Bukan hanya individu yang bekerja di pejabat, atlet, pemain muzik atau individu yang bekerja menggunakan keupayaan tangan mereka, ibu mengandung juga terdedah kepada masalah Carpal Tunnel. Jika ini berlaku kepada wanita hamil, jangan panik kerana ia adalah masalah biasa. Ia juga boleh berlaku kepada wanita mengandung.
Menurut perkongsian Hellodoktor.com, perubahan hormon pada tubuh badan ibu hamil akan mengakibatkan pelbagai perubahan lain termasuklah pada tempat yang dikenali sebagai carpal tunnel ini.
Semasa dalam fasa kehamilan, pelbagai perubahan yang akan berlaku kepada tubuh badan seorang wanita baik dari segi fizikal serta mental. Antara yang paling jelas kelihatan adalah bentuk badan wanita akan mulai mengembang dan membesar serta ‘breakout’ pada wajah.
Untuk pengetahuan anda, ada juga segelintir wanita yang akan mengalami sindrom carpal tunnel semasa hamil!
Persoalannya, adakah ia satu perkara yang normal? Selain itu, apa yang perlu dilakukan untuk menanganinya?
Apa itu sindrom carpal tunnel?
Buat anda yang belum tahu, carpal tunnel adalah satu kawasan atau laluan yang terletak pada pergelangan tangan. Ia dipenuhi dengan saraf dan tendon yang bersambung dengan tapak tangan dan jari.
Sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak normal pada saraf dan tendon di tempat ini, ia akan mengakibatkan rasa sakit dan pedih. Inilah kondisi yang dipanggil sebagai sindrom carpal tunnel.
Ads
Ia biasa berlaku kepada golongan atlet, pekerja pejabat, pemain alat muzik serta individu yang banyak menggunakan tangan mereka dalam aktiviti seharian. Ia juga boleh berlaku kepada wanita mengandung. Pun begitu, adakah ia normal?
Adakah ia normal berlaku semasa hamil?
Ketika sedang mengandung, akan berlaku banyak perubahan hormon pada tubuh badan ibu hamil termasuklah pada tempat yang dikenali sebagai carpal tunnel ini.
Perubahan hormon ini kemudiannya akan mengakibatkan tubuh badan anda mengekalkan banyak cecair pada tangan serta melembutkan ligamen tempat ini. Inilah yang akan menyebabkan tempat tersebut membengkak (oedema).
Akibatnya, saraf dan tendon pada tempat ini akan terhimpit dan tertekan seterusnya mengakibatkan rasa kebas, panas, sakit dan pedih – seperti dicucuk dengan jarum.
Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak National Health Service di UK, ia adalah kondisi yang normal dan biasa terjadi kepada kira-kira 60% wanita hamil.
Ads
Apakah yang ibu hamil boleh buat untuk kurangkan simptomnya?
Kadangkala, ia akan berlaku kepada wanita hamil tanpa dapat dielakkan. Namun apa yang boleh dilakukan adalah kurangkan simptomnya dengan cara berikut:
#1. Pakai pendakap tangan
Setelah disahkan oleh doktor bahawa anda mengalami sindrom carpal tunnel, minta saranan daripada doktor sama ada anda perlu pakai pendakap tangan atau tidak.
Jika ya, boleh cari pendakap tangan ini di farmasi yang berdekatan dengan anda. Gunakan ia pada setiap masa terutamanya ketika kalian sedang bekerja atau berehat.
Jika kurang pasti, ia adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh individu patah atau retak tulang tangan. Dapatkan bantuan pakar fisioterapi untuk mencari yang sesuai dengan anda.
#2. Tuam air sejuk & air hangat pada tangan
Wanita hamil boleh tuam ais secara lembut dan perlahan pada kawasan yang terjejas. Atau anda juga boleh rendam tangan pada air sejuk sebagai alternatif. Kemudian, tuam atau rendam pula tangan anda dengan menggunakan air yang hangat secara berselang seli (kira-kira 5 ke 6 minit dari setiap satu). Jika kesakitan itu masih atau makin teruk, hentikan ia dan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.
#3. Letak tangan pada kedudukan yang tinggi
Ketika sedang berehat atau bekerja, elakkan dari meletakkan tangan anda pada kedudukan yang rendah atau mendatar. Sebaliknya, pastikan ia kekal pada kedudukan yang tinggi. Ini bertujuan mengelakkan serta mengurangkan bengkak pada tempat carpal tunnel tersebut.
#4. Jaga posisi tidur anda dengan cermat
Jika ia berlaku pada tangan kanan, elakkan tidur dengan baring mengiring sebelah kanan. Posisi yang paling ideal adalah dengan meletakkan tangan pada bantal kepala anda. Untuk melegakan serangan tiba-tiba pada waktu malam, goyangkan tangan anda sehingga ia sedikit lega.
#5. Bersenam
Jangan terkejut dengan petua ini ya? Dengan senaman ringan yang melibatkan tangan, ia mampu melancarkan perjalanan darah pada tangan sekali gus mengurangkan pembengkakan.
#6. Berehat
Apa yang paling penting untuk dilakukan adalah berehat dan kurangkan aktiviti melibatkan tangan. Jika tidak berbuat apa-apa, rehatkan sahaja tangan pada bantal sambil berbaring.
#7. Berjumpa doktor untuk rawatan
Akhir sekali, jangan lupa untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis dengan kerap terutamanya jika sindrom carpal tunnel semasa hamil yang anda hadapi itu kian teruk.
Sumber: Hellodoktor.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon popular, Niena Baharun yang sedang berbadan dua berkongsi pengalaman mengalami alahan teruk. Pengalaman tersebut dikongsi di laman instagram rasminya dengan sekeping gambar yang sarat hamil.
Menurut perkongsianya, ketika hamil anak pertama Niena langsung tidak mengalami sebarang alahan, namun berbeza dengan kehamilan kedua apabila dia mengalami alahan teruk sehingga berat badan turun mendadak.
Yeay, 90% ‘morning sickness’ dah takde.
Ni first pengalaman kena ‘morning sickness’ , waktu Adiel dulu memang tak merasa langsung.
Betul la mak mak selalu cakap, lain anak lain pengalaman kita dapat.
Now mommy dah boleh enjoy! Dah kurang dgn alahan bau. Dah boleh start makan banyak. Awal haritu, tengok makanan fav pun dah rasa mual apatah lagi nak makan. Sampai berat badan turun mendadak.
Niena yang mendirikan rumah tangga bersama Dato’ Aliff Firdaus, ahli perniagaan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Adiel Mikael berusia 1 tahun 8 bulan.
Tambah niena lagi, walaupun alahan pertamanya sudah mula hilang namun timbul alahan baru iaitu alah dengan udara sejuk. Namun dia tetap bersyukur atas semua nikmat yang dirasai sepanjang kehamilanya.
Tapi kan satu alahan ni baru timbul. Alahan dengan udara sejuk. Hm boleh bergaduh dgn daddy dia, kadang datang selfish daddy nak buka aircond paling sejuk. Haaa
Apa pun mommy bersyukur diatas segala nikmat ini.
Niena turut mendoakan agar pasangan yang menanti cahaya mata dikurniakan dengan zuriat yang soleh dan solehah.
Buat pasangan yg masih menantikan cahaya mata, kami titipkan doa semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh & solehah buat anda semua.
Jangan putus asa. Sentiasa bersangka baik pada Allah.
Semoga doa kita semua dimakbulkan
Mama perlu ketahui 5 tanda ini, ia bukan false alarm atau isyarat bersalin yang palsu lagi. Apabila ia muncul, ia bermakna anda akan bersalin tidak lama lagi.
