Bila anak tak sihat, ibu bapa terus dalam dilema. Bukan apa apabila sebut je kena makan ubat, reaksi pertama anak ada yang terus menangis seperti kena pukul, tutup mulut rapat dan macam-macam drama lagi.

Kalau tak di bagi, bimbang sakit makin melarat dan ibu ayah juga susah hati. Nak tak nak terpaksa juga paksa anak. Ibaratnya kalau nak bagi makan ubat terpaksa berperang dulu baru boleh masuk ubat dalam mulut.

Itu pun dikira selamat lagi. Bagi yang muntahkan balik, perasaan ibu ayah macam mana?

Ok bagi ibu ayah yang nak tahu macam mana nak bagi anak makan ubat dengan mudah, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Dr Aishah Al Sagoff.

Pertamanya, tak perlu makan ubat jika hanya sakit ringan. Selsema sikit, batuk sikit-sikit, takpelah insyaAllah boleh sembuh sendiri.

Dalam keadaan yang perlu beri ubat,

1) Beri dalam keadaan duduk, bukan berbaring. Ini dapat elakkan risiko tersedak dan supaya anak mudah telan. Kita pun susah telan air sambil baring kan.

IKLAN

2) Pakai picagari yang sesuai. Plastik, dan tidak besar sangat. Kalau ade muncung lebih baik (oral syringe).

3) Buat dalam suasana yang anak selesa. Jangan takut-takutkan anak dengan ubat. Ini macam satu rumah nak berperang waktu nak bagi ubat ehehe. Kesian anak pun takut.

4) Kalau boleh beri dia pegang sendiri picagari. Biar dia rasa sendiri ubat tu. ‘Ohh sedap je rupanya’. Ha nanti ibu tolong tekan kan je senang.

5) Buka mulut anak dengan menarik dagu ke bawah. Elakkan picit kedua-dua pipi, sakit!

IKLAN

6) Masukkan picagari diantara gigi, atau di tepi bahagian mulut. Elakkan masukkan picagari terlalu dalam nanti tersedak dan muntah pula.

7) Pastikan mulut anak tutup sehingga dia telan ubat. Dalam keadaan duduk, mudah untuk dia telan. Tapi pastikan kepala jangan terlalu mendongak.

8) Reward anak bila dia dapat makan ubat. Tepuk tangan, puji-puji dia sikit. Peluk dia lepas habis makan dan ucap terima kasih. Jika kita teruskan begini setiap kali makan ubat, anak akan kurang rasa trauma nak makan ubat.

9) Kebanyakan ubat sekarang ade pelbagai flavor dan lebih sedap. Jika anak susah nak makan juga, siap-siap air yang anak suka kat sebelah. Air ribena ke, susu ke. Suap ubat sikit, terus suap air ribena. Suap ubat lagi, suap air ribena lagi. 

IKLAN

10) Ataupun boleh campurkan ubat dengan bahan yang manis untuk kurangkan rasa tak sedap. Madu, sirap, dan sebagainya. Boleh bagi makan benda manis yang anak suka dulu, contoh bagi madu sikit lepastu bagi ubat, supaya kurangkan rasa pahit ubat dalam mulut.

11) Jika anak yang betul-betul susah dan meragam bila makan ubat, minta bantuan orang lain untuk pegangkan anak. Boleh cuba balut anak dengan selimut supaya tangannya di dalam. Minta maaf pada anak selepas beri ubat, ” Maaf ibu kena balut adik, ibu nak tengok adik sihat. Lepasni ibu tak balut kalau adik duduk diam-diam k”

12) Bincang dengan doktor jika anak sangat susah untuk makan ubat, supaya doktor boleh bantu dengan memberi ubat yang kurang kerap dan ubat yang perlu sahaja.

** Tak semua ubat boleh diberi ikut punggung atau cucuk. Cubalah untuk ajar juga anak makan ubat jika perlu ya

Sumber: Dr Aishah Al Sagoff