DIY Rak Bertingkat Guna Bakul Kedai Eco, Modal Tak Sampai RM15, Rumah Lebih Kemas & Teratur
Rak bertingkat mampu menjadikan susun atur kediaman lebih kemas selain menjimatkan ruang. Bagi rumah yang memiliki keluasan yang terhad, rak bertingkat sangatlah membantu.
Ruang penstoran atau penyimpanan yang terhad merupakan salah satu punca kediaman kelihatan tidak teratur dan bersepah. Selain itu, permasalahan ini juga boleh dikatakan berpunca dari kegagalan pemilik kediaman untuk menyediakan tempat menyimpan yang khusus bagi barang-barang tertentu.
Apa pula penyelesaian jika kabinet, almari serta laci yang terdapat dirumah sudah penuh tetapi barang sentiasa bertambah? Jangan risau, kerana anda boleh jadikan perkongsian saudari Sentuhan Dania yang diilhamkan sendiri ini sebagai inspirasi.
Selain mendapat solusi ideal bagi menambah ruang penstoran, anda juga dapat jimat banyak! Dengan bajet keseluruhan tidak sampai RM15 pun, kediaman berjaya diubah menjadi lebih kemas tersusun.
Jom kita cuba bersama.
Hasil DIY hari ini.. Dengan bersungguh-sungguh saya ke kedai ECO. Bakul tu 1 ikat RM2.40, ada 2 bakul Cable tie pun beli di ECO sahaja. Kayu pula, saya ambil saja di stor saya. Modal semua tak sampai RM15, marilah kita berjimat..
Ads
BAHAN DAN KOS YANG DIPERLUKAN;
4 set bakul (8 bakul keseluruhan)
1 set ada dua bakul
3 atau 4 batang kayu
Cable tie dan roda (optional)
Ads
Ads
CARA-CARA MEMBINA RAK BAKUL BERTINGKAT
Ikatkan kayu pada bakul menggunakan cable tie. Boleh guna tiga atau empat batang kayu. Jika mahu lebih stabil, boleh guna empat batang kayu.
INILAH HASILNYA:
Memang menarik idea ini. Anda juga boleh serlahkan kreativiti dengan mengecat rak bakul mengikut citarasa masing-masing. Pasti lebih menarik!
Selamat mencuba, semua.
Walaupun doktor cakap TIADA UBAT mahupun VAKSIN yang boleh cure atau prevent HFMD, ibu bapa boleh meningkatkan sistem imun badan anak untuk melawan virus tersebut dengan cara menjaga pemakanan anak.
Bagaimana caranya? Ok memandangkan kanak-kanak antara yang paling berisiko, sebagai ibu bapa kita ikhtiar dengan memberi anak makanan semulajadi yang kaya dengan pelbagai khasiat.
Apa yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Chinatsu Hayami di Facebooknya, dia memang mengamalkan corak pemakanan sihat. Mungkin jika anak itu terkena juga HFMD, tempoh untuk sembuh agak cepat dan tak memberi mudarat pada anak. Ikuti perkongsiannya
BOOST IMMUNE SYSTEM supaya yang kena HFMD cepat sihat dan yang belum kena HFMD tak berjangkit, makanya ibu pun gigihla pi shopping beberapa jenis foods untuk boost immune system Qhaeera dan Qhaleef.
Walaupun HFMD biasanya berjangkit pada kanak kanak bawah 5tahun, tapi still kena jaga juga takut Qhaleef dan kita yang adult ni pun berjangkit sama.
HFMD tiada ubat mahupun vaksin sebab doktor cakap virus dia pelbagai. So belum ada lagi 1 ubat mahupun 1 vaksin untuk hapuskan semua jenis virus tu one shot. Ubat yang diberikan biasanya hanya untuk meredakan ketidakselesaan pada pesakit.
Makanya jomla pakat tingkatkan immune system kita dan anak-anak dengan makanan yang ada, serta jaga kebersihan. Bila immune system kuat, bukan takat HFMD je, penyakit dari virus lain pun susah nak hinggap. InsyaAllah
Penghujung tahun ini ramai ibu bapa yang sudah mencari-cari dan membuat pilihan untuk menghantar si kecil ke tadika. Pastinya tadika hebat menjadi pilihan ibu bapa. Soalnya benarnya tadika hebat ni dapat menjamin anak pandai membaca dan jadi anak hebat?
Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mengakui bahawa tadika yang bagus dan berkualiti mendidik kanak-kanak membaca terletak kepada kemahiran guru yang mengajar.
Katanya lagi,
TADIKA KERAJAAN DAN TADIKA SWASTA
Di negara kita terdapat dua jenis tadika iaitu tadika bantuan kerajaan iaitu kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Biasanya kelas prasekolah ini terdapat di dalam kawasan sekolah rendah. Ibu bapa perlu mendaftar lebih awal di prasekolah berkenaan.
Selain itu ibu bapa boleh memilih kelas tadika yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Masyarakat dan Luar Bandar iaitu kenali sebagai tabika KEMAS. Biasanya tadika ini berada di kawasan luar bandar. Manakala tadika anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berada di kawasan bandar.
Penubuhan tadika KEMAS dan tadika JPNIN bertujuan untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah . Oleh kerana prasekolah dan tadika ini anjuran kerajaan maka yuran yang dikenakan amat minima sesuai dengan kemampuan keluarga berpendapatan rendah.
Bagaimanapun tadika swasta tetap gunapakai sistem pembelajaran berlandaskan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya ibu bapa berkemampuan dan tidak mahu menghantar anaknya ke tadika bantuan kerajaan, mereka boleh memilih menghantar anak ke tadika swasta.
Biasanya pengusaha tadika akan mengenakan yuran pada setiap kanak-kanak dan kadar yuran tidak sama pada setiap tadika. Perbezaan yuran bergantung pada keadaan di tadika.
8 TIP BANTU ANAK
Dr Bustam menyenaraikan lapan cara seharusnya pihak tadika lakukan. Apabila sudah tahu mengenai lapan panduan ini, ibu ayah, boleh tanya kepada pihak tadika, bagaimana corak pembacaan di tadika.
1.Aktiviti membaca di tadika hendaklah dipelbagaikan supaya dapat merangsang kanak-kanak untuk belajar membaca.
2.Cara pendekatan mengajar membaca juga penting untuk menghasilkan kanak-kanak yang boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.
3.Kaedah membaca secara menyeluruh, fonetik atau membaca terus hendaklah disesuaikan dengan latar belakang kanak-kanak yang berbeza.
4.Masalahnya kadangkala pihak guru yang mengajar tidak sedar dan menganggap semua kanak-kanak adalah sama minat, kebolehan, keupayaan dan pencapaiannya.
5.Bahan bacaan yang disediakan oleh tadika hendaklah dapat menarik perhatian kanak-kanak. Pemilihan bahan bacaan hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur, minat dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai latar belakang.
6.Membaca hendaklah disusuli dengan aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan bahan yang dibaca dan memberi pengalaman bermakna kepada kanak-kanak.
7.Persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
8.Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
Pilih Guru Berkelayakan
Setiap kelas prasekolah akan menggunakan kurikulum yang sama di seluruh negara. Begitu juga dengan kelas tadika anjuran kemas dan jpnin juga menggunakan kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran malaysia. Guru-gurunya pula mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka ini terlatih khusus dalam mengajar kanak-kanak di tadika. Kurikulumnya dibina bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
Bezanya kebanyakan guru yang mengajar di tadika KEMAS dan JPNIN berkelulusan diploma pendidikan awal kanak-kanak. Mereka juga mendapat latihan khusus untuk mengajar kanak-kanak di tadika.
Manakala guru-guru di tadika swasta pula datang daripada pelbagai kelayakan akademiknya. Pengusaha tadika yang berkemampuan akan mengaji guru yang berkelulusan sarjana muda dan juga diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Tadika mahal atau tidak bergantung kepada sistem pembelajaran di tadika itu. Jika tadika itu murah yurannya, tetapi guru-gurunya berpengalaman sudah tentu banyak ilmu pendidikan yang boleh digunapakai untuk mendidik kanak-kanak. Yang penting, pastikan tenaga pengajarnya berkualiti dan mempunyai sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan pandang rendah air tangan isteri walau pun memasak telur goreng & berkuahkan kicap, berkatnya bila makanan dinikmati bersama-sama, kalah makanan mahal! Hubungan kelurga makin rapat & erat.
Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini cukup menyentap jiwa. Kebanyakan daripada kita menyasarkan sesuatu yang mahal dan mewah untuk menggembirakan keluarga, tapi tidak menyangka hanya dengan hidangan ringkas ini momen keakraban antara suami, isteri & anak-anak boleh dicipta.
Serius dulu saya ingat nasi putih yang dimakan bersama kicap dan telur mata kerbau ni makanan murahan!
Sehinggalah pada suatu hari tu saya terlupa nak beli barang barang dapur. Maka berkeroncong lah perut saya dan keluarga pada malam tu.
“Aduh, ini makanan zaman duduk rumah sewa zaman bujang ni”
Nak beli barang dapur, pasar dan kedai dah tutup. ” Saya masak nasi dengan telur goreng je boleh abang? “, bidadari saya memberi cadangan.
” Ok sayang “, jawap saya ringkas. Dalam hati ada juga terdetik ” Aduh! Ni makanan zaman saya duduk rumah sewa ni masa zaman habis SPM dulu ni. Makanan orang bujang ni! ” tapi sebab perut dah lapar sangat jadi saya iyakan je lah.
Bila tengok bidadari makan penuh nikmat & anak berebut nak disuap, tiba-tiba jadi sebak
Siap je bidadari saya hidangkan nasi panas berlaukkan telur mata kerbau, terus saya ajak anak anak dan bidadari saya makan bersama.
Bila tengok bidadari saya makan dengan penuh nikmat, anak anak pun berebut nak disuap sebab terlalu berselera. Tiba-tiba saya bertukar sebak.
Terlalu cari benda mahal & eksklusif, sedangkan ada benda yang murah & sederhana yang membahagiakan
Barulah saya tersedar, kadang-kadang saya ni terlalu mencari benda benda yang fancy, mewah dan eksklusif untuk mendapatkan kebahagiaan padahal kebahagiaan tu ada je di sekeliling kita walaupun pada benda yang murah dan sederhana!
Makan bersama anak anak dan isteri ni rupanya nikmatnya bukan pada makan benda benda yang mahal dan mewah tapi nikmatnya terletak pada bonding yang tercipta.
Kita tatap mata anak kita, kita suap mereka, kita layan cerita cerita seharian mereka dan kita bantu suapkan pasangan kita yang sedang kesibukan melayan karenah anak anak kita. Inilah bonding yang sedang kita cipta!
Sungguh, malam tu saya makan dengan penuh berselera dan nikmatnya bukan main! Mengalahkan pengalaman makan di Me’Nate, Sushi King, Nasi Kak Wok dan mengalahkan mana mana hotel 5 bintang! Suap Anak, Suap Isteri. Anak Pula Berebut Disuap Ibu.
Nak bahagia, jadikan meja makan sebagai tempat untuk cipta bonding
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.