Tanda bersalin setiap wanita tidak sama, bahkan tanda bersalin bagi setiap kelahiran untuk seseorang wanita itu juga berbeza! Sungguhpun anda tahu tarikh jangkaan bersalin (EDD) yang diberikan oleh doktor, tetapi tidak mustahil jika anda bersalin lebih awal ataupun lewat daripada tarikh yang diberikan. Jadi, apa petanda waktu bersalin anda sudah hampir? Awas! Usah terpedaya dengan tanda bersalin palsu.
#1 Rasa ringan
Ini bukan bermakna anda rasa berat badan anda semakin ringan! Sebaliknya, proses di mana kepala bayi turun ke bawah dan berada tetap pada posisi pelvis anda dinamakan ringan. Anda mungkin akan mengalami tanda ini beberapa minggu atau beberapa jam sebelum bersalin. Juga, anda akan rasa lebih kerap kencing ketika ini kerana uterus berada atas pundi kencing.
#2 Rembesan mukus
Rembesan mukus berkumpul di serviks semasa anda hamil. Namun, apabila serviks mula terbuka dengan lebih luas, rembesan mukus yang jernih, berlendir dan sedikit berdarah akan keluar pada faraj anda. Anda mungkin akan bersalin selepas seminggu atau dua minggu rembesan mukus keluar.
#3 Kontraksi
Semasa kontraksi berlaku, abdomen anda akan rasa keras. Semasa antara kontraksi pula, uterus akan rasa relaks dan abdomen jadi lembut. Walau bagaimanapun, rasa kontraksi bagi setiap wanita tidak sama. Lazimnya, anda akan mula rasa kejang perut dan tidak selesa serta sakit belakang sewaktu hampir bersalin. Kontraksi sebenar berbeza dengan yang palsu, di mana semasa kontraksi sebenar, anda akan rasa kontraksi tanpa henti walaupun semasa anda berubah posisi atau cuba untuk bertenang. Anda juga akan rasa kontraksi lebih kerap dan lebih sakit.
#4 Air ketuban pecah
Tanda bersalin yang paling kerap diperkatakan. Untuk mengenali air ketuban, selalunya ia tidak berbau dan jernih. Proses kelahiran hanya terjadi jika air ketuban anda pecah disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
#5 Mudah membuang air besar
Bukan sahaja otot pada uterus yang sedang bersedia untuk bersalin, otot-otot pada badan lain pun sama. Pergerakan usus anda juga longgar, jadi mudah untuk anda membuang air besar. Ini petanda baik kerana waktu bersalin anda makin hampir!
Diam tak diam, kandungan anak kedua pelakon cantik, Tasha Shila kini sudah pun memasuki fasa ketiga kehamilannya.
Melalui Instagramnya, Tasha meluahkan rasa syukur malah teruja untuk menyambut kelahiran anak keduanya itu yang berbaki lagi 10 minggu.
“Syukur Alhamdullilah dah masuk 3rd trimester. Harini hari ke 29 minggu kandungan.
“InshaAllah lagi 10 minggu lagi,” tulisnya berkongsi.
Sarat hamil tujuh bulan lebih, aktress cantik ini juga turut memohon doa semua agar kelahiran bayi keduanya ini dipermudahkan.
“Mohon doa kalian semoga bayi dalam kandungan saya sihat & proses bersalin nanti dipermudahkan,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, sebelum ini Tasha pernah berkongsi kandungan keduanya kali ini di mana dia lebih bergemar bercantik-cantik dan selalu berhias serta mengenakan make up sepanjang kehamilan keduanya ini.
Semoga dipermudahkan urusan kelahiran bayi kedua Tasha nanti.
Terdahulu, Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020 dan pada 25 April tahun lalu, si comel Raees Zander menjadi pelengkap bahagia pasangan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular di TikTok, gelagat seorang kanak-kanak yang sedang tukar baju sekolah agama kepada pakaian sukan tepi gelanggang futsal benar-benar buat netizen tersenyum dan terhibur....