Pelakon Yatt Hamzah berdepan detik cemas selepas bayinya yang baru berusia 50 hari terlepas jatuh ke lantai selepas terlepas daripada dukungan kakaknya.
Yatt berkata, Suci Hawa Zulaikha yang juga anak keempat itu dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital namun masih perlukan pemantauan.
“Dia ada bengkak sedikit di kepala tetapi tidak boleh x-ray sebab masih terlalu kecil. Ubat pun tak boleh bagi.
“Doktor kata macam stabil setakat ini. Bagaimanapun, masih perlukan pemantauan dalam tempoh 24 jam.
Ads
“Kalau muntah berterusan kena bawa semula ke hospital,” katanya kepada Harian Metro.
Menceritakan insiden itu, Yatt berkata dia berada di bilik lain sebelum menyedari kemalangan berkenaan.
Ads
“Saya dalam bilik sedang uruskan dan mandikan anak ketiga. Manakala bayi dengan kakak-kakak yang lain berada di ruang tamu.
“Apabila Hawa nangis, anak sulung saya mendukungnya seperti biasa. Malangnya dia terlepas dan jatuh,” katanya.
Terdahulu, Yatt memuat naik di Instagram mengenai insiden itu dan meminta semua doakan anak kecilnya itu tiada apa-apa.
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
“Mohon doa semua. Baby Hawa yang baru berusia 50 hari baru saja jatuh atas lantai selepas kakaknya terlepas dari dukungan semasa berjalan menuju ke arah bonda.
“Bonda sangat risau dengan keadaan dia. Kasihan baby Hawa. Sekarang nak terus ke hospital,” kongsi Yatt dalam status awalnya.
Biarpun disahkan hamil anak kedua, keinginan untuk terus menyusukan anak sulung yang masih kecil pastinya ada. Malah langsung tidak terfikir untuk memberhentikan anak dari terus menyusu.
Biarpun hal ini tidak menjadi masalah bagi ibu hamil, namun ada beberapa perkara yang ibu harus elakkan. Salah satunya adalah meningkatkan perahan susu dan melakukan power pumping untuk meningkatkan jumlah susu. Ada sebabnya.
Menurut Dr Nurhaya Yaakob dari Prexious Lactation Center, meningkatkan kadar perahan susu dan power pumping hanya akan meningkatkan risiko keguguran. Elakkan!
Soalan: Dr, saya sekarang hamil 8 minggu, tapi saya masih menyusu anak sulung saya yang berusia 1 tahun 6 bulan. Boleh kah saya terus menyusu sebab saya tak ready untuk wean off lagi.
Haaa siapa macam ni? So sebenarnya selamatkah untuk menyusu ketika hamil?
Sebenarnya tidak ada masalah sekiranya ibu ingin menyusui anaknya ketika sedang hamil. Namun ada beberapa hal perlu ibu perhatikan untuk memastikan semua dalam keadaan baik.
Antaranya adalah: 1. Ibu tidak ada pendarahan atau spotting ketika menyusu atau sesudah menyusu. Sekiranya berlaku pendarahan pada bila-bila masa sekali pun, adalah sebaiknya untuk ibu berhenti menyusu.
2. Ibu tidak merasa sakit/tidak selesa/senggugut pada bahagian perut bawah/ ari-ari ketika menyusu seolah-olah seperti datang haid.
3. Ibu tidak ada sejarah keguguran sebelumnya. Ini kerana seperti yang kita tahu, proses penyusuan akan meningkatkan kadar rembesan oksitoksin di dalam darah dan dapat mengecutkan rahim.
Di khawatirkan proses penyusuan tersebut boleh mengalakkan proses pengecutan rahim dan terjadinya keguguran terutama di awal-awal kehamilan.
4. Ibu tidak ada sejarah kelahiran pramatang.
5. Ibu tidak terlalu lesu terutama ketika awal-awal kehamilan. Apatah lagi bagi mereka yang ada morning sickness dan tidak selera makan.
Namun apabila hamil: ☑️Susu ibu akan mulai drop kerana meningkatan hormon estrogen dan progesteron(hormon kehamilan). Sekiranya ibu sedang menyusui bayi di bawah 1 tahun, adalah sebaiknya untuk ibu mencari ibu susuan sekiranya stok susu tidak ada. So jangan panik ok bila nampak bayi seperti tak puas menyusu dan mula tarik-tarik puting ketika menyusu atau gelisah.
☑️Puting ibu akan mulai rasa ngilu dan sensitif kerana perubahan paras hormon di atas.
☑️Rasa susu ibu akan berubah menjadi sedikit masin. Untuk anak-anak yang lebih sensitif akan merasa terganggu dengan perubahan rasa susu. Ada juga yang wean off dengan sendirinya kerana tak selesa dengan rasa susu tersebut.
Sekiranya ibu sudah mengetahui hamil, dan susu mulai drop, jangan sekali-kali meningkatkan kadar perahan dan buat power pumping.
Hentikan sebarang aktiviti memerah susu dan teruskan dengan direct feeding sahaja. Sekiranya ibu berasa tidak selesa dan atau penuh, boleh perah sedikit dalam tempoh pendek sehingga mencapai keselesaan.
Meningkatkan kadar perahan susu dan power pumping hanya akan meningkatkan risiko keguguran.
Jagalah kondisi ibu, makan makanan yang berkhasiat dan minta bantuan suami dalam membantu menguruskan emosi anak.
Apa-apa pun keraplah berbincang dengan pakar perbidanan anda untuk keadaan janin ya.
Dr Nurhaya Yacob Merancang dengan baik sekiranya ingin menyusu dalam tempoh yang di inginkan.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak perempuan 12 tahun hidap kanser, perut buncit macam hamil -“Anak saya tidak mengandung. Itulah luahan Siti Nazirah Razali, 35, apabila ada yang memandang sinis kepada perut anaknya berusia 12 tahun yang kelihatan buncit seakan-akan perempuan hamil.
Lebih mengejutkan, katanya, ada yang berani bertanyakan soalan itu khalayak ramai sehingga membuatkan terkedu dan matanya berkaca menahan kesedihan memikirkan ujian dihadapi anaknya itu, Nor Ariana Mohd Shahrul Afendi.
Anak sulung daripada dua beradik itu menghidap penyakit mixed germ cell tumour (yolk sac and teratoma) iaitu melibatkan ketumbuhan yang mengandungi sel rambut dan gigi sehingga membuatkan perutnya membuncit.
Siti Nazirah memberitahu, penyakit ketumbuhan anaknya itu dikesan ketika berusia sembilan tahun.
“Pada waktu itu saya perasan perutnya kelihatan seperti mengeras. Bila ditanya, Nor Ariana memberitahu dia tidak merasa sebarang sakit.
“Sehinggalah satu hari dia mengadu sakit perut seperti memulas. Kami bawa ke klinik dan apabila diperiksa didapati dia menghidapi sembelit. Doktor hanya memberikan ubat sembelit,” katanya kepada Sinar Ahad ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh Badang, Pengkalan Chepa.
Menurut suri rumah itu, episod duka bermula apabila Nor Ariana sekali lagi diserang sakit perut yang memulas dan sukar untuk membuang air besar, sebelum ketumbuhan mula dikesan.
Ujarnya, hasil pemeriksaan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) mengesahkan anak mereka menghidap kanser.
Siti Nazirah memberitahu, sejurus menerima khabar tersebut, dia dan suami, Mohd Shahrul Afendi Mat, 38, hilang kata-kata serta menangis terkenangkan nasib anak.
Siti Nazirah mengakui dia tidak kuat untuk menghadapi ujian tersebut namun apabila melihat Nor Ariana yang kuat semangat, langsung tidak menangis mahupun merengek sepanjang mendapatkan rawatan kemoterapi, menjadikan dirinya bersemangat.
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Fitri Haris yang selamat menimang cahaya mata sulungnya bersama isteri tersayang, Fazilah Omar yang telah selamat melahirkan bayi mereka pagi tadi.
Kata Fitri, isterinya terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi mereka dua minggu lebih awal dari tarikh due kerana mengalami masalah asma yang teruk.
Bukan itu sahaja, bahkan kata Fitri, dia dan isteri berdepan dugaan bila mana bayi mereka menghadapi sedikit masalah pernafasan selepas dilahirkan dan kini dipantau di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Awal pagi tadi, Fitri berkongsi kegembiraan selepas kelahiran bayi lelaki sulungnya.
“Alhamdulillah syukur ya Allah.
“Alhamdulillah isteri saya @el_mrsfitri telah selamat melahirkan anakanda (bayi lelaki) kami. Terima kasih atas doa yang di kirimkan,” kongsinya gembira.
Kata Fitri menerusi hantaran yang sama, disebabkan bayinya yang tidak stabil, laungan azan juga dilakukan dengan berhati-hati untuk kebaikan bayi mereka.
Dalam pada itu, Fitri juga memohon doa semua agar keadaan anak kecilnya itu semakin stabil dan lekas segera keluar dari NICU.
“Doa agar kesihatan baby dan mama nya di beri kesihatan yang baik. Baby sekarang di penjagaan rapi untuk memstabilkan pernafasan.
“Azan juga di lakukan secara berhati-hati untuk kebaikan baby, dalam penjagaan rapi.
“Terima kasih kepada Dr.Fatimah, Dr. Maisarah, dan semua team di @annurspecialisthospital yang senantiasa berusaha menjaga isteri di sini. Masyaa Allah. Syukur ya Allah … syukur,” tulisnya di Instagramnya.
Menerusi MStar, Fitri juga memaklumkan isterinya sudah dimasukkan ke wad tiga hari lalu kerana mengalami masalah asma yang agak teruk. Biarpun tarikh sebenar pada 15 Julai nanti, bayi kecil mereka terpaksa dilahirkan lebih awal.
” Memang sangat teruja menanti kelahirannya, rasa seperti nak menyambut anak pertama. Buat masa sekarang kami belum ada nama untuk baby.
” Insyaallah nanti dah ada, saya akan kongsikan bersama. Harap semua dapat mendoakan keadaan isteri dan bayi kami,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Fitri mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya, Fazilah Omar pada Disember 2019. Fitri turut mempunyai seorang cahaya mata, Sofea Soleha, 16 tahun, melalui perkahwinan terdahulunya. Tahniah diucapkan buat pasangan ini.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fitriharisofficial & Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...