Di sebalik kerancakan medium media sosial sekarang, ada yang membuatkan hubungan suami isteri sedikit terjejas. Ramai yang tak melihat perkara ini secara serius tetapi ia memang berlaku dalam masyarakat.

Fenomena ‘tag suami’ & ‘tag isteri’

Perkongsian dari saudara Firdaus Wong Wai Hung ini cukup menjelaskan suami isteri jangan terlalu harapkan kesempurnaan pasangan tapi terimalah mereka untuk menutupi kelemahan satu sama lain.

Antara penyakit masyarakat pada hari ini adalah wujudnya fenomena ‘tag suami’ & ‘tag isteri’ masing-masing.

Hati-Hati ‘Tag Suami Atau Isteri’ Di Media Sosial. Jangan Sampai Pasangan Terasa HatiHanya kerana posting yang nampak kemanisan layanan si suami atau si isteri kepada pasangan atau ada produk terbaru, maka masing-masing laju je untuk tagged pasangan masing-masing seolah-olah pasangannya tiada kebaikan langsung.

IKLAN

Alangkah baiknya andai mereka tagged pasangan masing-masing lalu mengatakan terima kasih di atas kasih sayang dan pengorbanan mereka selama ini atau tagged pasangan di posting nasihat agama yang bermanfaat. Tak perlu sarkastik atau memerli pasangan anda di media sosial atau dalam realiti.

Kalau nak beli produk tu, send melalui Messenger sahaja dan berkomunikasi di situ tetapi ini tidak tagged pasangan masing-masing dan orang ramai nampak pergaduhan si suami dan isteri walhal Messenger dan WhatsApp kan ada.

Lebih memburukkan keadaan apabila ada juga segelintir pihak terutama yang menjadi public figure ala-ala tayang gambar sedang menyapu lantai, melipat baju, mencuci rumah atau lebih parah, buat video semi profesional menayangkan bagaimana si dia menyuap makanan dan letak simbol love.

Maka lajulah netizen tagged pasangan masing-masing dengan caption, ‘ha nampak tu. sweet je’ atau ‘dia sibuk pun bantu isteri mereka. Awak tu balik melepak je tak tolong i pun.’

IKLAN

Common sense, takkan la public figure yang gajinya tinggi tak de orang gaji untuk membantunya selama ini & rumahnya yang besar takde vakum sampai kena pakai penyapu lidi di rumah?

Hati-Hati ‘Tag Suami Atau Isteri’ Di Media Sosial. Jangan Sampai Pasangan Terasa Hati

Hiduplah dalam realiti jangan terlalu harap kesempurnaan

IKLAN

Hiduplah dalam realiti andai anda mahu rumah tangga anda bahagia dan bukannya lakonan dan sandiwara yang dipaparkan di media sosial.

Kita terlalu mendambakan kesempurnaan yang dipaparkan oleh public figure di media sosial walhal ianya mungkin lakonan bagi menagih simpati dan perhatian sehingga kita lupa kita masih ada pasangan yang kebaikannya belum tentu ada pada orang lain.

Jikalau anda tidak tahu bersyukur dengan pasangan yang anda miliki hari ini walaupun mereka juga miliki kelemahan hanya kerana terlalu melayan emosi dan lakonan di media sosial, anda pasti kecewa. Manusia yang tidak bersyukur pada nikmat yang sedikit sukar untuk bersyukur pada nikmat yang besar.

Sumber: Firdaus Wong Wai Hung

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI