Terdapat teknik yang ibu bapa perlu ambil peduli supaya bayi cepat merangkak. Secara umumnya apabila mempunyai anak tentu anda teruja untuk melihat perkembangannya. Ia termasuk melihat anak boleh merangkak.
Sebenarnya kemampuan bayi untuk merangkak biasanya berlaku pada usia mereka sekitar enam hingga 10 bulan.Ketika anak mula merangkak, lengan dan kakinya akan menampung badan di atas lantai sekali gus melatih kemampuan motorik halus bayi.
Merangkak merupakan fasa yang dilalui si kecil sebelum berjalan. Dengan merangkak anak anda mempersiapkan diri untuk berjalan bahkan dengan merangkak juga dapat memperkuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk mengangkat beban tubuhnya.
Selain usia yang berbeza untuk perkembangan setiap anak, cara mereka merangkak juga ada yang berbeza-beza. Kebanyakan bayi menggunakan tangan dan kaki untuk merangkak, ada pula bayi yang merangkak dengan cara bergeser dengan perut dan ada juga merangkak dengan menggunakan bahagian pinggul dan kaki.
Tidak dapat merangkak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Berikut adalah antaranya:
*Bayi mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan
1. Sering meniarapkan bayi sejak awal merupakan rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.
Ads
2. Elakkan penggunaan baby walker dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
3. Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.
4. Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat!
5. Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
6. Ada kalanya simulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak. Oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.
KEBAIKAN APABILA BAYI MERANGKAK
Ads
a) Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
b) Menguatkan otot besar dan kecil, melatih kemampuan motorik kasar dan halus.
c) Koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, tegangan otot, keseimbangan dan juga keterampilan jari.
d) Melatih fungsi otak kanan dan kiri.
e) Merangsang kepekaan. Dengan merangkak ia merangsang kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak jauh dan dekat.
Dr Sheikh Muszaphar titip ucapan hari lahir buat anak ke 7, “Adakah Muhammad akan jadi yang terakhir.”Dr. Sheikh Muszaphar sering menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa dengan cara beliau menguruskan keluarga besar.
Suri hatinya, Dr. Halina Mohd Yunos, seorang doktor yang berjaya, bersama-sama membina sebuah keluarga yang bahagia dengan tujuh orang cahaya mata. Beliau sering berkongsi nasihat dan panduan tentang keibubapaan, termasuk bagaimana menguruskan masa, mendidik anak-anak, dan mengatasi cabaran dalam kehidupan seharian.
Dalam keluarga yang besar ini, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina menghadapi pelbagai cabaran, terutama dalam menguruskan masa dan perhatian untuk setiap anak. Namun, mereka berjaya menanganinya dengan penuh dedikasi dan cinta.
Setiap ulang tahun anak-anak mereka disambut dengan penuh kegembiraan dan doa. Dr. Sheikh Muszaphar selalu mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya, agar mereka diberkati dan berjaya dalam kehidupan, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Dilahirkan pada 12 Julai 2023
Besar dah
Alhamdulillah
Apabila kami mendapat Muhammad
Barulah saya sedar 7 sudah cukup ramai
6 masih boleh diuruskan
Tetapi 7 mengubah segalanya…
Cabaran dengan 7 anak adalah masa
Memang tak cukup
Kami okay dengan kekurangan tidur
Kami okay berlari ke sana sini
Menghantar mereka ke kelas
Kadang-kadang menaiki motosikal dalam hujan
Berjam-jam menunggu di tepi kolam
Membuat lembaran kerja bersama-sama
Menyelesaikan kerja rumah mereka
Menyiapkan mereka ke sekolah
Cerita sebelum tidur
Menidurkan mereka – yang paling sukar
Pergi bercuti – yang paling menyeronokkan
Dan banyak lagi
Tetapi…
Mencari masa adalah bahagian yang paling sukar
Jadual anak-anak di dinding penuh
Tetapi kami buat yang terbaik
Mencari penyelesaian terbaik
Merancang sehari lebih awal
Setakat ini semuanya baik
Syukur sangat
Selamat Hari Lahir Muhammad
Semoga kamu diberkati
Dunia & Akhirat
Daddy sayang kamu
Sekadar Berkongsi
Salam Jumaat Semua
Sayang Seperti Biasa
PS – Dr. Halina tanya saya hari ini, adakah Muhammad akan menjadi yang terakhir?
Baru nak lelap mata, anak bangun dan ajak main. Masa ni nak marah ke nak layan sama banyak. Ibu bapa dah penat seharian tapi nak tak nak terpaksa la juga layan hingga anak tidur semula.
Bila dah macam ni, bangun pagi nak pergi kerja pun dah tak ada semangat. Nak tak nak anak juga yang dipersalahkan.
Nak pastikan rutin tidur anak tetap sejak dari dalam pantang, perkongsian dari Noraida Mansor boleh dipraktikkan.
Ini tip utama dari Tok Wan ANH sebelum Eda bersalinkan Adni lagi. Pesan dia, JANGAN bermain/agah keterlaluan dengan baby bawah umur 3 bulan.
Baby bawah 3 bulan kena jaga rutin tidur dia. Kena fahamkan dia, siang berjaga boleh bermain dan malam untuk tidur.
Selalu tak, anak-anak terjaga jam 12 malam ke pagi dan apa yang kita rasa nak buat?
Suka tengok anak buka mata ni? Segar bugar mata dia ni. Tadi tidur je kan.
Selalunya, kita fikir ohh marilah kita bergelak tawa riang wahai anak. Geram ni nak tengok anak gelak-gelak mengekekek, sengih-sengih ni. Walaupun umurnya baru 10 hari masa tu.
Kesannya, bila tiap kali terjaga lepas jam 12 pagi, anak-anak cari kita nak main-main, nak gelak-gelak. Sampai lepas pantang itu dah jadi rutin dia! Maka bermata panda la mak ayahnya. Bila kita tak larat layan, anak mula tantrum. Parah.
Jadi, apa Tok Wan tekankan kat sini, malam-malam tu tak perlu layan anak beria. Dah susukan, dah tukar pampers, zikir sikit-sikit, cakap sikit-sikit bagi dia tidur balik. Bilik kena suasana sedia untuk tidur.
Mudah je kan tip ni. Tapi impak dia besar. Mak ayah memang kena sabar. Siapa tak suka tengok baby comel sengih-sengih nampak gusi oiiii..geram yang amat! hehehe.
Tapi, kena sabar. Tunggu dia besar sikit.
Ini ada perkongsian dari kawan juga yang amalkan rutin macam Eda amalkan.
Ini hanyalah perkongsian peribadi. Alhamdulillah jika memberi manfaat.
Oh ye, kalau baby bangun terjaga pagi sangat tu dan mak nak pass pada ayah pesan juga ye kat ayah tu tak payah agah beria. Penting ni! Nanti anak dah mula akal asyik nak main, ayah berdengkur berlingkar mak kena bersengkang mata. No no no. Tak mahu tak mahu macam ni ok.
Menunjuk, bukan sekadar kelakuan bayi sahaja, tapi ianya merupakan perkara yang besar dalam perkembangan mereka. Menunjuk merupakan kemahiran awal bahasa dan komunikasi untuk kanak-kanak.
Bila bayi mula menunjuk?
Bayi mula menunjuk di antara usia 7-15 bulan. Pada permulaan bayi menunjuk menggunakan keseluruhan tangan, tangan dalam 3 bulan selepas itu, mereka akan mula menunjuk menggunakan jari penunjuk pula.
Kenapa tunjuk?
Ada 2 sebab kenapa bayi menunjuk:
Untuk meminta sesuatu – Sebagai contoh, mereka inginkan sesuatu yang sukar mereka dapatkan, seperti biskut di atas rak yang tinggi
Untuk menarik perhatian – Sebagai contoh mereka menunjuk kepada objek yang mereka minat sepeti “kucing” atau orang yang lalu dihadapan mereka contohnya “bapa”
Kenapa penting?
Kelakuan menunjuk adalah tanda bayi telah memperolehi sebahagian kemahiran sosial dan komunikasi. Ini menunjukkan bayi boleh mendapatkan perhatian dari orang lain, menghantar mesej dan mempengaruhi aksi atau kelakuan orang lain kepada apa yang mereka tunjuk (dengan seluruh tangan atau jari).
Selain itu, menunjuk juga penting kerana ia membolehkan ibubapa atau orang dewasa bercakap mengenai perkara yang ditunjuk oleh bayi. Apabila bayi menunjuk, ia akan menggalakkan orang dewasa untuk melabel objek/orang yang diminati oleh bayi, dan ini akan membantu mereka untuk mempelajari perkataan.
Kemahiran meunjuk sangat berkait dengan perkembangan bahasa bayi dan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bayi yang cepat menunjuk akan mempunyai kemahiran bahasa yang lebih baik untuk masa akan datang.
Bagaimana menggalakkan bayi menunjuk?
Satu cara yang paling baik dilakukan adalah dengan menunjukkan cara menunjuk dan sebab menunjuk pada bayi. Bayi akan mula memahami fungsi menunjuk apabila ibubapa menggunakan kemahiran tersebut dalam aktiviti harian mereka. Pada permulaan, anda boleh menunjuk kepada objek yang dekat dahulu seperti mainan, orang atau objek yang berhampiran atau tidak dapat dicapai. Kemudian, ibubapa boleh cuba menunjuk kepada objek yang lebih jauh pula seperti sesuatu yang menarik di luar rumah atau seberang jalan.
Menunjuk adalah kelakuan awal bayi yang mengujakan ibubapa. Ia sebenarnya menunjukkan yang bayi berfikir dan memberikan cara baru untuk berkomunikasi sebelum mereka boleh menyebut perkataan. Ia merupakan kemahiran yang sangat penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak dan ia juga boleh dijadikan sebagai tanda yang bayi/kanak-kanak berada dalam peringkat yang betul dalam perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Dapatkan nasihat dari professional sekiranya anak anda masih lagi belum menunjuk.
Tiga waktu ini sebaiknya elakkan marah-marah anak. Ada baiknya mak ayah memilih waktu yang lebih sesuai untuk menegur anak cara baik. Barulah lebih berkesan di hati anak.