Doa yang hari-hari kita buat sebelum makan, besar sangat manfaatnya jika di amalkan untuk anak-anak. Mungkin ramai ibu bapa yang tak tahu pun kelebihan doa tersebut untuk jadikan anak kita orang yang baik akhlaknya dan bijak.
Perkongsian dari Mohd Fhais mengenai besarnya hikmah di sebalik doa makan yang mungkin kita tak tahu pun kelebihannya.
Mulanya masa terjumpa ilmu yang di kongsi oleh ustaz Sadini ni saya tercenggang, doa yang biasa kita guna setiap hari boleh berikan manfaat yang luar biasa jika betul cara gunanya.
Menurut beliau selain kita berdoa tanda bersyukur, murah rezeki dan sihat tubuh badan kita juga perlu mendoakan anggota tubuh badan agar di berkati.
Setiap hari sebelum hantar anak ke sekolah gosok ubun-ubun anak dan bacakan doa,
Bahaya ganjaran gajet pada anak yang ramai mak ayah tahu tapi buat-buat tak tahu. Mungkin diperingkat awal kita tak perasan tapi lagi dibiarkan kesannya lagi teruk.
Contoh situasi yang sering berlaku adalah ketika sedang makan di restoran. Kebetulan bersebelahan dengan dua keluarga yang masing-masing mempunyai anak yang berbeza umur.
Ibu bapa dan anak dalam lingkungan 8-9 BULAN. Sementara menunggu makanan sampai, ibu menyuapkan bubur nasi kepada anak. Bila makanan sampai, dipasangkan video lagu Didi and friends. Maka kedua ibu bapa menikmati makanan tanpa gangguan.
Situasi lain pula, ibu bapa dan anak dalam lingkungan 2-3 tahun. Anak menjerit-jerit nak maggi. Terdengar anak komen itu ini, sambil ibu dan ayah angguk. Buat muka “alahai anak aku”. Sedikit goyah kesabaran. Bila makanan sampai, anak duduk atas meja. Cuba makan, tapi cakap, tak nak ni. Lepas tu cuba makanan lain. Kejap duduk kat kerusi. Kejap atas meja.
Ayah mula buat muka bosan. Tapi masih layan. Major respect! Ibu bapa ni langsung tak keluarkan handphone, hatta untuk ambil gambar makanan pun. Mereka terus makan dan layan karenah anak. Anak juga tidak langsung sebut nak hp/tab.
Bila ayah sudah makan, sambil menunggu ibu makan, ayah hanya pandang dan bersembang dengan ibu dan anak. Dan anak langsung tak berlari tinggalkan meja!
Ibu bapa… tab atau handphone memang banyak kegunaan. Malah kami terapis pertuturan-bahasa juga gunakan alat-alat ini dalam terapi. Tapi apabila “reward” diberi tanpa sebab, semata-mata untuk mengalih perhatian anak, ia telah memberi kesan negatif kepada anak. Antara 3 kesan negatif:
Anak menjadi kurang sabar. Kerana selalu menonton kartun/animasi yang mempunyai pergerakan laju. Mereka akan melihat pergerakan persekitaran adalah lambat. Jadi bayangkan kehidupan anak yang sentiasa tidak puas dan tiada tumpuan kepada perkara lain selain tab/hp.
Anak akan ketagih dengan tab/hp. Kerana pembinaan minat mereka ke atas dunia maya yang berterusan. Mereka merasakan mereka dapat terus melihat benda baru di sebalik screen. Tetapi kadang2 mereka hanya menonton perkara sama berulang kali. Ini menunjukkan simptom ketagihan. Yes. Bila ketagih, agak sukar dipulihkan. Bayangkan ketagih puting (pacifier), ketagih kopi dan ketagih dadah.
Jadi bagaimana kita nak memupuk minat membaca/melukis/bersukan dan lain-lain?
Anak akan membina beberapa sikap negatif (behavior problem). Seperti “degil”, pemarah dan sukar mendengar kata. Ini kerana sejak bayi mereka dibiasakan diberi “reward” tanpa sebab yang sepatutnya. Apabila anak menangis, maka ibu bapa SEGERA memberi tab/hp. Nampak? Nangis (negatif) dapat tab/hp (reward) = sikap negatif kekal. Jadi, kanak-kanak ini terdidik untuk gunakan sikap negatif dapatkan reward.
Jadi ibu bapa/penjaga… fikirkan. Apakah ini yang anda mahu berikan kpd anak anda?
Orang sekitar pula. Tolong jangan marah atau buat muka jika ada kanak-kanak berlari dan bising dalam restoran semasa anda ingin makan. Itu memang tugas kanak-kanak. Kalau anda ingin masa senyap sendirian, sila tempah kubur.
Memiliki anak yang mempunyai alergi memanglah satu cabaran. Mama dan papa perlulah memahami dan mengetahui cara untuk menghadapinya.
Umumnya, alergi ditandai dengan simptom seperti cirit-cirit, bengkak pada bahagian tubuh serta muntah-muntah. Bagi mengetahui dengan tepat alergi yang dihadapi oleh si kecil ujian khas akan dilakukan. Kira-kira 15% bayi dan kanak-kanak di Malaysia mengalami alergi seawal usia dan angka ini meningkat saban tahun. Hal ini tidak boleh diambil mudah kerana ia memberikan kesan fizikal dan emosi kepada si manja.
Alahan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang luaran dan pemakanan. Mari kita kenali 5 pencetus alergi yang biasa di kalangan anak kecil.
1)Susu lembu
Susu lembu mengandungi protein yang asing buat si kecil. Sebaik-baiknya diperkenalkan selepas mencecah usia setahun. Sebarang produk yang dihasilkan menggunakan susu lembu seperti yogurt, keju, aiskrim dan dadih boleh menyebabkan si manja cirit birit dan muntah.
2)Tungau debu
Atau dust mites adalah organisma kecil yang hidup di dalam habuk dan membiak di tempat panas dan lembap seperti selimut, tilam, tuala dan kain. Ia menyebabkan si manja bersin dan selesema dan jika kronik boleh menyebabkan sakit dada, asma dan sukar bernafas.
3)Telur Telur mengandungi protein yang menyebabkan si manja menunjukkan reaksi alergi seperti kegatalan dan tumbuhnya gegata. Si kecil yang alah telur turut alah kepada daging ayam dan spesies unggas.
4)Kekacang
Ada juga si kecil yang alah terhadap kekacang . Ia akan menyebabkan kegatalan sehingga rasa tidak selesa.
5)Ikan dan makanan laut
Bagi si alergi makanan laut, simptom yang terjadi ialah seperti sesak nafas, muntah dan bengkak pada bibir. Makanan laut seperti udang, ketam dan spesies ikan tertentu perlu dielakkan baginya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak dijangkiti HMFD, ibu ayah jangan terus panik. Boleh ikuti cara yang dicadangkan oleh doktor ini agar dapat mengawal jangkitan dan mengelakkan ia merebak.
Anak anda dijangkiti HMFD? Amat penting bagi anda untuk mengetahui cara betul penjagaan di rumah dan kaedah untuk mengelakkan ia menjangkiti orang lain.
Info-info yang diutarakan oleh Dr. Mohd Syamirulah Rahim, Pegawai Perubatan KPJ Perlis Specialist Hospital ini boleh membantu memahami perihal HMFD dan penjagaan anak yang dijangkiti agar terhindari perkara yang tidak diingini.
11 PERKARA PENTING MENGENAI JANGKITAN HFMD (HAND FOOT & MOUTH DISEASE)
#1 IA SANGAT MUDAH BERJANGKIT
HFMD sangat MUDAH berjangkit. Enterovirus HFMD dari seorang bayi/pesakit, boleh menjangkiti lima orang bayi/pesakit lain yang terdedah dengannya. Ia sangat mudah merebak di tempat common kanak-kanak/bayi, contohnya di taska, melalui permainan, troli kanak-kanak, meja, kerusi bayi dan sebagainya.
#2 CARA MENJANGKITI
Jangkitan adalah melalui air liur, batuk, droplet pernafasan, dan cecair dari ruam, juga melalui najis. Virus Enterovirus dan Coxsackie yang menjadi punca HFMD boleh hidup di luar badan manusia, bahkan berbulan-bulan lamanya.
#3 HAND SANITIZER TIDAK CUKUP
Terdapat laporan mengatakan penggunaan hand sanitizer sahaja adalah tidak cukup untuk menghapuskan virus Coxsackie. Digalakkan untuk mengamalkan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, serta penggunaan bahan pencuci seperti Bleach/Clorox untuk pakaian, alat permainan atau permukaan yang berkemungkinan terdedah. Suhu lebih 42 darjah Celsius sahaja yang boleh menyahaktifkan virus ini.
#4 TEMPOH INKUBASI
Tempoh inkubasi adalah sekitar 3 – 7 hari. Maksudnya, hanya selepas 3-7 hari terdedah kepada sumber jangkitan (eg : budak lain, alat permainan, pakaian etc), barulah simtom akan bermula.
#5 DEMAM & RUAM SEBAGAI SIMPTOM
Simptom bermula dengan demam panas (mencecah 38.5-39 darjah celsius), dan selepas sehari dua demam, barulah ruam-ruam bintik akan mulai muncul. Ruam akan muncul secara berperingkat, eg mula di tapak tangan, kemudian beberapa jam kemudian tapak kaki, kemudian sehari dua baru nampak di mulut, juga boleh di punggung.
#6 KULIT HILANG DAYA PELINDUNG
Ruam boleh menjadi gatal. Kebersihan pada kawasan ruam perlu dijaga. Kawasan ruam, adalah kulit yang hilang fungsi defensive, justeru mudah dijangkiti bakteria kedua (secondary bacterial infection).
Elakkan dari bayi bermain di tempat kotor, terkena bahan yang boleh membawa bakteria seperti bulu kucing, pakaian yang kotor, karpet, tikar, pasir dan lain-lain.
#7 RUAM DALAM MULUT
Ruam didalam mulut, boleh menjadi oral ulcer. Tompok-tompok ulcer ini, pastinya menyakitkan, dan bayi tidak mampu beritahu yang dia sedang sakit. Tanda-tanda seperti enggan minum, merengek tidak berhenti, adalah petanda bayi dalam kesakitan.
Ubat tahan sakit seperti Paracetamol dan Ibuprofen boleh terus diberikan setiap enam jam, tidak semestinya ketika demam sahaja.
#8 KERAPKAN BERI ANAK MINUM
Berikan cecair dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap, cecair sejuk boleh membantu, boleh gunakan picagari untuk mudahkan. Contohnya halakan muncung jauh daripada kawasan ulcer. Apa jenis cecair pun tak apa, eg: susu, air kosong, jus. Asalkan cecair. Tidak semestinya kena habiskan terus secawan atau sebotol.
Tapi kerapkan, contohnya 20ml setiap setengah jam. Sejuk boleh mengurangkan rasa sakit/tidak selesa. Adakalanya doktor akan berikan ubat berbentuk gel atau spray yang boleh mengurangkan rasa sakit.
#9 JANGAN BIAR HINGGA ANAK DEHIDRASI
Asalkan bayi anda masih boleh minum cecair, dan suhu badannya boleh dikawal, kebiasaannya tidak perlu dimasukkan ke wad. Sebaliknya jika bayi anda kekurangan air, ada simptom dehidrasi, maka bayi anda perlu dimasukkan ke wad dan air akan diberikan melalui suntikan intravena.
10% bayi yang menghidap HFMD perlu dimasukkan ke wad, dari jumlah ini 10% mendapat komplikasi teruk dan 0.5% boleh meninggal dunia.
#10 KUARANTIN
Jangkitan HFMD biasanya akan mengambil masa 7 ke 10 hari untuk betul-betul sembuh. JANGAN bawa anak anda keluar dari rumah, kuarantin adalah wajib kerana ianya sangat mudah berjangkit (rujuk point 1). Bagi pekerja kerajaan, anda boleh dapat cuti kuarantin menjaga anak. Jangan salahguna cuti ini pergi jalan-jalan sana sini, Allah Maha Mengetahui.
#11 BEIRI KERJASAMA BERI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Semua jangkitan HFMD wajib dilaporkan oleh pegawai perubatan ke Jabatan Kesihatan Negeri. Pihak jabatan kesihatan akan menghubungi tuan/puan dan mendapatkan maklumat seperti sejarah travelling, tempat taska/pengasuh, dsb.
Sila beri kerjasama kepada mereka, kerana data yang mereka kumpul adalah sangat penting bagi mengawal jangkitan dari merebak menjadi epidemik.