atau warna sesuatu benda.
ANAK KECIL – Melihat cahaya dan bayang yang dihasilkan daripada lampu suluh. Buat bayang pelbagai bentuk dan saiz berbeza. Ajarkan kepada anak anda tentang perubahan warna dan corak yang dihasilkan menggunakan jari atau span.
ANAK PRA SEKOLAH – Menghasilkan bentuk dengan pasir, bermain alat muzik dan memperkenalkan anak-anak dengan bunyi-bunyian dan muzik.
Cara paling mudah untuk menggalakkan deria sensori anak-anak adalah dengan membiarkan mereka bermain di luar rumah atau warna-warna pelbagai. Selain itu biarkan juga mereka bermain dengan pergerakan, tekstur, bunyi dan bau-bauan.
Jika anda-anak anda berkeinginan untuk belajar dan bermain pelbagai benda, biarkan mereka. Terlalu mengongkong dan mengawal keinginanan anak dapat merencatkan perkembangan skil motor mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alahai kalau cuaca panas, bukan anak je merengek nak makan ais krim tapi ibu ayah pun sama teringin nak juga. Dapat pula yang ais krim yang warna-warni, si kecil terus dengar cakap dan confirm tak buat nakal lagi (masa itulah).
Kalau yang ada anak ramai, beli ais krim kena seorang satu. Kadang-kadang ada seorang anak yang jenis makan laju cepat sahaja habis ais krim dia. Lepas itu minta pula yang orang lain punya, akhirnya jadi bergaduh adik-beradik. Konon nak bagi anak gembira makan ais krim, akhirnya ibu bertukar jadi ‘monster’ sebab geram dengan kelakuan anak-anak.
Apa kata ibu buat sendiri ais krim ala Paddle Pop. Cukup untuk makan sekeluarga dan siap boleh tambah lagi setiap orang.
Untuk mendapat anak yang bijak dan cergas, ibu bapa boleh menggalakkan anak melukis supaya dapat merangsang otak kanannya. Oleh itu, biarkan anak-anak melukis di dinding, kertas, lantai malahan atas air dan di mana sahaja. Mereka melukis apa sahaja apabila dapat memegang sesuatu seperti pen dan pensil.
Malah ada fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak dan cerdik. Oleh itu, ibu ayah disarankan melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan.
Otak kanan sebenarnya lebih efektif berbanding sebelah kiri tetapi perlu kerap merangsangnya. Oleh kerana otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span, inilah masanya untuk melakukan rangsangan kepada anak.
Melukis adalah antara aktiviti yang menggunakan jari jemari supaya dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalahh hasil daripada kerahan otak kanan.
Menerusi proses melukis, kanak-kanak berupaya memahami dunia yang dilihatnya dari segi bentuk, apa yang berlaku di sekelilingnya sama ada dunia semulajadi dan dunia sosial. Alasan, peraturan, apa dan bagaimana kanak-kanak melukis adalah unsur semulajadi asalkan kita tidak mengganggunya. Sama kesnya dengan bermain kita perlu memberi kebebasan kanak-kanak bermain mengikut caranya tersendiri.
Tahukah anda, melukis memberikan kepada kebaikkan kepada perkembangan anak-anak. Biarkan anak tidak boleh membaca atau menulis. Tetapi jangan halang, kebebasan anak untuk melukis.
Matlamat utama lukisan untuk kanak-kanak adalah:
1.Meluahkan pemikiran, pengetahuan dan idea
2.Meneroka, mencuba dan mencipta dengan menggunakan pelbagai media
3.Membuat eksperimen dengan warna, garisan, bentuk, tektur dan rekaan
4.Meluahkan perasaan dan emosi
5.Menjadikan kreatif dan merangsang minda
Ibu bapa boleh menggalakkan anak mereka bereksperimen dengan produk lukisan menerusi cara berikut:
a)Hindarkan jenis buku garisan mewarna atau buku kerja.
b)Kesabaran dengan hasil kerja lukisan anak dan terus menggalakkan
c)Elakkan daripada anda membuatkan atau melukis untuknya atau terlalu banya membantu
d)Menerima hasil kreatif tanpa mengkritik hasil kerjanya
e)Beri komen positif cara kanak-kanak menyelesaikan masalah berkaitan dengan hasil kerjanya
f)Berkeyakinan pada diri anda bahawa kanak-kanak menghasilkan produk yang unik
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sarapan anak memainkan peranan penting untuk tenaga dan fokus di sekolah. Ketahui 5 menu sarapan yang boleh membuatkan anak cepat lapar semula serta pilihan yang lebih mengenyangkan.