Walaupun ada selebriti sedang sarat hamil, itu semua tidak menghalang mereka untuk terus tampil anggun dan cantik dengan busana hari raya masing-masing.
Malah bakal-bakal ibu ini dilihat makin bertambah serinya dengan ‘baby bump’ yang comel. Didoakan semoga semuanya dipermudahkan untuk bakal ibu-ibu ini! Enjoy gambar-gambar mereka dengan busana Syawal yang tak kurang hebatnya!
“Stress betulkan setiap kali minum air gula, dah la tak sedap, nak muntah, kalau muntah nurse bising”. Itulah antara dilema ibu muda yang terpaksa minum air gula. Ralat betul ibu-ibu nak ke klinik kesihatan mengenangkan situasi tersebut. Sehinggakan ada yang dengar takut untuk menghadapi situasi tersebut. Begitu teruk tanggapan terhadap “air gula”.
Pentingnya minum air gula ialah untuk mengetahui sekiranya ibu mengandung penghidap kencing manis ataupun tidak. Jika dapat dikesan pada peringkat awal, pemantauan boleh dibuat demi keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Berdasarkan perkongsian dari Dr.Muhammad Izzat di twitter, beliau berkongsi mengapa perlu minum air gula ketika hamil dan apakah fungsinya. Ikuti perkongsian dari doktor ini.
Meh kita belajar sikit, mengapa perlu minum air gula ketika hamil. Fungsi minum air gula ini adalah untuk memeriksa sama ada puan-puan ada kencing manis ataupun tak. Macam mana boleh ‘check’ kencing manis dengan minum air gula?
Teori disebalik ujian ini diterangkan seperti berikut; Kencing manis terjadi apabila badan kita tidak dapat memproses gula berlebihan. Dalam keadaan normal gula akan dicerna menjadi glukosa. Glukosa amat penting sebagai sumber tenaga untuk sel dalam badan.
Tetapi jika glukosa berlebihan, hati akan menukar glukosa menjadi sebatian glikogen untuk disimpan.
Pernah dengar mengenai insulin? Apakah insulin dan fungsinya? Insulin ini merupakan hormon yang berfungsi membawa glukosa ke dalam sel badan untuk dimetabolismekan menjadi tenaga. Dalam kencing manis, insulin menjadi kurang aktif (insulin resistant) ataupun kurang dihasilkan. Jadi insulin tidak dapat mengawal paras aturan gula dalam darah.
Maka apabila puan-puan minum air gula tu, sebenarnya nak ‘test’ insulin tu boleh berfungsi atau tidak. Jika insulin berfungsi dengan baik, selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah masih akan normal, sebaliknya jika insulin bermasalah, paras gula akan naik selepas minum air gula dan anda mungkin mempunyai kencing manis (diabetis) ketika hamil.
Puan-puan berisiko tinggi menghidapi Diabetis ketika mengandung, jika anda mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah:
Jika anda mempunyai salah satu faktor seperti yang tertera, anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (minum air gula) ketika mengandung yang dilakukan pada awal peringkat kandungan dan akan diulangi pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.
Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali minum air kosong/air mineral sahaja
Pada awal pagi nya, sebelum anda menikmati sarapan, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. Kemudian anda akan diminta untuk menghabiskan larutan gula yang disediakan.
Kemudian, ujian darah akan diulangi sekali lagi selepas 2 jam anda menikmati larutan gula ini.
Air gula yang diberikan oleh klinik kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam. Ada juga yang berperisa oren.
Jika anda menghidapi kencing manis pada kandungan sebelumnya, anda akan diminta membuat ujian toleransi glukosa GTT ini pada lebih awal kandungan untuk pengesahan awal Diabetis ketika mengandung, justeru dapat mengawal atur paras gula di dalam darah.
Kawal atur gula di dalam darah pada peringkat awal mengandung adalah teramat penting dalam tempoh pembentukan organ-organ penting bayi anda pada ketika ini dan mengurangkan komplikasi Diabetis pada bayi dan juga ibu.
Jika keputusan ujian toleransi glukosa GTT normal, ujian ini perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan.
Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?
Kebanyakan ibu yang menghidapi Diabetis ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel
Tetapi terdapat segelintir kes Diabetis ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika Diabetis tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum.
Kebolehan untuk mengesan awal Diabetis ketika mengandung dan mengawal atur paras gula dengan optimum dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.
Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini menghasilkan lebih banyak insulin, di mana bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim
Seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction).
Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.
Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak terkawal.
Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.
Peringatan: tolong jangan muntah. Try your best, haaa kalau muntah, ujian MGTT ni tak valid dan perlu diulang semula.
Fasa-fasa awal kehamilan sememangnya begitu mendebarkan. Mana tidaknya, kandungan yang masih lagi tidak stabil memerlukan sokongan yang kuat untuk meneruskan kehamilan hingga sembilan bulan. Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat juga tidak ketinggalan melalui hal yang sama di awal kehamilannya.
Baru saja mengumumkan kehamilannya sulungnya baru-baru ini, Ayda mengakui, fasa terawal kehamilannya begitu sukar dilalui. Malah kata Ayda lagi, dia hampir mengalami keguguran kerana berdepan tekanan kerja.
Kata Ayda, pada usia kandungannya dua bulan, dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan.
” Saya bekerja dengan banyak jenama. Jadi saya memerlukan masa untuk mengatur semula jadual saya sebaik disahkan hamil.
“Disebabkan komitmen kerja yang perlu dibuat dalam tempoh singkat menyebabkan saya penat sehingga hampir mengalami keguguran akibat pendarahan,” kongsinya.
Bukan hanya pendarahan dek tekanan kerja, bahkan kata Ayda lagi dia juga berdepan alahan yang teruk ketika diawalnya.
” Soal alahan saya juga tidak terlepas mengalaminya. Pernah satu malam saya tiba-tiba terjaga dari tidur dan muntah atas katil.
“Saya juga mengalami alahan bau, tetapi bukan bau makanan cuma bau dapur dan cecair pembasmi kuman,” kongsinya lagi.
Semoga kehamilan Ayda dipermudahkan hingga detik melahirkan. Ayda dijangka melahirkan bayi sulungnya itu pada Oktober depan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Media Hiburan & @aydajebat, @nabilmahir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mahu mencuba untuk bersalin normal. Malah kelahiran melalui pembedahan atau czer sering menjadi pilihan kedua untuk menyelamatkan ibu dan bayi.
Pun begitu bagi ibu yang bersalin melalui kaedah pembedahan dan mahu mencuba untuk bersalin normal pada kehamilan seterusnya, panduan dan informasi ini perlu anda ketahui supaya lebih bersedia.
Sekiranya ibu berhasrat ingin bersalin secara normal selepas bersalin czer, ini adalah yang anda perlu tahu:
1. Pembedahan caesarean yang terdahulu bukan disebabkan oleh masalah proses kelahiran yang lambat akibat rahim tidak mengecut (dystocia).
2. Kehamilan sekarang tidak mempunyai masalah yang sama dengan kelahiran lalu yang memerlukan pembedahan Caesarean (contohnya posisi songsang- kaki keluar dahulu).
3. Pernah melakukan proses kelahiran secara normal sebelum ini
4. Proses kelahiran kali ini telah bermula dan rahim mula mengecut dengan baik serta pangkal rahim untuk jalan kelahiran mula membuka.
5. Ibu yang hamil berumur kurang dari 35 tahun.
6. BMI ibu kurang bacaan 30.
Walau bagaimanapun, sekiranya proses kelahiran secara normal membahayakan nyawa ibu dan anak, doktor akan memilih bersalin czer untuk keselamatan kedua-duanya.
Ramai doktor tidak mahu mengambil risiko dengan membenarkan ibu bersalin normal kerana ia mungkin boleh menyebabkan nyawa ibu dan anak dalam bahaya.
Antara sebab permintaan ibu untuk bersalin normal ditolak adalah kerana:
* Ibu hamil terlalu obes
* Wanita itu berumur lebih 35 tahun
* Saiz bayi dalam kandungan yang besar melebihi 4.0 kg
* Kehamilan melebihi 40 minggu
Selain itu, terdapat juga kelebihan bersalin secara normal selepas 1 pembedahan caesar iaitu:
* Komplikasi dibandingkan dengan czer sangat kurang
* Peratusan kejayaan untuk bersalin normal kehamilan berikutnya tinggi
* Pemulihan menjadi cepat, boleh kembali ke aktiviti harian dengan mudah
* Duduk hospital hanya sekejap
* Senang nak mulakan breastfeeding
Biar apapun pilihan anda pastikan semuanya di bawah pemantauan dan doktor yang merawat. Doktor sememangnya lebih tahu apa yang terbaik buat kita.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.