Sebutan kes perceraian pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin yang berlangsung hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari mendapat soroton ramai.
Fazura yang hadir ke mahkamah pagi ini kira-kira jam 9.20 pagi dilihat cukup tenang dengan mengenakan pakaian serba putih sambil diiringi lima orang pengawal peribadinya. Cantik bak bidadari.
Fattah pula dilihat begitu sugul ketika hadir ke mahkamah. Bahkan bapa kepada Fatima ini turut menegaskan pendiriannya yang masih yang sayang kepada Fazura dan perkahwinan mereka.
“Saya mohon pada semua doakan yang terbaik untuk kami.
“Saya masih lagi berpegang pada kenyataan sebelum ini, masih sayangkan Fazura,” ujarnya sugul.
Ketika ditemubual, bapa penyayang ini mengakui masih lagi tidak bersedia dan bersetuju untuk bercerai kerana masih sayangkan Fazura. Malah Fattah juga bagaimanapun mencadangkan rundingan pendamaian di luar mahkamah.
Ads
Ketika ditanya mengenai anak kesayangannya, Fattah mengakui masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Fatima.
Fazura pula menerusi peguamnya pula akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu-individu yang tidak berkenaan menyebarkan pelbagai cerita tidak benar.
Ads
Sebelum ini, status rumah tangga pasangan itu hangat menjadi sorotan selepas Fazura nekad memfailkan perceraian terhadap aktor itu pada 13 September lalu.
Namun, Fattah enggan mengakhiri perkahwinan mereka yang sudah dibina selama tujuh tahun itu kerana masih menyayangi aktres tersebut.
Malah, Fattah sebelum ini turut menafikan bahawa dia memiliki wanita lain selain Fazura sekaligus meleraikan dakwaan yang mengatakan dirinya berlaku curang.
Ads
Terdahulu Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Giliran pulang ke kampung untuk beraya sering menjadi perbincangan serius pasangan berkahwin apabila tibanya Syawal. Ada yang mencapai kata sepakat mengikut giliran dan ada juga yang berbalah setiap kali merancang kampung siapa dahulu yang mahu dikunjungi. Tidak perlu yang tinggal jauh berlainan negeri, ada ketikanya yang satu daerah pun boleh bermasam muka jika bercerita soal ini.
Ketika merancang dan membuat keputusan untuk beraya di kampung siapa terlebih dahulu, perlulah ada toleransi antara keduanya. Niat pulang ke kampung adalah untuk berkumpul satu keluarga dan berjumpa orang tua tersayang. Oleh itu, setiap pasangan perlu memahami antara satu sama lain ketika berbincang pelan berhari raya.
Isteri yang baik akan mengikut suaminya pulang ke kampung tanpa sebarang rungutan. Suami mithali pula akan berbesar hati dapat membawa pasangannya pulang ke kampung halaman si isteri. Ada juga masanya isteri terlalu mementingkan diri, mahu pulang ke kampungnya sahaja tanpa memikirkan perasaan suaminya. Ada pula suami yang tidak mahu cuba memahami keinginan isteri yang mahu beraya bersama keluarganya.
Ketika di kampung mereka, suami atau isteri akan bergembira. Tetapi apabila tiba giliran pasangannya, mulalah buat perangai. Tarik muka masam, bercakap pun seperti tiada mood. Sekaligus membuatkan pasangannya menjadi tidak seronok ketika tiba giliran pulang ke kampung mereka. Rasa tidak seronok kan?
Belum kira lagi jika ada suami atau isteri yang langsung tidak mahu bergaul dengan ahli keluarga atau berat tulang untuk membantu di rumah mertua. Menjadi satu hal pula pasangannya mahu ‘ cover line‘ kerana mahu menjaga air muka mereka. Bukankah tidak adil jika anda gembira di kampung anda, tetapi apabila tiba giliran pasangan anda beraya di rumah ibu bapa mereka, anda tidak bersungguh-sungguh seperti mereka?
Kesimpulannya, beraya di kampung siapa pun sebenarnya sama seronok. Kita dapat bertemu ibu ayah serta semua beradik. Bukan selalu dapat berjumpa semuanya, ketika berayalah kita dapat meluangkan masa bersama-sama. Kemeriahan berhari raya, jika dikongsi bersama sesama pasangan sudah tentu dapat membentuk sebuah keluarga bahagia penuh tolak ansur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika dijemput ke program TV Mingguan Wanita untuk bercerita tentang topik ‘Kerana Ibu Kuturutkan’, pelakon cantik Elfira Loy dan ibunya Filzah Yusoff saling berkongsi perasaan tentang hubungan mereka anak beranak. Kata Elfira, dahulu jika terpaksa turutkan kehendak ibu, ada juga dia rasa marah. Tetapi semuanya dipendamkan dalam hati.
Tambah Elfira lagi, ada masanya dia marah dengan apa yang ibunya mita buat, tetapi selepas satu demi satu hikmah muncul, dia yakin keputusan ibunya adalah yang terbaik. Lama-kelamaan, Elfira merasakan lebih elok jika dia dimarahi ibu kerana dia akan tahu apa yang betul dan salah.
Mengakui yang tidak mungkin dapat dia membalas semua jasa ibunya itu, dia juga turut melahirkan rasa gementar kerana bakal bergelar seorang emak. Dia turut mengakui ada rasa takut jika tidak mampu menjadi ibu yang terbaik buat anaknya nanti. Menjawab soalan pengacara ketika itu, Elfira mengalirkan air mata kerana terlalu sebak mengenangkan pengorbanan ibunya untuk dia dan adik-beradiknya yang lain.
“Apabila menjadi seorang ibu, setiap ibadah dibuat bukan untuk dirinya semata-mata tetapi juga demi anak-anak. Apabila ibu bangun pagi untuk solat, dia laksanakan demi berdoa untuk anak-anak. Semuanya akan berbalik kembali apabila dia sudah tiada. Kita pula yang akan doakan dia.”
Ibu Elfira, Filzah, pula mengakui yang anak-anak jarang meluangkan masa untuk telefon walaupun sekadar untuk berbual kecil. Berhubung melalui aplikasi Whatsapp, tetapi katanya lagi ada juga masa dia terfikir juga mengapa anak-anak jarang menghubunginya.
Menjawab tentang caranya mendidik anak-anaknya, dia mengakui yang dia mengongkong mereka kerana tidak mahu merekalupa diri. Dia juga suka berkongsi perasaan dengan anak-anak agar mereka faham perasaan ibu ketika itu.
“Saya akan buat keputusan untuk anak-anak selalunya. Naluri kita kuat kerana kita ikhlas jaga mereka. Tak tahulah nanti macam mana pula mereka jaga kita.”
Pa&Ma doakan kasih sayang antara Elfira dan ibunya berpanjangan sehingga ke syurga. Semoga Elfira selamat bersalin dan menjadi ibu terbaik buat anaknya. Good luck, Elfira!
Setelah enam tahun menanti kehadiran cahaya mata kedua, pelakon terkenal Indonesia Acha Septriasa berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran baru-baru ini.
Acha berkata, dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya masih dalam tempoh trimester pertama dan menganggap perkara itu sebagai dugaan kedatangan 2023.
Pun begitu, dalam kesedihan itu, Acha berkata, dia perlu kuat dan bangkit demi keluarganya meskipun harapan menimang cahaya mata tidak kesampaian.
“Satu berita yang tidak dijangka dan tidak diingini, saya mengalami keguguran dalam fasa trimester pertama.
“Kami sangat sedih. Ini adalah saat untuk kami muhasabah diri. Kami akan kembali bangkit menjadi lebih kuat,” katanya.
Pelakon filem Heart ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Acha turut berkongsi kenangan selama tujuh tahun meraikan sambutan tahun baharu di pelbagai lokasi bersama suami, Vicky Kharisma.
Menyebut tentang azam tahun baharu, Acha berharap dia dapat menjadi isteri dan ibu terbaik buat suami dan anak perempuan mereka.
Kata Acha, melalui fasa hubungan jarak jauh sebelum ini membuatkan mereka lebih menghargai satu sama lain dan memberi keutamaan kepada keluarga.
Acha dan Vicky mendirikan rumah tangga pada 11 September 2016 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Bridgia Kalina Kharisma yang kini berusia 6 tahun.
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.