Umum mengetahui sejak beberapa hari lalu, Abby Abadi yang sedang hamil dan usia kandungan memasuki 6 bulan telah dirawat di Hospital Sungai Buloh setelah mengalami tekanan darah tinggi.

Semalam (Jumaat) Abby telah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, jam 10.43 pagi.

“Doakan Baby Kuat, Baru 24 Minggu & Berat 540gram.” Abby Harap Ada Keajaiban Allah 

Abby Stabil, Bayi Dalam NICU

Suaminya, Faizal Zakaria, berkata buat masa ini kedua-duanya berada dalam keadaan stabil, namun anak mereka perlu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) disebabkan lahir pramatang.

“Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala-galanya. (Bayi lelaki) Selamat dilahirkan pada 10.43 pagi… Cinta saya @abby_abadi112 dalam keadaan stabil. BP (tekanan darah) pun sudah turun.

“Doakan yang terbaik untuk ‘baby’. Sekarang dia berada dalam NICU. Mohon doa sahabat semua untuk Abby dan ‘baby’ ya!” kongsi Faizal menerusi Instagramnya.

Sebelum ini, Abby Abadi telah dimaklumkan terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi mereka untuk menyelamatkan nyawa ibu dan anak tersebut. Tambah pula, tekanan darah yang tinggi dan tumpah darah telah berlaku secara tiba-tiba.

Berat bayi 540 gram

IKLAN

Tambahnya lagi, walau bagaimanapun bayi lelakinya itu masih lagi dalam pemantauan doktor dan telah ditempatkan di wad penjagaan intensif untuk bayi. Malah, berat cahaya mata mereka itu hanya mencecah 540 gram sahaja.

Melalui perkongsian Abby di instagramnya juga selepas melalui prosedur pembedahan itu dia memohon orang ramai mendoakan bayi lelakinya itu panjang umur.

Doakan Baby boy kami ni panjang umurnya ye Sahabat. Baru 24 minggu umurnya. Dengan berat 540gm sahaja. Hanya ALLAH sahaja yg mampu menyelamatkan dia.

Bila tahu pasal darah tinggi waktu mengandung ni, macam-macam berlegar difikiran. Yelah dari apa yang dibagitau oleh doktor, dari pengalaman orang keliling, dari bacaan sendiri. seremmmm!! Kalau dulu tak pernah serius fikir nyawa ni boleh diambil anytime… skrg ni… rasa mcm…. berdebar2 jerr… skrg baby dah dilahirkan, tp masih ada lagi risikonya… terasa bagai lilin yg buleh padam bila2 masa je nyawa kami ni.

IKLAN

Mohon ALLAH SWT bagi ruang dan peluang untuk saya dan baby terus menjadi hambaNYA di dunia ini. Semoga ALLAH panjangkan umur baby kami dan nyawa saya juga.. Amin

“Doakan Baby Kuat, Baru 24 Minggu & Berat 540gram.” Abby Harap Ada Keajaiban Allah 

Sebelum ini, Abby yang mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015 mengambil dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Menerusi perkahwinan sebelum ini pula, aktres itu dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.

Dua tahun lalu, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan, manakala pada 2016, bayi dikandung meninggal dalam perut kerana tekanan darah tinggi.

Sumber: Berita Harian ; IG Abby Abadi & jaiezzany

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI