TAHNIAH diucapkan buat Da’i Syed dan isteri tercinta, Hana Ismail atas berita kehamilan anak kedua mereka. Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pendakwah berusia 30 tahun ini menerusi satu hantaran manis di laman sosial, lengkap dengan foto keluarga kecil mereka.
“Bismillahi masya-ALLAH. Doakan keluarga kecil kami,” tulis Da’i Syed ringkas, namun penuh makna buat para pengikutnya.
Meskipun tidak mendedahkan usia kandungan, baby bump Hana yang jelas kelihatan dalam gambar tersebut cukup membuatkan para peminat tersenyum gembira. Rata-rata warganet serta rakan selebriti tidak henti menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan agar urusan kehamilan dan kelahiran anak kedua ini dipermudahkan Allah SWT.
Da’i Syed, atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, dan Hana Ismail, 39, telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur. Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung yang sangat comel, Sharifah Fatma Nour Jamalullail, kini berusia 10 bulan.
Ads
Sejak bergelar ibu bapa, pasangan ini sering berkongsi momen indah bersama anak mereka dari hari pertama kelahiran hingga detik-detik membesarkan si kecil dengan penuh kasih sayang dan bimbingan Islamik.
Ads
Rezeki Anak, Hadiah dari Tuhan
Walaupun tidak dihebohkan secara besar-besaran, kehadiran anak kedua ini pastinya menjadi pelengkap kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
Pa&Ma turut mendoakan agar kehamilan ini berjalan lancar dan dipenuhi keberkatan. Semoga Hana diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan, dan bayi yang sedang membesar dalam rahim itu dilindungi serta dibesarkan dalam rahmat Allah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila berbicara tentang kehamilan, ramai membayangkan momen indah, wajah berseri dan kulit glowing. Tapi hakikatnya, tidak semua ibu bertuah melalui fasa itu. Ada yang diuji dengan perubahan drastik pada tubuh, dan lebih menyedihkan perubahan ketara pada wajah.
Inilah kisah Lala, seorang wanita yang pernah tular di media sosial kerana wajahnya yang berubah mendadak ketika hamil. Bukan sedikit, tapi sangat ketara apabila kulitnya menjadi kasar, kusam, berkedut, bahkan kelihatan jauh lebih tua dari usia sebenar.
“Saya memang terkejut tengok diri sendiri dalam cermin. Tapi saya tahu ini bukan sebab produk atau sihir. Ia hanya hormon kehamilan,” kata Lala dalam perkongsiannya di laman X.
Penampilan luar Lala ketika itu mengundang pelbagai spekulasi daripada tuduhan menggunakan produk berbahaya, sehinggalah ada yang kaitkan dengan penyakit ain dan gangguan mistik. Namun Lala tetap tenang.
Beliau menjelaskan bahawa perubahan kulitnya adalah reaksi hormon semasa kehamilan, sesuatu yang biasa terjadi kepada sesetengah wanita. Ia bukan kekal, bukan salah produk, dan bukan satu bala.
“Saya kecewa bila orang tulis macam-macam. Tapi saya tak mahu ibu lain rasa takut bila perkara sama berlaku pada mereka. Ini semua akan berlalu.”
Sebaik selepas melahirkan, Lala mula fokus memulihkan kesihatan kulitnya secara profesional. Perkongsian beliau dari hari ke-7, hari ke-21 dan hari ke-27 selepas bersalin membuktikan kulitnya semakin bersih, segar dan berseri.
Antara rawatan yang diambil termasuk:
Fotona Rosacea Laser – mengurangkan kemerahan dan radang kulit.
Antibiotik oral dan topikal – bantu rawat kulit dari dalam dan luar.
Krim sapu & krim malam khas – dirujuk oleh doktor dermatologi.
Namun Lala memilih untuk tidak mengambil ubat makan buat masa ini kerana bayinya mempunyai sejarah jaundis. Keselamatan si kecil tetap diutamakan.
Perkongsian Lala menerima ribuan komen daripada wanita yang pernah mengalami perkara serupa. Ada yang pernah menghadapi kulit muka gelap, jeragat tebal, bengkak atau berkedut semasa hamil semuanya mengakui betapa kisah Lala membuatkan mereka rasa lebih kuat dan diterima.
“Saya pernah murung sebab muka berubah masa mengandungkan anak sulung. Bila tengok Lala, saya rasa lebih tenang. Kita tak bersendirian,” tulis salah seorang pengikutnya.
Kehamilan bukan hanya perjalanan fizikal, ia juga perjalanan emosi dan mental. Jika ibu diuji dengan perubahan penampilan, yakinlah ia sementara dan boleh dirawat. Jangan rasa rendah diri atau malu. Setiap ibu berhak dihargai, bukan dinilai dari rupa yang berubah seketika.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain menanti kontraksi dan detik kelahiran, satu hal yang begitu menyeramkan ibu hamil adalah ketika perlu minum air gula yang sememangnya diwajibkan untuk ibu hamil.
Terbaru menerusi Instagram, pelakon Ummi Nazeera juga tidak terkecuali berdepan pengalaman minum air gula sekali lagi di kehamilan keduanya ini.
Biarpun sudah berpengalaman, namun kata Ummi ia bukanlah satu tugas yang mudah. Cukup senggara katanya melalui kapsyen di video yang dimuat naik olehnya baru-baru ini.
“Nampak video sebelum ni happy je kan ? Haaa itu sebelum kena minum air gula.
Melalui video yang dimuat naik oleh pelakon hebat itu, Ummi kelihatan cukup payah menghabiskan segelas air gulanya yang pekat dan likat sambil dipujuk oleh suaminya.
Video yang dikongsikan oleh Ummi itu ternyata mendapat reaksi daripada para peminatnya. Malah ada yang turut berkongsi tip dan cara terbaik untuk minum air gula ini agar lebih sukses tanpa perlu muntah.
Dalam pada itu, meninjau di Instagram suaminya, Dr Izzar Anwari turut berkongsi informasi mengenai minum air gula serta tidak ketinggalan berkongsi tip untuk melancarkan proses minum air gula.
MINUM AIR GULA SEMASA MENGANDUNG
Semasa kehamilan, penghasilan hormon yang mengawal paras gula dalam badan (insulin) akan terganggu oleh hormon-hormon yang dihasilkan oleh uri. Gangguan ni dipanggil rintangan insulin. Bila paras insulin dalam badan berkurangan, paras gula tak boleh dikawal menyebabkan paras gula naik. Inilah yang menyebabkan terjadinya Gestational Diabetes Melitus (GDM).
Sesiapa sahaja boleh dapat GDM ni semasa kehamilan. Faktor yang meningkatkan kemungkinan nak dapat GDM ni termasuklah:
*Sejarah keluarga menghidapi diabetes *Wanita berumur lebih 25 tahun *Ada GDM pada kehamilan lalu *Ada masalah kehamilan lain seperti darah tinggi, polihidramnios, keguguran *Pernah lahirkan bayi lebih 4kg berat, lahir mati, atau bayi dilahirkan cacat *Ada jangkitan kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit
Jadi, ibu-ibu yang berisiko tinggi ni kena buat ujian saringan air gula (MOGTT) untuk mengesan GDM semasa lawatan pertama doktor, dan kalau normal, pada minggu 24-28 kehamilan akan buat ujian ulangan. Untuk ibu yang risiko tak tinggi, korang minum air gula yang sedap tu pada minggu 24-28 je terus.
Alright. Kalau keputusan normal, alhamdulillah. Tetapi, kalau keputusan ada GDM, doktor akan tentukan sama ada hanya perlu kawal diet atau mulakan ubat. Kena rujuk pada doktor masing-masing ya.
Kalau anda didiagnose GDM, ikutlah apa yang doktor suruh buat. Kalau paras gula tak dikawal baik, banyak komplikasi akan berlaku kepada anak dalam kandungan dan juga ibu. Komplikasi-komplikasi ini pula boleh mengancam nyawa ibu dan anak.
Biasanya ibu akan pulih dari GDM selepas melahirkan anak. Tapi risiko untuk mendapat GDM pada kehamilan akan datang akan bertambah.
Jadi, kalau Doktor minta minum air gula yang enak tu, minumlah dengan hati yang tenang. Di Klinik Kesihatan air gula dia plain tiada perisa selalunya. Di swasta, ada perisa. Tapi ikut orang, ada yang suka tak perisa macam wife saya.
Tips untuk minum air gula masa hamil yang orang selalu cakap ialah minum dengan air suam dan minum sekali harung sambil tahan nafas. Kalau muntah lepas tu, kena start balik dari mula. Senang je kan. Saya pun boleh buat. Tapi tula, saya tak mengandung. 🤭#drizzarshares
Semoga perkongsian dari Dr Izzar ini dimanfaatkan sebaiknya oleh semua ibu-ibu hamil dan jangan lupa mengikuti tips yang dikongsikan oleh beliau.
Semoga kelahiran bayi kedua pasangan ini dipermudahkan nanti.
Terdahulu, Ummi dan Dr Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan kini mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ayra Aneesah yang kini berusia 2 tahun lebih.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @umminazeera @izzar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui bahawa Izara Aishah, pelakon berbakat besar bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi. Baru-baru ini Izara ada memuat naik beberapa keping foto terkini di akaun Instagram miliknya.
Usia kandungannya kini sudah mencecah usia lebih tujuh bulan dan pastinya Izara sedang menghitung hari untuk bergelar seorang ibu. Dalam foto-foto yang dimuat naik itu, Izara nampak berseri-seri dan semakin cantik. Perutnya juga sudah kelihatan membesar menandakan dirinya yang menghitung hari untuk melahirkan zuriat pertama.
Sebelum ini, sekitar Februari yang lalu Izara pernah memaklumkan bayi yang bakal dilahirkan adalah perempuan dalam sebuah majlis ‘Baby Shower’ yang diadakan untuknya.
Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid yang merupakan anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.
Izara dan Adib telah berkahwin pada 17 November 2017.