Siapa yang tidak pernah berbuat salah. Kita sendiri sebagai mak ayah pasti pernah tertipu anak-anak dalam banyak hal. Kalau buat salah, ada baiknya mak ayah mengaku sahaja dan minta maaf kerana anak memahami.

Jangan reka pelbagai lagi alasan kerana ini akan hanya membuatkan anak kecil kita menipu. Ada anak-anak yang mula pandai meniru kerana rasa takut dimarahi, berlaku jujurlah dengan anak sentiasa. Biar dia tahu kita jujur, jauh sekali memberi contoh yang tidak baik pada anak kita. Perkongsian Pn Wawa Zainal ini boleh jadikan panduan untuk kita.

Takut Kena Marah Punca Anak Menipu, Berlaku Jujurlah Dengan Anak Selalu, Barulah Elak Anak Menipu!


Selama ni saya ingat kanak-kanak tak pandai menipu. Ya. Mereka ni jujur. Hati bersih. Tapi kita jangan mudah tertipu.

Ada antara mereka yang hebat berlakon seolah-olah benda yang mereka cakap tu betul-betul berlaku.

3 sebab anak menipu :

1) UNTUK DIRI DILIHAT HEBAT
Anak yang kurang self esteem mereka-reka cerita supaya mereka dilihat hebat di mata orang lain. Bila menipu begitu, barulah mereka dapat perhatian yang mereka perlukan.

2) TAKUT KENA MARAH
Fakta mengejutkan! Ramai yang sangka fungsi otak yang terbesar adalah untuk berfikir. Rupanya tak. Otak lebih banyak bekerja untuk SURVIVAL.

Takut Kena Marah Punca Anak Menipu, Berlaku Jujurlah Dengan Anak Selalu, Barulah Elak Anak Menipu!

IKLAN

Dan menipu adalah salah satu bentuk survival. Anak menipu untuk elak diri dari dihukum, dimarahi dan dipaksa buat perkara yang mereka tak suka. Lagi mudah kita marah bila anak buat silap, lagi kreatif mereka belajar menipu.

3) BERCAKAP SEBELUM BERFIKIR
Boleh jadi mereka tak niat pun nak menipu. Tapi, sebab mulut ‘bekerja’ lebih laju dari otak, benda tak betul pun boleh terlepas dari mulut.

Sebab tu kita kena hati-hati menapis cerita yang diterima dari anak. Selagi kita tak nampak depan mata, kita beri respon sekadarnya sahaja. Lagi over react kita respon, lagi galak mereka menipu.

Dan elakkan dari memarahi mereka. Sebaliknya cari masa yang sesuai untuk sit down dan brief kat anak tentang keburukan menipu. Bawa mereka ke taman atau tawan hati mereka sebelum kita mula korek cerita.

Takut Kena Marah Punca Anak Menipu, Berlaku Jujurlah Dengan Anak Selalu, Barulah Elak Anak Menipu!

Contoh dialog yang boleh kita guna :

IKLAN

“Hari ni mama nak cerita tentang TIPU. Abang tau tak tipu tu apa? Tipu tu bila kita cakap sesuatu yang tak betul. Mama pun pernah menipu. Lepas tu, mama rasa tak tenang je hati.

Rupanya tau sebab apa? Sebab, Allah tau kita tipu. Dan Allah marah. Kalau kita nak jadi anak soleh dan solehah, kita tak boleh menipu. Siapa yang tak bertaubat, nanti kat akhirat Allah hukum orang yang menipu. Dan masuk dalam neraka. Jadi, mama nak minta maaf kat anak-anak mama kalau mama pernah tipu korang.”

Kalau kita nak selidik sesuatu dari anak, boleh tanyakan mereka,

Takut Kena Marah Punca Anak Menipu, Berlaku Jujurlah Dengan Anak Selalu, Barulah Elak Anak Menipu!

 

“Boleh mama tau tak, anak mama pernah tipu mama tak? Mama faham, kadang-kadang kita menipu sebab takut kena marah. Tapi hari ni mama decide taknak marah. Malah mama tabik kalau anak mama boleh mengaku.”

IKLAN

Dan yang paling penting, kita mak ayah ni tunjuk teladan yang baik. Kalau tak betul, mengaku aje. Jangan pusing ke laut sebab takut kantoi.

 

Biasakan meminta maaf. Tak jatuh martabat kita sebagai mak ayah bila kita meminta maaf. Sebaliknya, ia buat anak lebih hormat kat kita. Malah mengajar anak, tak mengapa buat silap. Asalkan mengaku kemudian usaha betulkan kesilapan.

Takut Kena Marah Punca Anak Menipu, Berlaku Jujurlah Dengan Anak Selalu, Barulah Elak Anak Menipu!

 

P/s Gambar ni saya ambil dalam salah satu episod Home Makeover. Budak berdua ni kantoi menipu. Dan saya suka cara mak ayah diorang approach diorang. Tapi yang kelakarnya, bapak dia pun kantoi menipu dengan anak.

Artikel berkaitan: Dengar Cakap, Esok Bawa Jalan, Kerap Berjanji Tak Buat Kita Ajar Anak Menipu!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI