Rezeki Allah! Itu antara perkongsian dari Abby Abadi setelah menerima seorang anak angkat lelaki, semalam.
Menerusi entri di instagramnya, Abby dan suami, Faizal Zakaria begitu bersyukur dengan pemberian dari Allah ini dan mengharapkan semua urusan dokumentasi dipermudahkan.
Walaupun Abby baru keluar dari hospital akibat batuk berdarah, demam dan darah tinggi, nampaknya Allah dah buat percaturan terbaik.
“Rezeki. Terima kasih Allah, dah ada bayi lelaki. Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan.
“Keluar hospital terus kita pergi ambil bayi ini. Nama pun tiada. Nanti saya kongsi gambar ye,” tulisnya.
Sebelum ini, pelakon yang pernah popular dengan drama Gerak Khas itu turut memberitahu kepada peminat bahawa dia dan suami, Faizal Zakaria sedang mencari seorang anak angkat.
Ads
“Saya hendak mencari bayi untuk saya dan suami jaga sebagai anak angkat. Boleh kongsi info di mana saya boleh mengambil atau pergi tengok?
“Kalau boleh yang tiada syarat ketat dan bukan-bukan sebab niat saya ikhlas ingin menjaga anak itu sebaiknya,” tulis Abby lagi.
Bayi lelaki yang masih lagi belum diberi ini dah menjadi kesayangan ahli keluarga Abby.
Setakat ini Abby masih lagi mencari nama sesuai untuk bayinya itu sama ada akan meletakkan nama dengan Muhammad F_____ F_____ atau Muhammad D______ F_____.
Sementara itu, video yang dikongsikan Abby juga menunjukkan suaminya tak kekok memandikan bayi walaupun mereka tiada anak kecil sebelum ini.
Pujian juga harus diberikan kepada Abby dan Faizal kerana mereka turut mendoakan bayi ini membesar menjadi anak yang soleh dan bergelar Al Hafiz macam abang Danish serta menjadi hamba yang kuat membantu agama Allah.
Semoga Allah reda bayi ini menjadi bayi kami suami isteri. Amin!
Sumber: instagram Abby Abadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali perkhabaran baru mengenai buah hati rakyat Malaysia ini, Ainul Mardhiah di kongsikan pastinya ramai nak tahu dan teruja melihatnya.
Bukan apa daripada seorang bayi yang diuji dengan penyakit yang jarang berlaku dan kini semakin sihat, ia sesuatu yang sangat mengembirakan buat semua yang pernah mendoakan si kecil ini.
Kini selepas lapan bulan menjalani pembedahan di United Kingdom (UK) untuk membuang ketumbuhan di mulut, cinta hati rakyat Malaysia ini dah mencecah berat badan sebanyak 6.2 kilogram (kg).
Perkara tersebut dikongsi oleh bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak di laman Instagram dengan memuat naik sekeping Ainul Mardhiah.
Menurut Ahmad Safiuddin, pakar nutrisi di UK turut berpesan jangan dibiarkan berat badan Ainul naik mendadak sebaliknya secara perlahan tetapi konsisten.
“Even dietitian ketika di UK dulu pun pesan jangan bagi Ainul naik berat badan secara mendadak sebab bila berlaku perkara seperti itu..
“…Ainul akan susah nak belajar meniarap dan sebagainya disebabkan berat badannya yang ketara. Lagipun, Ainul jangan membesar laju sangat nanti mama & walid rindu,” tulisnya.
Rata-rata netizen tidak terlepas memuji dan menitipkan doa supaya Ainul terus membesar dengan sihat.
Kami sayang Ainul
Sumber: Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau anda sedang sakit, elakkan daripada mencium atau sentuh bayi. Jaga adab dan tingkah laku semasa melawat baby newborn & ibu bersalin. Bukan apa, apa yang anda lakukan mungkin boleh memudaratkan bayi!
Tidak dinafikan bayi kecil memang comel dan boleh buat kita geram. Bau wangi dan segala tentang mereka cukup indah hingga buat hati menjadi sayang. Tabiat mencium bayi terutama yang baru lahir patut dielakkan, tambahan pula jika anda tidak tahu tahap kesihatan dan kebersihan diri ketika itu.
Bayi pada bulan pertama kehidupan mempunyai sistem imun yang tidak cukup untuk menangani virus tertentu dan apabila mereka dijangkiti ia akan cepat merebak melalui aliran darah dan menjangkiti banyak organ. Tambahan lagi sekiranya bayi tersebut lahir pramatang. Ini antara sebab kenapa bayi perlu disusukan dengan susu ibu untuk menguatkan antibodi badan.
PENYEBAB JANGKITAN
Sebilangan besar punca jangkitan kepada bayi ialah daripada bakteria dan virus. Seperti baru-baru ini berlaku di Kanada di mana bayi kecil dijangkiti viral meningitis yang disebabkan oleh virus HSV-1 yang mengakibatkannya meninggal dunia.
Ibu bapanya tidak tahu yang anak mereka telah dipegang/ dicium oleh seseorang yang mengalami herpes simplex virus type 1 pada sekitar mulutnya. Jangkitannya tidak memudaratkan orang yang dijangkiti tetapi boleh merebak menerusi apa yang dicium dengan mulutnya atau melalui sentuhan daripada tangan yang dilekati virus terbabit. Semoga ia menjadi iktibar agar tidak sewenang-wenangnya mencium atau memegang bayi sekiranya anda tidak tahu tahap kebersihan dan kesihatan diri ketika itu.
SEBAGAI TETAMU, JAGA ADAB
Mungkin agak sukar untuk diterapkan dalam masyarakat. Tetapi kesedaran perlu dipertingkatkan semoga apa yang salah tidak dibiasakan. Jangan melawat bayi kecil sekiranya anda sedang sakit. Namun jika tidak dapat dielakkan, pakai topeng muka dan jangan lupa pakai hand sanitizer. Elakkan diri anda daripada menyentuh bayi.
SEBAGAI IBU BAPA
Jika anda sebagai ibu bapa bayi baru lahir pula, beritahu ahli keluarga atau rakan-rakan yang ingin melawat supaya memaklumkan sebelum datang. Tanya keadaan kesihatan mereka, sekiranya kurang sihat, beritahu agar jangan menyentuh bayi. Sediakan peralatan seperti topeng, hand wash dan hand sanitizer untuk tetamu sebagai langkah berjaga-jaga. Ibu bapa juga dinasihatkan agar memastikan bayi mengambil suntikan vaksin yang dijadualkan Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila sampai waktunya, bayi anda akan mula belajar untuk merangkak. Buat mama dan papa, ketahui tip rangsang bayi untuk merangkak. Tapi mama papa perlu tahu setiap bayi ada kemampuan berbeza, jangan terlalu memaksa mereka!
Ini merupakan antara fasa penting buat bayi kerana ia adalah praktis yang terbaik untuk pergerakan mereka.
Lazimnya apabila usia bayi memasuki enam bulan, bayi mula meniarap dan mampu mengangkat beban tubuhnya. Ini merupakan petanda bayi anda akan merangkak. Meskipun demikian tidak semua bayi pada usia yang sama memiliki kemampuan merangkak dan ada yang akan melangkau fasa merangkak ini.
Ada ketikanya ibu cemas dan seringkali timbul persoalan adakah lambat merangkak merupakan tanda gangguan pada perkembangan anak.
KEMAMPUAN BERBEZA-BEZA
Kemampuan bayi untuk merangkak biasanya berlaku ketika usia mereka sekitar enam hingga 10 bulan. Ketika anak mula merangkak, lengan dan kakinya akan menampung badan di atas lantai sekaligus melatih kemampuan motorik halus bayi.
Merangkak merupakan fasa yang dilalui si kecil sebelum berjalan. Dengan merangkak anak anda mempersiapkan diri untuk berjalan bahkan dengan merangkak juga dapat memperkuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk mengangkat beban tubuhnya.
Selain usia yang berbeza untuk perkembangan setiap anak, cara mereka merangkak juga ada yang berbeza-beza. Kebanyakkan bayi menggunakan tangan dan kaki untuk merangkak, ada pula bayi yang merangkak dengan cara bergesel dengan perut dan ada juga merangkak dengan menggunakan bahagian pinggul dan kaki. Mama dan papa perhatikan pergerakan anak sebelum mengatakan mereka tidak merangkak!
Bayi tidak dapat merangkak boleh disebabkan oleh berbagai faktor. Antaranya ialah;
*Bayi mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan *Kekurangan nutrisi *Kurang stimulasi merangkak *Gangguan keseimbangan *Sebab-sebab lain
6 TIP MERANGSANG ANAK MERANGKAK
1. Sering meniarapkan bayi sejak awal adalah rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.
2. Elakkan penggunaan ‘baby walker’ dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
3. Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.
4. Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak akan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat.
5. Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
6. Adakalanya stimulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak, oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.
KEBAIKAN MERANGKAK
Merangkak bukan sahaja antara fasa perkembangan bayi, ia juga mempunyai banyak kebaikan penting yang berkaitan dengan perkembangan fizikal dan otak bayi.
Manfaat merangkak pada bayi:
2. Menguatkan otot besar dan kecil, melatih kemampuan motorik kasar dan halus.
Koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, tegangan otot, keseimbangan dan juga keterampilan jari.
3. Melatih fungsi otak kanan dan kiri.
4. Gerakan bersilang ketika merangkak merangsang memperkuat dan intergrasi otak kanan dan kiri. Ia juga membantu kordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki.
5. Mengembangkan sambungan jaringan saraf. Gerakan berulang ketika merangkak merangsang dan mengembangkan sambungan jaringan saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, konsentrasi dan ingatan.
6. Merangsang kepekaan. Dengan merangkak ia merangsang kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak jauh dan dekat.
MERANGKAK DAN PERKEMBANGAN OTAK
Merangkak adalah salah satu cara melatih perkembangan motorik bayi pada usia tujuh hingga lapan bulan. Merangkak adalah tindak balas semulajadi yang membantu bayi mengawal badannya untuk bergerak sebelum bayi boleh berjalan.
Pakar perkembangan kanak-kanak menganggap merangkak adalah fasa penting dalam tahap perkembangan bayi kerana berkaitan dengan perkembangan otak. Oleh itu, jika anak anda terlewat untuk merangkak, cubalah cara yang disarankan untuk merangsang bayi supaya merangkak dengan cepat.