Memandangkan sekarang ni, semua nak berjimat ramai yang cuba buat sendiri apa yang boleh. Begitu juga dalam bab mendekorasi atau DIY keperluan barangan rumah. Kuncinya hanyalah satu, mesti ada RAJIN sikit.
Bagi suami pula, untuk mengembirakan hati isteri pun tak perlu asyik nak sediakan keperluan yang mahal. Jika boleh buat sendiri untuk kegunaan ahli keluarga, itu dah memadai dan sangat dihargai.
Ok memandangkan sekarang ni, trend troli beroda yang boleh diletakkan keperluan bayi, keperluaan asas dapur atau mainan anak, semestinya ramai isteri teringin nak dapatkannya. Jika nak beli agak mahal tapi sekiranya kreatif boleh sangat buat sendiri.
Hanya bermodalkan tak sampai RM50 dah boleh siapkan troli yang kemas dan elok untuk kegunaan seisi keluarga. Nak tahu macam mana cara dan bahan asasnya, ikuti perkongsian Mohd Hafizallah Ariffin. Bolehlah cuba buat hujung minggu ni ya!
2. Peyambung ‘T’ pipe pvc – rm0.66 sebiji(beli di mr.d.i.y)
(16biji x 0.66 = rm10.56)
3. Pipe pvc – rm1.51 sebatang(beli di mr.d.i.y)
(6batang x 1.51 = 9.06)
Ads
4. Bakul sebiji – rm5.56 sebiji (beli di daiso)
(3biji x 5.56 = rm16.71)
Yang ini dari sebelah dalam untuk lekatkan bakul pada penyambung pvc…gunakan skru untuk kukuh.
5. Roda boleh berpusing 180° – rm2.00 sepasang(beli di kedai eco)
(4biji = rm4.00)
Yang ini penyambung ‘L’ pipe pvc digunakan
Pipe dan penyambung PVC saya beli di MR DIY order dengan online. Sebab kadang-kadang selalu tiada stok di kedai. Roda pula saya beli di Kedai ECO.
Yang ni penyambung ‘T’ pipe pvc digunakan…
Manakala untuk bakulnya pula beli di Daiso.. Yang ini ikut pilihan masing-masing nak pakai bakul yang patern dan design kesukaan. Kedai ECO pun boleh kalau nak lagi jimat.
Ads
Bila dah siap ni, semestinya isteri tersenyum. Mana taknya nak letak apa saja barang pun boleh dan lagi jimat ruang. Yang penting nampak kemas di mata.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usahawan serta pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah menetapkan jadual untuk bersama pasangan tersayang tanpa anak-anak.
Pemilik jenama tudung Hijanah ini berpendapat, ianya sangat penting meluangkan masa berdua bersama pasangan supaya dapat mengekalkan rasa kasih sayang dalam rumah tangga.
“Alhamdulillah MasyaAllah, Allah takdirkan Aisyah pasangan yang sangat funny & ada tujuan yang sama dalam marriage. Dalam 6 tahun kahwin, banyak benda yang Aisyah belajar, salah satunya kena ada jadual untuk spend quality time dengan partner kita”
“Walaupun kita ada anak, tapi at least kena ada 1 hari untuk suami isteri. Supaya, boleh kekalkan rasa sayang & tak hambar”
“Dalam marriage, kena ada tujuan yang sama. Iaitu untuk keredhaan Allah. Buat pasangan happy, niatkan untuk Allah redha. Sangat mudah suami nak masuk syurga, jagalah isteri dgn baik & adil. Isteri lagilah mudah masuk ke syurga bila taat & ihtiram suami”
“Semoga Allah kekalkan jodoh ini sampai ke syurga 🫶🏻 Thank you @alifteega for accepting me ✨Jom ambil anak-anak pula”
Rata-rata wargamaya bersetuju dengan cara Aisyah kerana pasangan yang berkahwin juga perlu meluangkan masa berdua-duan/dating tanpa anak-anak.
Kredit: Aisyah Hijannah
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Bila bergelar ibu, rutin harian automatik berubah. Mula dari celik mata sehingga nak lelap, urusan rumah tangga dan anak banyak lagi belum selesai. Biasanya ibu walaupun dah tidur namun tetap rasa penat bermakna anda belum dapat rehat cukup. Mungkin juga ibu tidak mendapat tidur yang berkualiti atau tidak tidur dengan betul.
Jika keadaan ini berterusan lama-lama emosi ibu jadi tak stabil dan anak-anak akan terkena tempiasnya tanpa sengaja.
Bagaimana nak pastikan keadaan ini terkawal, Penulis Ilmu Keibubapaan, Encik Taufiq Razif ada penjelasannya.
Ibu tak cukup tidur emosi mudah meletup
“Kenapa saya asyik nak marah anak je bang?”
Hati hati, ibu yang tak cukup tidurnya memang mudah meletup emosinya. Jumlah tidur harian seorang ibu ni umpama AKAUN BANK. Bila seorang ibu tu tak tidur, ianya umpama kita ambil duit daripada AKAUN BANKnya sedikit demi sedikit.
Itu yang kita namakan sebagai SLEEP DEBT! Makin banyak isteri tak tidur, makin banyak SLEEP DEBTnya. Makin banyak SLEEP DEBTnya, makin kacau emosi dan fizikalnya.
Kalau ikut National Sleep Foundation, wanita perlukan tidur 20 minit lebih banyak daripada lelaki kerana otak mereka lebih ‘multitasking’ dan perlukan waktu yang lebih lama untuk ‘recover’.
Tetapi aduh kesiannya, bila tengok statistik rupanya 18% wanita menderita tak cukup tidur dibandingkan cuma 8% je lelaki yang menderita tak cukup tidur padahal otak wanita lebih perlukan tidur yang cukup.
Tekanan emosi dan perasaan dalam mendidik anak adalah sebahagian dari pakej yang datang dengan status menjadi seorang ibu atau bapa. Mari bersikap jujur dengan diri sendiri.
Kita bukan Superhero! Menguruskan urusan diri sendiri, keluarga, kerjaya dan anak-anak dalam masa yang sama adalah sumber tekanan yang datang hampir setiap hari. Kalau tidak betul gaya menguruskan tekanan ini, kita mungkin akan tersilap langkah.
Berdasarkan perkongsian dari Dr Rozanizam Zakaria, beliau ada memberikan tip yang boleh dilakukan dalam mengawal emosi bagi memastikan anda menjadi ibu bapa yang sentiasa tenang dan tak mudah rasa tertekan jika berdepan dengan sebarang masalah.
1. TANGGUHKAN REAKSI ANDA – Tidak kita seteruk mana pun masalah yang ditimbulkan oleh anak anda, jangan terus bertindak. Tindakan serta merta anda, selalunya didorong oleh emosi (baca: Amygdala Hijack). Selalunya kesilapan dalam bertindak berlaku sewaktu kita impulsive, bertindak melulu tanda memikirkan kesan. Jadi berhenti sejenak, fikir dengan otak rasional, bukan otak emosi. Kemudian baru tentukan tindakan anda dalam situasi tersebut.
2. BELAJAR TEKNIK RELAKSASI – macam-macam teknik anda boleh pelajari dari buku, alam maya mahupun profesional. Tak semestinya yang terlalu rumit. Teknik pernafasan dalam (deep breathing technique – sedut-tahan-hembus dengan kiraan dan kitaran teratur), teknik distraction dan sebagainya sudah cukup berkesan dengan syarat di lakukan dengan betul dan konsisten.
3. PERBETULKAN FOKUS ANDA – Kita mudah terkesan dengan perkara yang kecil dan remeh seperti anak tumpahkan air, anak hilang jadual, anak berebut remote televisyen sehingga kita lupa fokus yang lebih besar. Pilih pertarungan anda. Jangan sampai isu kecil seperti air tumpah menjadi luka besar pada emosi anda dan anak-anak yang kekal sampai bertahun. Fikirkan apa yang anda ingin capai dalam situasi itu. Tugas anda mendidik dan bukan mengherdik. Ada masa diam dan tunjuk cara penyelesaian lebih berkesan dari membebel berjam sambil menyumpah seranah.
4. FIKIR PANJANG – orang putih kata, begin with end in mind. Bila ingin berbuat sesuatu kepada anak atau diri sendiri, fikirkan apakah kesan jangka masa panjang tindakan kita. Apa yang kita ingin capai dari situasi ini. Kita mungkin puas hati seketika dapat lepas geram dengan memukul anak, tapi kesannya pada anak mungkin sampai bila-bila.
5. CARI HARI HUJUNG MINGGU UNTUK ANDA – Anda juga perlu cuti rehat dari jadi ibu bapa. Bila kali terakhir anda bercuti berdua dengan pasangan? Kalau rumahtangga dan anak-anak kelam kabut tak tahu punca, mungkin sebenarnya ia signal minta anda mohon cuti. Parkirkan anak di rumah ibubapa, ganjarkan diri anda dengan percutian seketika.
6. CARI HOBI/ AKTIVITI SOSIAL – jangan ingat hobi dan bersosial hanya layak untuk orang bujang. Cari semula minat yang anda telah tinggalkan dek kesibukan menjadi ibu bapa. Jangan pencen awal dari main bola, membakar kek, menjahit manik, melukis, berkebun atau apa juga hobi yang membantu anda rehat dan rawat enjin anda.
7. URUS MASA – bangun lambat, kerja tak siap, anak lewat ke sekolah, kerja sekolah anak tak siap – bahan asas yang cukup sempurna untuk memulakan hari dengan keadaan tertekan. Susun semula prioriti kehidupan. Senaraikan apa yang perlu di buat sekarang, kemudian dan akan datang mengikut ketetapan yang realistik. Kaji penggunaan masa anda. Buang tabiat membuang masa – layan internet tanpa tujuan, bersembang tak bertopik atau drama yang bersiri-siri.
8. CARI KAWAN – Jangan ingat berkawan maksudnya ‘tak ingat anak bini’. Kawan ada ruang khas dalam hidup. Ia membantu menampung kelompongan yang ada dalam jiwa. Jangan duduk dalam gua dan berharap kita akan hidup gembira.
9. BERKONGSI – setiap ibu bapa ada pengalaman tersendiri. Kongsi masalah anda, kongsi kejayaan anda. Belajar antara satu sama lain membantu membesarkan lensa kita dalam melihat cabaran mendidik anak-anak.
10. UBAH CARA FIKIR – cara fikir kita menentukan emosi dan reaksi kita. Kalau kita rigid dan negatif dalam berfikir, emosi dan tindakan yang datang juga akan negatif. Contohnya anak buat salah, kalau kita fikir “kenapalah anak aku ni tak faham-faham!” – sudah tentu emosi yang akan terbit juga sama rasanya. Adakalanya kita berhenti dan ubah cara fikir “adalah tu yang tak kena, mungkin dia penat agaknya”. Emosi dan tindakan kita sudah tentu berbeza.
11. JANGAN TINGGAL RIADAH FIZIKAL – badan kita satu unit yang sama – emosi, fizikal, spiritual. Terabai satu bahagian, terabailah yang lainnya. Jangan pandang rendah impak bersenam pada emosi anda. Cubalah baru tahu.
12. JAUHI BAHAN TIDAK SIHAT – Pemakanan tidak sihat, kopi berlebihan, bahan terlarang semuanya ada kesan pada keseimbangan tubuh badan kita. Jangan ambil mudah.
13. DAPATKAN BANTUAN – Sekiranya tekanan anda berpanjangan, melarat dan beri kesan pada fungsi seharian. Jangan bertangguh dapatkan penilaian professional. Kemurungan, anxiety, psikosis, masalah ketagihan dan seangkatan dengannya semuanya bermula dari stres yang kecil.
14. TERIMA HAKIKAT – ANDA TIDAK AKAN JADI IBU BAPA YANG SEMPURNA – Jangan terlalu taksub untuk jadi sempurna dan takut untuk berbuat salah. Sedar kesilapan dan perbaiki keadaan adalah jalan terbaik menjadi ibu bapa yang ‘sempurna’ untuk anak-anak anda. Jangan bandingkan situasi anda dengan ilustrasi palsu drama bersiri dalam media.
15. JANGAN LUPA TUHAN – Anak adalah amanah Allah. Allah jualah sumber kekuatan kita semua. Lebih dekat dengan pencipta, lebih dekat yang dicipta pada kita.
Pemilihan nama buat cahaya mata sememangnya menjadi momen istimewa bagi setiap ibu bapa. Bagi pasangan selebriti Shuib dan Watie Hanifiah, nama yang diberikan kepada puteri sulung mereka bukan sahaja indah didengar, malah mempunyai kisah tersendiri yang melibatkan seluruh keluarga.