Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Namun bila mana tidak berada di bawah jagaan kita, kita sebagai ibu bapa mula bimbangkan anak-anak kita terutama di rumah pengasuh atau juga di tadika. Doa dan bertawakal pada Allah adalah cara terbaik yang boleh dilakukan ibu ayah.

Tip dan doa yang diberikan oleh Ustazah Asma’Harun melalui perkongsian saudari Yusniza Yaziz ini boleh ibu amalkan di rumah. Mohon dilindungkan anak kita dan Allah pelihara anak-anak kita daripada anasir tidak sihat.

TIPS MENDOAKAN ANAK-ANAK 


Perkongsian dari kuliah Ustazah Asma’ Harun.

ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin.
ALLAH Yang Maha Menjaga, ALLAH Yang Maha Mengawasi.
Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin pelihara dan jagalah anakku. Ya ALLAH aku serahkan anakku dalam jagaan dan peliharaan-MU.

Kalau anak nak terpengaruh dengan benda tak elok di sekolah, di universiti atau tempat kerja dia, ALLAH akan jaga dia. ALLAH akan lindungi dia dari pengaruh yang tak elok.

Doakan Anak-Anak Dengan Amalan 3 Zikir, Ustazah Kongsikan Doanya!

Anak kita pergi sekolah, balik selamat. Siapa yang jaga?

IKLAN

Anak kita di rumah kita tak mampu nak jaga. Daripada kecil sampai besar bukan kita yang jaga anak-anak kita. Wahai para ibu ayah tolong faham perkara ini.

Kadang kita sebut mak jaga engkau daripada kecik sampai besar. Sebenarnya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin yang jaga anak kita.

Mak yang bagi makan, susah payah mak ayah bekerja bagi kau makan apa semua. Sebenarnya ALLAH Ya Razzaq yang bagi rezeki pada anak tu. Kita adalah perantaraan saja.

Mak yang bagi kau kasih sayang sampai tak tidur malam. ALLAH Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud yang beri kasih sayang kepada anak tapi kita perantaraan ALLAH.

Doakan Anak-Anak Dengan Amalan 3 Zikir, Ustazah Kongsikan Doanya!

IKLAN

Mak yang besarkan kau. ALLAH Ya Kabir Ya Mutakabbir ALLAH Yang Besar dan Maha Membesarkan, bukan kita.

Tolong jangan sandarkan kepada kita akhirnya kita bimbang kita buat semua kerana anak bukan kerana ALLAH.

Firman ALLAH dalam Quran ALLAH sebut gambaran penghuni di Padang Mahsyar ALLAH akan melemparkan amalan masing-masing ke muka masing-masing, lalu ALLAH berkata,

“Pergilah kamu kepada mereka yang kamu berbuat untuk mereka ketika di dunia dahulu adakah mereka boleh beri kamu pahala?”

Na’uzubillah kalau hidup kita rupanya kita buat untuk anak. Bila anak tak menghargai, kita kecewa. Bila anak esok tak jaga kita, kita kecewa kita akan ungkit. Bila anak tak bagi duit kita kecewa kita ungkit apa yang kita buat.

IKLAN

Na’uzubillah. Susah payah kita mengandung, melahirkan anak sampai nak habis nyawa rupanya kita hanya mengharapkan penghargaan anak. Na’uzubillah. Esok susah payah kita itu akan dicampakkan semua. Masya-ALLAH.

Doakan Anak-Anak Dengan Amalan 3 Zikir, Ustazah Kongsikan Doanya!

Cuba hafal Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4.

Sebelum pergi sekolah dan sebelum tidur, 
Letak tangan atas kepala anak dan doa seperti berikut :

1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya ALLAH jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.

Kemudian baca:

2. Ar-Rahman ayat 1-4.

اَلرَّحۡمٰنُۙ‏
– Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang.

عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ‏
– Yang mengajarkan Al-Quran.

خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ‏
– Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan.

عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
– Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu.

Doakan Anak-Anak Dengan Amalan 3 Zikir, Ustazah Kongsikan Doanya!

Itu sebut bayan. Kalau anak kita dapat ilmu saja tak cukup, tapi kalau dapat Al-Bayan, bila dapat ilmu dia faham dan dia ada kekuatan untuk beramal.

Pagi-pagi dan sebelum tidur dapat baca yang tu pun Subhanallah. Kita serahkan jagaan kepada ALLAH.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI