Sebelum ini, pelakon Siti Elizad akui sangat sedih apabila dituduh mandul oleh netizen di laman Facebook. Susulan itu, difahamkan Siti Elizad telah mengambil tindakan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis terhadap tuduhan dan hinaan ‘mandul’ yang dilemparkan kepadanya.
Terkini dalam posting Elizad di instagramnya, pelakon wanita ini berkongsi momen istimewa apabila dia menerima panggilan daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Siti Elizad terharu apabila Tunku Azizah sendiri menelefonnya untuk bertanyakan khabar dan keadaan selepas insiden tersebut. Pelakon ini mengakui sangat mengagumi dan menjadikan Tunku Azizah sebagai idolanya berdasarkan pengalaman Baginda yang pernah menjalani ujian IVF.
Ads
Would love to share this special moment. Hari ini hari yang sangat mengembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah. Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yang mengatakan saya ‘mandul’ tempoh hari.
It really touch my heart with this beautiful call Tuanku. Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi, dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan IVF saya. Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siapa.
Ads
Terkejut terima panggilan
Dalam pada itu, Siti Elizad berkata Tunku Azizah turut memberikan kata-kata semangat kepadanya dan berkongsi pengalaman menempuh IVF sebanyak 17 kali sebelum ini. Siti Elizad turut menegaskan segala perkongsiannya berkaitan perjalanan IVF di laman Instagram adalah untuk memberi kesedaran dan pengalaman kepada segelintir golongan ibu yang senasib dengannya.
Ads
Tuanku berikan kata-kata semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF. Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai. Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual-bual dangan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh-sunguh keibuan.
Sempat juga Tuanku selitkan ‘Saya tengak drama awak sebelum-sebelum ni, awak dah tak berlakon lagi?’ Allahuakhbar. Terima kasih banyak Tuanku Permaisuri. Really made my day. Ampun Tuanku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Larangan merokok di restoran, premis makanan di negara ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah berkuatkuasa 1 Januari 2019. Rata-rata masyarakat telah sedar akan undang-undang tersebut dan ramai yang mula menghisap rokok di luar kedai makanan dengan jarak yang telah ditetapkan.
Namun, kisah yang dikongsikan oleh Puan Umm Zainab menarik perhatian apabila ada suami yang terlupa bahawa mereka datang bersama isteri untuk makan di kedai makanan dan selepas itu pulang sendiri selepas merokok dan meninggalkan isterinya hanya kerana rokok.
SUAMI BUAT ISYARAT TANDA NAK MEROKOK
Semalam, kami keluar ambil angin. Zainab mahu makan roti canai, jadi setelah bersiar-siar, kami singgah ke restoran nasi kandar untuk minum petang. Di hadapan meja kami, ada pasangan sedang makan nasi kandar (sempat saya jeling dalam pinggan mereka haha).
Belum lagi order kami sampai, lelaki yang duduk bertentangan selesai makan, membasuh tangan, ambil tisu, pulang ke meja, lap mulut, duduk dalam suku minit, lantas keluar dari restoran setelah mencuit bahu pasangannya memberi isyarat tangan yang saya pun tidak faham. Tinggallah wanita itu menghabiskan makanan yang masih berbaki.
Tidak lama kemudian makanan kami tiba. Wanita di hadapan masih sedang makan. Anak-anak saya pun mulai makan. Setelah roti canai separuh dijamah, saya menjeling kembali kepada wanita itu, sudah habis makan nampaknya. Kelihatan resah (I aced my psy posting, and I am a trainee psychiatrist, so I judged people ok).
RESAH TUNGGU SUAMI TAK MASUK KE DALAM KEDAI
Kemudian wanita itu mengambil beg tangannya, melangkah melepasi kaunter bayaran. Seorang pekerja restoran mengekorinya dari belakang. Kecoh seketika.
“Kakak ini makanan belum bayar”.
“Saya nak pergi depan ni je. Nak panggil abang. Tadi dia pi merokok”.
Pekerja restoran terdiam. Wajahnya tidak terlalu berpuas hati. Takut dimarahi majikan barangkali. Saya faham. Bukan salahnya. Wanita itu memang kelihatan seperti mahu pergi terus tadi. Siap mengelek beg tangan. Iyalah bahaya juga meninggalkan beg tangan sembarangan. Takut dicuri orang pula. Malang tidak berbau.
CALL SUAMI MINTA DATANG AMBIL
Lebih kurang seminit kemudian, wanita itu masuk semula. Mejanya tadi sudah dibersihkan. Ada pelanggan lain sudah duduk di sana. Dia merapati kami.
“Encik boleh pinjam power bank tak. Handphone habis bateri. Hendak call suami. Tadi dia pergi merokok di depan. Ini dah tak ada pula”. Dia berkata kepada suami saya yang duduk paling tepi.
Saya menghulurkan power bank dari dalam beg kepadanya. Terpandang perutnya. Dia sedang hamil. Kurang lebih 6 bulan. Naluri keiibuan, dan mungkin juga naluri pengamal perubatan saya terusik. Lantas saya tarik kerusi di sebelah Sakinah, mengajaknya duduk. Dia mencuba mengecas telefon bimbitnya menggunakan power bank kami. Tetapi tidak boleh, entah di mana silapnya. Lalu saya tawarkan dia menggunakan telefon bimbit saya, sekiranya dia ingat nombor telefon suaminya. Dia bersetuju.
SUAMI DAH BALIK, LUPA ISTERI MASIH DI KEDAI MAKAN
Dia mendail. Panggilan bersambut. Saya sebolehnya tidak mahu mencuri dengar. Pura-pura sibuk melayan anak-anak. Tapi terdengar juga perbualannya.
“Dah balik? Macam mana boleh lupa. Sampai hati. Kan ayang tengah makan tadi. Ishh abang ni”.
Wanita itu meletak panggilan, memulangkan telefon bimbit kepada saya. Tanpa ditanya dia berkata, “Dia boleh pulak dah balik sorang. Terlupa saya ada sini. Itulah biasa dia mai sorang, hari ni saya ada, tak ingatlah tu. Lagipun kerajaan dah tak bagi merokok dalam kedai makan tu yang dia pi merokok luar, balik terus tu, biasa siap-siap makan merokok terus start motor balik”.
SARAT HAMIL
Meski dalam nada gelak, saya dapat merasa ada rona sedih, atau mungkin tangis yang tertahan pada suaranya. (Again, I judge people for a living. I work in a psy department, dont blame me). Namun masih dia cuba menjustifikasi perbuatan suaminya, mencuba memberi alasan atas perbuatan suaminya dengan mengatakan suaminya tidak biasa membawa dia ke restoran itu, tambahan pula suaminya perlu merokok di luar premis – jika bukan alasan untuk menghias tingkah laku suaminya di mata kami, orang asing yang tidak dikenali, alasan itu untuk hatinya sendiri. Ditambah dengan keadaan dirinya yang sedang hamil saya faham benar betapa sensitifnya perasaan. Pernah tengok drama aidil fitri, Daun Ketupat Kering, pada babak sewaktu Rita Rudaini bangun tidur dan menangis kerana menyangka Rosyam Nor telah pulang ke kampung meninggalkan dirinya yang sedang sarat hamil.
Beberapa minit kemudian suami wanita itu sampai. Tersengih-sengih sambil berkata kepada si isteri, “Sorry, abang terlupa. Pi merokok tadi tak ingat apa dah, start motor terus cabut. Badan pulak sengal-sengal lesu dari semalam, memang nampak bantal katil je lah”.
Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada saya dan suami, sambil memicit pipi Sakinah, lantas melangkah mengikuti suaminya yang baru selesai membayar harga makanan mereka. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Tidak terkata apa. Seorang pekerja restoran berjanggut lebat yang sedari tadi memerhati, memandang kami sambil menggeleng, lalu berkata, “Ini macam punya orang pun ada”. Suami saya membalas dengan senyuman tawar.
BAHAYA ROKOK DALAM KEHIDUPAN
Itulah penangan rokok kepada kehidupan, bagaimana rokok boleh merompak sebuah perkahwinan, kasih sayang dan perhatian seseorang kepada pasangan dan keluarganya.
Kenapa saya kata ini penangan rokok? Sebab dalam pengajian PhD saya, saya mengkaji tentang otak manusia, dan akibat ketagihan kepada organ penting yang satu ini, daripada isipadu cecair di dalamnya, sehingga kesan pengambilan berterusan kepada tabiat, tingkah laku manusia. Antara addicting substances yang kami kaji adalah rokok.
Dalam rokok, bahan yang menyebabkan ketagihan adalah nikotin. Dos nikotin dalam sebatang rokok cukup tinggi untuk bertindak sebagai addictive central nervous system (CNS) stimulant. Dalam layman’s nya begini, bila seseorang merokok, nikotine akan menepu dalam darah, dan merentasi blood- brain barrier. Ini akan mengakibatkan perencatan (supression) dalam penghasilan dopamine kerana dos tinggi tadi menjadi ganglionic blockage iaitu penghalang penghantaran isyarat penghasilan dopamine kepada hypothalamus, jadi lama kelamaan badan akan menjadi lali dengan penghasilan dopamine pada kadar yang biasa-biasa.
Dopamine ini adalah hormon untuk keterujaan. Oleh itu, untuk menjadi teruja, perokok tegar perlu merokok lagi dan lagi, bermakna mengambil lebih banyak nikotine, bagi menghasilkan dopamine, dalam masa yang sama tabiat ini membebaskan lebih banyak epinephrine daripada adrenal cortex, menyebabkan penghasilan lebih banyak glucose, yang mana stimulasi ini akan diikuti oleh rasa tertekan tanpa sebab jelas dan keletihan (psychoactive depression and fatigue), menjadikan perokok mudah hyperglysemic (kandungan gula dalam darah yang tinggi) yang hanya menjadi lega apabila dia merokok lagi.
Ia seumpama vicious cycle, bila tidak merokok hidup rasa hambar sebab dopamine kurang – penyelesaiannya hisap rokok – hasilnya badan lesu, penat – tiada tenaga untuk teruja – penyelesaiannya hisap rokok lagi – hidup hambar semula sebab dopamine kurang juga – hisap rokok lagi – badan lesu juga – hisap rokok lagi sebab ingatkan boleh beri tenaga – tiada juga rasa teruja – inilah KETAGIHAN.
ROKOK TIDAK BAIK UNTUK PERKAHWINAN
Sebab itu perbuatan menghisap rokok ini tidak baik untuk perkahwinan kerana ia meragut kebahagiaan, keterujaan dan kegembiraan. Perkahwinan sepatutnya membawa pelbagai khabar gembira, berkongsi segala cerita, berita kehamilan, kisah lawak, aktiviti seharian, menyambut kelahiran anak yang mengujakan.
Tapi ianya sudah dirompak oleh kebergantungan kepada rokok untuk mendapatkan keterujaan. Sebagai wanita, ibu, isteri, pengamal perubatan, saya simpati pada isteri perokok jika kisahnya, aktiviti sehariannya, kehamilannya tidak mampu menterujakan suaminya. Tengah makan pun boleh kena tinggal. Saya tahu ramai orang yang suaminya tidak merokok, suaminya teruja pada setiap kehamilan, layankan permintaan ibu hamil yang sensitifnya lebih daripada biasa, selera makannya berkobar sentiasa. Bila suami tidak merokok, masa untuk merokok dan menikmati rokok boleh digunakan untuk melayan ragam isteri yang hamil sekali sekala, bukan sampai tuapun hamil, biasa umur 20-40 sahaja usia normal membina keluarga.
AJAK SUAMI BERHENTI PERLAHAN-LAHAN
Yang sudah berkahwin dengan perokok, ajaklah suami berhenti perlahan-lahan. Banyak cara dan jalan. *kami sedia membantu*. Tidak pulang modal berpisah hanya kerana rokok. Selamatkan perkahwinan, selamatkan kesihatan. Tapi pada akhirnya, hidayah tetap milik Allah jua. Orang merokok bukan hina, berilah masa.
Yang belum kahwin, fikir bagi terang. Bukan sahaja kaum perempuan, malahan lelaki juga. Bersedia dengan ilmu dan pengetahuan (ilmu kewangan juga, harga rokok mahalkan, simpan-simpan boleh buat beli rumah pertama yang besar sikit)
Jika cinta, maka hiduplah dengan sihat sejahtera bersama, kasih sehingga syurga.
Merokok ini pilihan, bukan kewajiban. Banyak cara lain boleh tunjukkan kehebatan dan keberhasilan dalam kehidupan
Sebak, itulah perasaan yang boleh digambarkan saat melihat anak-anak Datin Paduka Eina Azman menangis rindukan Eina dan suaminya yang telah lama berjauhan dengan anak-anak kerana menjalani tempoh kuarantin Covid-19.
Harini, akhirnya Eina dan suami dapat pulang ke rumah setelah sembuh daripada jangkitan Covid-19.
Video ini dimuatnaik di Insta story dan jelas kedengaran Eina sedang memujuk anak lelakinya, Karl Kareef (5 tahun). Karl tidak dapat menahan sebak dan menyatakan bahawa dia sangat merindui ayahnya.
“Mommy rindukan awak. Sekarang kami dah negatif. Jangan menangis”
“saya rindukan daddy”
Eina Azman juga meluahkan rasa syukur apabila suami, Dato Paduka Kaiser Gurmeet akhirnya dapat pulang ke rumah setelah 12 hari berada di hospital akibat jangkitan virus Covid-19.
Baginya, saat 12 hari suami terpaksa ditempatkan di hospital merupakan saat yang paling mendebarkan buat dirinya.
Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikir kan keadaan suami saya yang kena covid Stage 4 dan paru-paru pun dah merebak 30% dengan oxygen yang turun naik dan doktor pun ada cakap kalau dalam masa 2-3 hari oxygen tak ok suami kena masuk icu.
Kalau boleh saya memang tak nak suami saya di masuk ke icu. Ya Allah saya tak tahu nak cakap mcm mana perasaan ketika itu😭 Hanya Allah saja yang tau perasaan saya yang tak senang duduk. Memikir kan apa patut saya buat. Dan saya dah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuh kan suami saya.
Eina sempat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas doa, nasihat dan segala pemberian daripada keluarga, sahabat dan juga peminat. Baginya, doa orang sekeliling antara asbab dia dan suami mendapat kesembuhan dari penyakit ini.
Di sini saya ingin ucap kan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga kawan-kawan, dan semua followers saya yang tak henti-henti mendoakan dan bagi saya macam-macam barang dan tips untuk cuba sembuhkan suami saya🙏🏻
Saya tak mampu nak balas semua whatsapp dan dm. Saya hanya mampu ucapkan terima kasih sekali lagi atas segala doa-doa yang baik untuk diri saya suami, dan bibik-bibik🙏🏻
Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa-doa u all yang Allah makbulkan🤲🏻🙏🏻 Syukur Alhamdullilah aminnnn-aminnnn aminnnn❤️🤲🏻
Rata-rata rakan artis dan juga warga maya turut meluahkan rasa syukur diatas kesembuhan yang diberikan oleh-Nya kepada keluarga ini. Diharapkan kita sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa dan dijauhkan dari wabak penyakit.
Eina, Suami dan pembantu rumahnya sebelum ini telah disahkan positif Covid-19 manakala anak kembarnya Arianna Aubrey dan Karl Kareef (5 tahun) disahkan negatif Covid-19.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Hari ini genap ulang tahun kelahiran yang ke- 34 selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor.
Pemilik jenama terkenal iaitu jenama Nealofar ini turut menerima gelang berjenama mewah dari suaminya yang juga selebriti, Hris Ismail sempena ulang tahun kelahiran Neelofa.
“جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal.”
“Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dgn izin Allah.”
Tambahnya lagi, dia bersyukur dikurniakan suami yang baik dan penyayang. Gelang yang dihadiakan oleh Haris sepadan dengan cincin kahwin yang diterimanya.
“Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah ,selalu cuba untuk bahagiakan isterinya. Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku. Semoga Allah swt sentiasa kurniakan ketenangan , kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita”
Pagi yang sepatutnya bermula seperti biasa bertukar menjadi detik cemas apabila empat pelajar yang juga mempunyai pertalian keluarga cedera parah dalam satu kemalangan jalan...