Rumah tangga yang harmoni semestinya mampu dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik antara pasangan suami isteri. Berkasih sayang, tolak ansur dan persefahaman antara kunci utama mencapai bahagia.
Rasulullah SAW menyuruh para suami supaya berbuat baik kepada isteri dan bersederhana dalam mendidik para isteri.Rasulullah SAW pernah bersabda “Aku berwasiat kepada kamu agar menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ”.
Peranan seorang suami dalam mencetuskan semangat terhadap isteri tidak terhenti setakat itu sahaja. Suami juga perlu mewujudkan suasana yang positif, cukup mendamaikan dalam sesebuah institusi keluarga.
Para suami juga dituntut untuk mengajar anak-anak dalam soal-soal yang melibatkan pemantapan akhlak dan sahsiah diri. Misalnya ajar anak-anak tentang kepentingan menjaga kebersihan dan menghormati orang lain.
Ads
Sebagai ketua keluarga, suami juga sewajarnya memastikan anak-anak mampu menikmati gaya hidup yang lebih baik. Perlu bertindak sebagai ‘role model’ untuk anak-anak dan isteri dengan menerapkan adab dan akhlak yang baik bersandarkan kefahaman serta prinsip-prinsip Islam.
Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba di sisi Allah SWT. Ini bersesuaian dengan firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”. (Surah Al-An’am , ayat 162).
Ads
Saling mendoakan, rumah tangga bahagia
Ads
Dalam hal ini, untuk mencapai kebahagiaan antara suami isteri, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ada berkongsikan doa yang perlu dibaca antara suami isteri dan setiap anak pun boleh amalkan juga untuk ibu bapa.
Semoga setiap suami isteri saling mendoakan dan setiap anak dan ibu ayah tetap mendoakan. Doa ini boleh dibaca untuk satu keluarga agar cenderung mencintai Allah dan menekuni ajaran Nabi Muhammad SAW.
Anak masuk dua pun mama dah rasa pening tengok keadaan rumah apatah lagi lebih dari 5 orang anak. Fuh! Memang mencabar nak membesarkan anak-anak ni. Lain anak lain ragam dan perangainya kan?
Tak mustahil kalau dalam rumah tersebut ada sistem khas untuk pastikan rumah sentiasa kemas kan? Yang penting kena didik sejak kecil! Jom ikuti perkongsian ini.
Ada 7 anak, 6 lelaki
Itu hari saya duduk dengan seorang ibu yang dah lama pencen dari sector perguruan. Beliau ini ramah ya ampun. Asalnya beliau merupakan seorang peserta kelas brownies beberapa tahun lalu. Namun sekarang dah jadi macam kawan.
Beliau bersembang tentang 4 orang menantunya yang berbagai-bagai ragam. Seronok mendengarnya. Ibu kepada 7 orang anak ini, punya 6 orang anak lelaki dan seorang sahaja anak perempuan.
Yang sulong itu anak gadisnya yang sudah punya 3 orang anak, kemudian ada 3 anak lelaki yang sudah berkahwin. Yang lain masih bujang trang-tang-tang.
Dalam banyak-banyak hal yang kami sembang, beliau nasihatkan saya tentang saya kena bertegas dengan orang rumah bab-bab mengemas, bab mencuci dan sebagainya kena bertegas walau beliau seorang yang bekerja. Kalau tak bekerja lagilah kena kuat tegasannya itu.
Suami tegas bab rumah kena kemas
Beliau kata, sepanjang jadi guru dan 10 tahun terakhir dapat jadi pengetua, beliau dapat suami yang sangat tegas bab itu.
Oleh kerana anak lelaki pula sangat ramai, dan memang susah ya amat nak pastikan rumah itu sentiasa kemas, namun sebagai isteri memang kena kreatif bab-bab menguruskan rumah. Sebab, semua inilah menunjukkan kebijaksanaan seorang wanita.
Kita memang boleh cakap “suami, tolonglah sama mengemas juga,” Itu boleh kata dalam mimpi pun susah nak jumpa. Memang ada, namun susah. Jadi dah bertukar status sebagai isteri, beliau cakap beliau reda sahaja namun kena kreatif.
5 perkara yang dilakukan. Ini yang saya belajar.
Sebab suami tak suka nak mengemas seperti dia, dan dia juga seorang yang bekerja dan penat ya ampun menjadi seorang guru ini. Di sekolah dah beratus anak murid, di rumah ada 7 orang yang jenis terbang nakal bukan main. Jadi beliau buat ini;
1. Beli banyak organizer
Beli banyaknya organizer untuk baju, seluar dalam, seluar, baju tidur, baju sukan, baju sekolah dan segala-gala untuk anak-anak ini beliau beli jenis rak macam toyogo yang ada laci itu.
Seorang anak, ada 1 organizer dan mereka kena uruskan semuanya sendiri termasuk mencuci, melipat dan memasukkannya di dalam organizer tersebut. Tak ada baju, memang kena libas kerana boleh jadi tak ke sekolah.
2. Beli ampaian untuk baju-baju yang mahu digosok
Ampaian ini perlu ada beberapa, senang untuk anak-anak gantung baju dan ambil sahaja. Oleh kerana rezeki beliau punya anak perempuan yang jadi anak sulong, maka si kakak ini banyak tanggungjawab membantu adik-adik dan beliau bersyukur kerana dari si kakak ini kecil lagi beliau sudah ajar untuk enjoy buat kerja.
Si kakak ini memang jadi ratu gosok baju untuk adik-adik. Mana yang cari pasal dengan kakak, pastinya tak akan digosok bajunya. Jadi semua kena behave dan layan kakak baik-baik.
3. Bakul mainan dan stor
Dua perkara ini benda penting yang wajib ada dalam rumah. Bakul mainan ini perlu diajar kepada anak-anak tentang apabila ambil, kena simpan semula. Kalau tidak, buang. Jadi ibu, bab ini kena bertukar menjadi raksaksa.
Biasanya anak-anak sangat sayangkan mainan mereka, jadi jika mereka tidak kemas, kasi buang. Namun, kalian ‘buang’ diam-diam dalam stor.
Setelah beberapa lama, hadiahkan mainan tersebut kepada orang lain. Ia lebih bermanfaat dari membuangnya. Anak akan dapat pengajaran, ibu bapa juga tidak membazir.
4. Hari Jumaat adalah hari bersih bagi semua bilik
Wajib letak dalam bakul kain seperti cadar, sarung bantal, dan segala jenis mak nenek pakaian yang belum dicuci termasuk tuala. Sekiranya tak buat, terus penjarakan mereka untuk bermain di padang selama 1 minggu.
Ia memang menjadi dengan sangat baik dan semua anak-anak lelaki cikgu ini sangat menjaga bilik mereka sendiri.
5. Sediakan sabun, pencuci muka segala pencuci
Sentiasa sediakan sabun, pencuci muka, pencuci segala semuanya kepada anak-anak. Dan di dalam bilik air, yang ini tak payah kedekut. Pastikan anak belajar tentang kebersihan. Dan ianya akan melekat di jiwa anak-anak.
Sampai ke tahap, nanti akhirnya anak sendiri akan tahu tentang pentingnya bersih, tentang pentingnya menyusun semua perkara.
Beliau cerita yang mana anaknya yang kecil-kecil, apabila beliau sudah didik abang dan kakak yang dah besar, yang kecil-kecil akhirnya mengikut. Rumahnya sentiasa kemas walau anak-anak banyak mainan. Dirinya sendiri juga tak stress suruh laki bantu kemas.
Iya benarlah, isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar hati, hahaha. Macam lagu. Namun, itu semua betul, kan?
Rumah kita adalah yang memberi hilangnya gelisah, ianya disempurnakan oleh isteri yang cerdik, bijak dalam mengatur segalanya di dalam rumah.
Itulah emak-emak kita semua. harapnya isteri kita juga akan begitu selama-lamanya! Cewah!
Mendidik anak-anak sehingga mereka membesar dan menjadi dewasa satu proses yang bukan mudah. sedikit sebanyak ibu bapa juga memerlukan ilmu supaya dapat menjadi panduan.
Ilmu-ilmu keibu bapaan ini boleh didapati secara semulajadi iaitu melalui pengalaman sendiri mahupun yang diambil contoh daripada ibu bapa yang lain. Namun begitu adakalanya kerana terlalu sibuk dengan rutin dan kerjaya, ada yang mengabaikan beberapa aspek penting dalam membesarkan anak-anak, lantas mereka menjadi pendendam kepada ibu bapa sendiri.
Perkongsian daripada Taufiq Razif tentang punca anak-anak boleh menjadi pendendam kepada ibu bapa sendiri mungkin boleh dijadikan panduan untuk semua.
Mak ayah wajib baca artikel ni. Anak kita boleh jadi pendendam pada kita bila :
1. Kita amalkan Neglectful Parenting – Neglectful ataupun Uninvolved Parenting ni adalah bila kita terlalu lepas tangan dalam mendidik anak anak – Mungkin kita terlalu sibuk sampai kita abaikan anak anak. Sibuk boleh tapi kena bayar balik defisit emosi dan perhatian anak anak. Kalau tak, anak kita mungkin berakhir menjadi pendendam, haus perhatian dan dahaga kasih sayang
2. Kita abaikan Basic Needs anak – Dalam Maslow’s Hierarchy of Needs keperluan paling diperlukan adalah makanan, minuman, tempat tinggal, tidur dan lain lain – Kalau yang ni tak setel, maka yang lain pun akan jadi haru biru. Bayangkan kalau ketua keluarga abaikan nafkah anak anak. Habis kucar kacir semuanya pada diri anak
3. Kita menduakan ayah atau ibunya – Ayah dan ibu kepada anak anak kita adalah simbol kehormatan dan simbol maruah anak anak – Jika kita menduakan ibu dan ayah kepada anak kita tanpa alasan yang Syarie, ianya seolah olah kita menghancurkan maruah dan kehormatan si anak. Akan berlaku Trust Issues yang sangat teruk jika tidak diselesaikan daripada awal
4. Kita mengamalkan Favoritism – Favoritism berlaku kita selalu pilih kasih antara anak anak. Tanpa sedar Favoritism ni boleh berlaku bila kita hanya utamakan Eye Contact pada anak yang lebih kecil hingga abaikan kakak dan abangnya ataupun bila kita selalu puji anak tertentu sahaja sehingga anak yang lain terasa diabaikan – Ingat, Favoritism akan menyuburkan sifat saling dengki mendengki dalam diri adik beradik kalau tak ditangani dari awal!
5. Kita cederakan emosi anak secara keterlaluan – Mengikut kajian, bahagian otak yang aktif ketika Emotional Pain lebih kurang sama dengan bahagian yang aktif ketika Physical Pain – Ya, kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan emosi kadangkala lebih menyakitkan daripada kesakitan pada tubuh badan dan ianya bertahan lebih lama – itulah kenapa kalau marah, janganlah keterlaluan. Kalau tengking, jangan sampai melampau dan keterlaluan. Kita tak tahu yang mana akan membekas dan menjadi parut emosi pada diri anak kita yang akan kekal sampai mereka dewasa. – Itulah pentingnya mak ayah untuk belajar ilmu parenting dan ilmu kawal emosi sentiasa. Boleh belajar secara percuma sahaja ilmu tersebut di Telegram Nota Parenting. – Kita nak didik anak kita menjadi anak yang berguna bukannya menjadi anak yang berdendam dalam diam kepada kedua orang tuanya
Sumber: Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Boleh dikatakan hampir setiap rumah akan ada masalah cicak berkeliaran. Kadang rasa geli pun ada kan? Walaupun dah cuba buat beberapa petua, lepas tu datang balik.
Mungkin bagi yang ingin cuba buat perangkap cicak sendiri, boleh cuba cara ni pula. Paling senang dan tak perlu modal besar pun. Agak-agak nampak ada ‘geng cicak’ di mana-mana tempat boleh terus tampal.
Perkongsian daripada Ct Affaziah boleh anda cuba dan daripada cara yang dilakukan memang betul-betul berbaloi hasilnya.
Sorry kalau posting ni mengelikan. Scroll laju-laju eh kalau yang geli. Saya nak share tips mudah dan murah nak bunuh cicak.
Gambar kat bawah ni hasil rumah kampung saya yang ditinggalkan dekat 3 minggu. Untuk kali pertama buat total cicak yang dapat 54 ekor. Banyak kan! 1 family cicak boleh melekat😂
Cara-cara nak buat perangkap cicak ni tersangat mudah. Hanya guna dua bahan, salotip dan gunting sahaja. Tak perlu nak letak apa-apa umpan pun, selesai masalah. Paling penting buat di kawasan yang biasa jadi laluan cicak.
Biarkan untuk beberapa ketika dan boleh lihat hasilnya selepas itu.
Langkah pertama:
👉Cuma perlu gunting dengan plastik tape. Korang tampal merata tempat laluan cicak tau.
👉Caranya hanya tampal hujung tape je pastu terbalikkan yg ad gam tu belah atas..cuma hujung dgn hujung je tampal kt lantai…boleh fahamkan..😊
Jadi lepas ni tak perlu dah susah hati. Nanti boleh tengok hasilnya macam mana ya!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.