Tali pusat lilit leher bayi dalam kandungan atau nuchal cord ialah satu keadaan yang sangat biasa di jumpai. Ia berlaku kepada 1 dalam 3 kandungan. Walau pun tidak berbahaya, masa bersalin mama kena siap sedia hadapi 4 keadaan ini.

Menurut Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, KPJ Selangor Specialist, tali pusat atau umbilical cord adalah merupakan ‘talian hayat’ untuk bayi di dalam kandungan.

JARANG MEMBAHAYAKAN KERANA ADANYA WHARTON JELLY YANG KENYAL

“Tali pusat atau umbilical cord menyambungkan bayi kepada uri atau placenta. Ia penting untuk menyalurkan oksigen, darah dan nutrisi kepada bayi. Komplikasi kepada tali pusat ini boleh membahayakan nyawa bayi tetapi sangat jarang berlaku kerana di dalam tali pusat terdapat Wharton Jelly yang kenyal.

Doktor Kata Tali Pusat Lilit Leher Bayi Dalam Kandungan Tak Bahaya. Cuma Siap Sedia 4 Keadaan Ini Masa Bersalin
Ini keadaan di mana tali pusat bayi tidak meliliti leher, proses kelahiran lebih mudah.

“Wharton jelly mengelakkan salur darah di dalam umbilical cord daripada tertekan sekiranya ianya melilit leher atau badan. Kebanyakkan ibu apabila mengetahui tali pusat bayi melilit leher melalui scan, ianya menyebabkan kebimbangan terhadap kesihatan bayi di dalam kandungan,” terang Dr Mastura.

Tetapi mengikut kajian dan pemerhatian doktor,  kebanyakan kes nuchal cord  tidak mendatangkan apa-apa masalah atau membahayakan bayi, kata beliau.

IKLAN

Dr Mastura menerangkan yang ia boleh berlaku semasa mengandung atau bersalin. Ia boleh melilit sekali atau lebih tetapi kebanyakkannya tidak memudaratkan bayi.

Nuchal cord ini lazimnya dikesan dari beberapa keadaan iaitu;

  1. Melalui scan semasa pemeriksaan antenatal
  2. Semasa kelahiran selepas kepala bayi keluar dari perineum atau rahim semasa cesarean
  3. Jantung bayi tidak normal terutama semasa bersalin

Doktor Kata Tali Pusat Lilit Leher Bayi Dalam Kandungan Tak Bahaya. Cuma Siap Sedia 4 Keadaan Ini Masa Bersalin

IKLAN

SEGELINTIR BAYI BOLEH LEMAS

Majoriti bayi yang mengalami nuchal cord tiada masalah semasa kelahiran, Cuma ada segelintir bayi menjadi lemas atau kekurangan oksigen. Degupan jantung si kecil juga boleh menurun/menjadi lemah.

Selain itu terdapat juga beberapa keadaan seperti berikut;

IKLAN
  1. Bayi boleh membuang air besar dalam air ketuban dan sekiranya air ketuban termasuk ke dalam paru-paru bayi akan menyebabkan radang paru-paru dan sesak nafas.
  2. Ia juga boleh menyebabkan kepala bayi mungkin susah atau lambat turun dan keluar dari perineum.
  3. Nuchal cord ini meningkatkan kemungkinan untuk kelahiran vakum, forcep atau caesarean di sebabkan masalah-masalah di atas.
  4. Muka bayi menjadi sedikit kebiruan and bengkak.

4 KEMUNGKINAN PUNCA NUCHAL CORD

Antara punca yang boleh menyebabkan terjadinya nuchal cord ini ialah;

  • Tali pusat terlalu panjang.
  • Wharton jelly di dalam tali pusat yang kurang seperti tali pusat bayi IUGR (intrauterine Growth restricted – bayi bermasalah tumbesaran di dalam rahim).
  • Air ketuban terlalu banyak
  • Bayi kembar.

LILITAN LEBIH 3 KALI, DOKTOR AKAN BERBINCANG KAEDAH KELAHIRAN

Menurut Dr Mastura, sekiranya sebelum bersalin doktor mengesan nuchal cord 3 kali lilitan, sesetengah doktor akan berbincang dengan ibu sama ada bersalin secara caesarean atau normal.

Doktor Kata Tali Pusat Lilit Leher Bayi Dalam Kandungan Tak Bahaya. Cuma Siap Sedia 4 Keadaan Ini Masa Bersalin

Kebanyakkan doktor and menenangkan ibu bahawa keadaan ini normal dan selalunya tidak membahayakan bayi semasa proses kelahiran sekiranya nuchal cord dikesan semasa bersalin dan lilitan tali pusat ketat, doktor akan memotong tali pusat terlebih dahulu sebelum ibu meneran untuk mengeluarkan bahu dan badan bayi.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI