Pelbagai jenis berus gigi yang terdapat di pasaran. Berus gigi yang comel dihiasi pelbagai jenis kartun dan warna mampu menarik minat anak-anak dan ibu bapa untuk membelinya. Namun adakah berus gigi yang anda pilih sesuai untuk anak anda?
Doktor Izaza telah berkongsi tip mudah untuk memilih berus gigi yang sesuai dan betul untuk anak yang berumur 2 tahun. Tip yang bermanfaat ini boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa.
Kebanyakan kanak-kanak yang berusia 2 tahun belum pandai meludah, jadi masih lagi boleh guna ubat gigi tanpa flouride.
Ads
Ciri-ciri berus gigi untuk kanak-kanak 2 tahun
Jenis berus gigi untuk kanak-kanak 2 tahun sama seperti 1 tahun, cuba kepala berus gigi lebih lebar, lembut dan mempunyai pemegang yang besar dan panjang supaya MUDAH dipegang.
Ads
Kepala berus gigi lebih lebar dan mempunyai berus yang lembut bagi memudahkan kanak-kanak memberus gigi geraham yang sudah tumbuh di bahagian belakang gigi.
Pemegang yang panjang dan besar bagi memudahkan kanak-kanak pegang dan menggerakkan berus gigi semasa memberus.
Satu lagi bonus, untuk anak lebih suka memberus gigi adalah dengan menggunakan berus gigi yang mempunyai lampu atau music, supaya anak lebih seronok dan rasa excited semasa memberus.
Bagi seorang wanita bila bergelar ibu tiada istilah dapat betul-betul rehat, tak kisahlah yang bergelar surirumah atau pun bekerja. Tempoh 24 jam tu ibarat sekejap je berlalu.
Mana taknya mula celik mata hingga nak tidur semula masih ada je kerja belum beres.Tapi apakan daya tanggungjawab sebagai ibu dan isteri harus juga diambil kira.
Mungkin bagi sesetengah ibu, seawal 4 pagi perlu bangun untuk menyiapkan apa yang patut dan selepas selesai keperluan keluarga perlu bergegas ke tempat kerja pula.
Tapi awas ya, bila rasa penat dan mengalami ciri-ciri di bawah silalah bawa berehat. Ini tanda sebenarnya sudah mengalami tahap kepenatan melampau dan perlu berehat segera agar tidak menjejaskan kesihatan.
Paling utama encik suami perlu memerhati tanda-tanda ini sebab orang perempuan akan tetap melakukan kerja selagi terdaya walaupun sebenarnya keletihan. Suamilah yang perlu prihatin dan beri peluang isteri berehat.
Wanita biasanya punya daya ingatan yang kuat jadi bila sudah lupa mana letak kunci kereta, dompet atau cermin mata yang biasa dipakai maka sebaiknya bawa berehat.
Isteri biasanya cerewet dalam banyak perkara terutama urusan rumah tangga. Tapi kalau dia sudah tak peduli dengan baju yang kotor, pinggan berselerak atas meja dan hanya ingin tidur harap encik suami faham bahawa dia sedang keletihan.
Tidur malam sekejap-sekejap terjaga. Ia merupakan tanda stres yang puncanya boleh jadi kepenatan fizikal yang tak berkesudahan.
Biasanya ibu akan senang melayan kerenah anak tapi bila ada hari dia marah-marah malah meminta anak bermain jauh, sebaiknya suami cepat-cepat tawarkan bantuan. Sama ada bantu buat kerja rumah atau bawa anak keluar supaya ibu ada masa berehat seketika.
Terasa pening malah seperti mahu jatuh ini tanda yang serius kerana boleh mencederakan. Ada kemungkinan otot-otot di tubuh isteri keletihan sehingga dia hilang keseimbangan.
Kalau dah terlalu sibuk buat kerja rumah, wanita biasanya lupa merawat diri. Tak sempat lagi mengenakan krim apatah lagi masker atau solekan. Inilah yang menyebabkan wajah kusam.
Suami perasan tak, bila tengah berbual isteri tak fokus. Malah ada juga yang malas bersembang, hanya mahu berbaring. Ini tanda dia letih yang amat sangat.
Biasa boleh berjaga malam untuk menonton tv tapi awal-awal lagi sudah terlentuk di depan tv malah di dapur pun maka mintalah isteri berehat untuk mengembalikan kecergasannya.
Sumber: ragamanak
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah lumrah anak perempuan sukakan solekan pada wajah. Bukan kita sebagai ibu yang cuba mengajar mereka sebaliknya dengan hanya melihat aktiviti setiap pagi si kecil sudah mampu mengaplikasikan sendiri peralatan solekan ke wajah mereka. Namun jangan pula mama cuba-cuba solekkan anak-anak kecil semata-mata hanya kerana mereka cukup sukakannya.
Aktiviti sebegini memang menyeronokkan malah merapatkan hubungan ibu dan anak. Pun begitu penggunaan bahan-bahan kecantikan ini sebenarnya tidak sesuai untuk kulit wajah kanak-kanak. Ini yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.
Jadi sebaiknya elakkan membeli mainan berbentuk solekan atau cuba memberikan alatan solekan anda sendiri seperti gincu bibir, pembayang mata, pemerah pipi dan sebagainya. Elakkan.
Kanak kanak sememangnya secara semula jadi telah comel dan mempunyai kulit yang halus. Kulit mulus mereka TIDAK perlu dicemarkan dengan bahan kimia seperti alat solek.
Walaupun alat solek tersebut selamat bagi orang dewasa, ianya tidak semestinya boleh digunakan oleh kanak kanak. Ini adalah kerana kanak kanak mempunyai tahap metabolisma yang tinggi dan mampu menyerap bahan kimia dengan pantas.
Gincu – bahan meresap ke dalam membran Eyeliner/solekan mata – BIG NO kerana kulit kelopak mata nipis Pewarna kuku Pewarna rambut Lain lain bahan kosmetik
Sekiranya bahan kosmetik mengandungi Merkuri, ia boleh diserap ke dalam tubuh dan menjejaskan perkembangan otak dan membantutkan pertumbuhan neurological.
Bilakah waktu yang selamat untuk mereka mula menggunakan alat solek?
16 tahun ke atas adalah umur yang selamat untuk mula menggunakan alat solek.
Bukan Untuk Kanak-Kanak Kesemua peralatan ini bukan dibuat khas untuk kulit wajah kanak-kanak. Ini yang bakal dihadipi oleh anak-anak kita jika kerap terdedah dengan solekan.
* Kulit kanak-kanak memiliki metabolisma yang tinggi dan mampu menyerap bahan kimia 100 %. Bahaya!
* Akibatkan jerawat apabila dewasa.
* Kulit masih nipis dan kurang fungsi perlindungan.
* Risiko contact Dermatitis.
* Risiko keracunan merkuri sehingga mengakibatkan perkembangan otak kanak-kanak boleh terjejas.
* Kulit mudah rosak dan mendapat kesan sampingan.
* Akibatkan kesan penuaan lebih pantas.
Jadi elakkan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika anak mengadu penglihatan kabur sewaktu menonton televisyen, anda boleh melakukan ujian mata sendiri di rumah.
Bagaimana caranya? Ketahuinya dalam perkongsian artikel ini.
Anak mengadu penglihatan kabur?
Sekiranya si kecil mengadu mereka tidak dapat melihat dengan jelas atau penglihatan kabur sewaktu membaca buku, anda sebenarnya boleh melakukan beberapa ujian mata asas di rumah.
Eh, biar betul boleh dibuat di rumah?
Ya, tiada masalah untuk melakukan ujian penglihatan di rumah.
Cuma perlu diingatkan bahawa ujian mata tersebut bukanlah pengganti pemeriksaan perubatan mata lengkap oleh pakar oftalmologi.
Ini kerana menguji kadar penglihatan di rumah tidak akan setepat ujian yang dilakukan oleh pakar mata.
Pun begitu, ujian di rumah dapat membantu mengetahui masalah mata yang memerlukan perhatian pakar.
Banyak masalah berkaitan mata boleh dirawat dan dipulihkan jika dikesan dan diubati pada peringkat awal. Sebab itu, pemeriksaan mata secara perubatan adalah penting untuk dilakukan, okay?
Persiapan untuk ujian mata anak di rumah
Ini bermakna, kalau anda mahu, pemeriksaan mata boleh dilakukan di rumah. Tetapi sudah tentu terdapat persediaan yang perlu anda lakukan terlebih dahulu.
Barang yang diperlukan untuk ujian penglihatan:
-Sesuatu untuk menutup mata, seperti cawan kertas atau tisu muka
-Pita pelekat atau pin untuk menggantungkan carta ujian di dinding
-Pen atau pensil untuk mencatatkan hasil ujian
-Pita ukuran atau pembaris
-Lampu suluh
-Bilik berlampu dengan kepanjangan sekurang-kurangnya 10 kaki
Carta ujian yang betul (anda boleh memuat turun carta daripada laman web tertentu)
ujian mata di rumah
Menyediakan tempat ujian penglihatan
Semasa memuat turun carta untuk dicetak, pastikan carta yang dipilih adalah untuk kanak-kanak
Untuk mencetak, pastikan huruf terbesar pada bahagian atas carta dengan saiz ketinggian lebih kurang 1 inci (23 milimeter)
Ukur jarak 10 kaki daripada dinding tanpa tingkap dan letakkan kerusi pada jarak ini
Lekatkan atau pinkan carta pada dinding kosong, separas dengan mata anak semasa mereka duduk di atas kerusi
Melakukan ujian mata anak
Umumnya, ujian penglihatan yang dilakukan ini sesuai untuk anak berusia 3 tahun dan ke atas kerana mereka sudah boleh memahami arahan yang diberikan.
Pada permulaannya, jelaskan kepada anak bahawa kalian akan bermain ‘permainan menunjuk’ (pointing game). Dengan menggunakan kad latihan huruf E, ajar anak untuk fokus pada huruf E yang ditunjukkan.
Gerakan kad tersebut kepada 4 arah berbeza, iaitu atas, bawah, kanan dan kiri.
Jarak kad latihan yang dipegang boleh berada sedekat yang dimahukan anak sehingga mereka dapat menunjukkan keempat arah tanpa bantuan.
Kemudian persiapkan anak untuk menjalani ujian mata dengan cara di bawah:
Dudukkan anak di atas kerusi yang diletakkan pada jarak 10 kaki daripada dinding yang ditampal dengan carta
Tutupkan sebelah mata anak dengan penutup tanpa memberikan tekanan. Anda mungkin memerlukan bantuan individu lain untuk membantu memegang penutup mata pada anak
Sekiranya anak memakai cermin mata, biarkan mereka memakainya semasa ujian
Jika carta kelihatan terlalu gelap untuk dilihat dengan jelas, gunakan lampu suluh untuk menerangi huruf ketika penglihatan berlangsung
Halakan lampu suluh pada setiap huruf bermula dengan huruf terbesar. Minta anak sebutkan huruf yang ditunjukkan itu
Catatkan bilangan garis terkecil huruf yang dapat dibaca dan dilihat oleh anak dengan betul
Ulang ujian mata ini pada mata sebelah lagi untuk mengenal pasti masalah penglihatan kabur anak
Seandainya anak letih, mungkin ujian ini boleh dilakukan pada masa yang lain
Ujian kepada anak yang lebih besar
Minta anak yang akan diuji untuk duduk di atas kerusi yang jaraknya 10 kaki dari carta.
Pastikan carta selaras dengan matanya
Pastikan anak menutup sebelah mata tanpa memberikan tekanan. Sekiranya mereka menggunakan cermin mata untuk penglihatan jarak jauh, ia harus dipakai semasa ujian mata
Halakan lampu suluh pada setiap baris carta, sementara anak yang diuji membaca huruf dengan kuat. Terus ke baris bawah atau sehingga hurufnya terlalu sukar untuk dilihat oleh anak
Tuliskan bilangan garis terkecil yang dilihat dan dibaca dengan betul
Sekarang ulangi ujian dengan mata sebelah yang ditutup dan catat hasilnya
Memahami hasil keputusan
Menurut American Academy of Ophthalmology, makna kepada hasil keputusan ujian akan berbeza-beza mengikut usia anak anda.
-Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun harus dapat melihat garis carta 20/40
-Kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun harus melihat garis 20/30
-Kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas seharusnya dapat membaca baris 20/20 carta
masalah mata
Anda boleh mengetahui baris mana yang dapat dibaca oleh anak anda menggunakan label di sisi carta ujian.
Sekiranya anda mendapati bahawa keputusan anak anda tidak normal untuk usianya, buat janji temu dengan doktor mata pediatrik, atau pakar oftalmologi.
Menguji mata anak anda di rumah adalah cara yang baik untuk mengukur penglihatannya, tetapi ia tidak boleh menggantikan pemeriksaan oleh pakar oftalmologi.
Pakar oftalmologi pediatrik bukan sahaja akan menguji penglihatan anak anda, tetapi juga kesihatan mata si kecil.
Ini terutamanya jika mereka mengadu penglihatan kabur ketika belajar atau menonton televisyen.
Kredit: Hello Health
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...