Doh Tak Naik Elok Mungkin Silap Teknik Ni. Uji Dulu Yis Aktif Atau Tak Guna Sudu Plastik!

Share

Yis amat penting dalam membuat roti, donut atau beberapa jenis kuih supaya naik gebu dan membantu supaya tekstur mengembang dengan baik. Tapi bagaimana hendak tahu yis kering itu masih lagi hidup atau tak.

Memang simple bagi yang dah tahu. Bagi beginner yang baru nak mula berjinak-jinak buat roti, donut atau kuih muih mesti tidak tahu bagaimana nak pastikan semua itu ok kan?

Gambar Hiasan

Baik, ada cara bagaimana hendak tahu yis tu masih hidup atau tak seperti perkongsian Puan Erah Syahirah via MAHN

Caranya antara salah satu cara yang berkesan sebelum nak mencampurkan yis dalam adunan. Jadi tak ada lagi masalah

Nak share cara saya test yis , kalau roti tak naik. Yis dah mati, Sebelum buat roti kita test dulu yis aktif ke tak dengan sudu plastik. Kalau melekat macam dalam gambar tu tandanya yis aktif. Selamat mencuba doh tak menjadi atau naik bila buat teknik ni dulu. Penting guna sudu plastik ya!

Pertama, masukkan sudu plastik dalam yis kering.

Jika melekat seperti dalam gambar maknanya yis tu masih elok.

Jika kacau-kacau dengan sudu dan tetap melekat pada sudu plastik, maknanya yis ini aktif dan adunan yang akan dibancuh nanti akan naik elok.

Kredit: Erah Syahirah

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN