Hb rendah semasa mengandung memang bukan perkara asing. Walau pun ia banyak berlaku, tidak bermakna ia boleh dipandang remeh. Ada kalangan ibu yang buntu selepas mencuba pelbagai cara tapi paras Hb tidak naik, ulasan pakar O&G ini mungkin membantu.

Adalah penting untuk meningkatkan paras hemoglobin (molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah-Hb) kerana kekurangannya akan mengganggu pembekalan oksigen ke tisu-tisu badan ibu dan bayi. Ini boleh memudaratkan ibu dan janin/ bayi dalam kandungan.

Doktor Kongsi Tip Naikkan Paras Hb Ibu Hamil Yang Ada Anemia

HB KURANG  11 g/dL PERLU AMBIL LANGKAH SEGERA

Kesan daripada kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia) ini memberikan impak dalam penghasilan sel darah merah yang kurang. Ibu hamil yang mempunyai paras Hb rendah daripada 11 g / dL perlu ambil langkah segera menaikkan paras Hb supaya diri dan janin tidak terjejas.

Doktor yang merawat sudah tentu memberikan ubat-ubatan yang diperlukan. Tapi dalam masa yang sama, ibu juga boleh mencuba dengan cara pengambilam makanan tertentu. Atau mungkin kesilapan cara ibu mengambil ubat-ubatan menjadi punca HB tidak naik.

Dr Jumeah Jumeah Shamsudin, pakar perbidanan dan sakit puan Avisena Specialist Hospital menjelaskan bahawa anemia boleh berlaku disebabkan oleh masalah pengeluaran sel darah merah yang berkurangan, kehilangan darah, atau kemusnahan sel-sel darah merah.

Doktor Kongsi Tip Naikkan Paras Hb Ibu Hamil Yang Ada Anemia

TINGKATKAN PARAS HB DENGAN MAKANAN KAYA ZAT BESI

Bagi meningkatkan paras hemoglobin dalam darah, ibu hamil yang mengalami anemia ini disarankan mengambil makanan mempunyai kandungan zat besi yang boleh membantu meningkatkan hemoglobin. 9 kategori makanan ini antara yang dicadangkan;

IKLAN

Doktor Kongsi Tip Naikkan Paras Hb Ibu Hamil Yang Ada Anemia

#1: Sayur-sayuran hijau gelap seperti bayam, sawi, brokoli, bendi, kacang pis membantu pembentukan sel darah merah.

#2: Ubi bit, capsicum, asparagus, bunga kubis dan kentang amat disarankan.

#3: Buah-buahan seperti pisang, anggur, avocado, betik, delima dan epal.

IKLAN

#4:Bijirin iaitu beras perang, quinoa, oat atau roti yang diperkaya dengan zat besi amat disarankan.

#5: Coklat gelap dan serbuk koko.

#6: Kekacang dan lentil seperti kacang merah, soya, badam, kacang tanah, biji labu, dan kacang hijau.

#7: Ambil sumber makanan daripada haiwan daging merah, ayam kampung, kuning telur kampung, makanan laut seperti ikan.

IKLAN

#8: Daging merah dan organ dalaman TAPI jangan diambil berlebihan kerana boleh menyebabkan masalah jantung dan paras kolesterol tinggi. Ini kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.

#9: Buah-buahan kering seperti aprikot, buah tin, kurma dan prun.

 

8 JENIS MAKANAN YANG PERLU DIHINDARI IBU HB RENDAH

Dalam masa yang sama, ibu hamil yang mengalami masalah Hb rendah perlu memastikan pemakanannya tidak ‘sabotaj’ usahanya untuk menaikkan paras Hb. Justeru, Dr Jumeah mencadangkan para ibu untuk mengelakkan beberapa jenis makanan ini;

Doktor Kongsi Tip Naikkan Paras Hb Ibu Hamil Yang Ada Anemia

  1. Makanan yang diletakkan banyak kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan.
  2. Makanan berproses seperti makanan dalam tin, minuman berkarbonat dan daging diproses seperti sosej dan nuget.
  3. Makanan ringan atau segera yang kurang khasiatnya seperti kentang goreng, kerepek, burger dan sebagainya.
  4. Makanan yang mempunyai rasa masam.
  5. Air osmosis terbalik yang tidak mengandungi mineral. Ia yang mengganggu keseimbangan homeostasis darah.
  6. HVO (Hydrogenated Vegetable Oil) dan minyak goreng yang digunakan berulang kali kerana ia memberatkan lagi keadaan anemia akibat gangguan edaran darah dan oksigen rendah.
  7. Makanan yang boleh mengganggu penghadaman seperti mencampurkan susu dan buah, mencampurkan dua jenis protein yang berbeza seperti daging dan ikan atau telur atau susu.
  8. Makanan yang terlalu pahit seperti hempedu bumi, seruntun, peria dan tunjuk langit perlu dihindari kerana ia boleh melemahkan badan.

Doktor Kongsi Tip Naikkan Paras Hb Ibu Hamil Yang Ada Anemia

TUNGGU 2 JAM LEPAS MAKAN PIL ZAT BESI BARU BOLEH 6 MAKANAN INI

Anda perlu menunggu sekurang-kurangnya dua jam selepas mengambil makanan ini sebelum mengambil makanan tambahan dan zat besi anda supaya penyerapan lebih optimum.

  • Teh.
  • Kopi.
  • Kalsium.
  • Produk tenusu seperti susu dan yogurt.
  • Antasid yang digunakan untuk melegakan gastritis.
  • Bijirin penuh.

Bijirin penuh merupakan sumber yang baik untuk zat besi itu sendiri, namun ia mengandungi asid phytic yang boleh mengganggu penyerapan zat besi daripada makanan dan pil lain.  Ambil dua jam selepas makan pil zat besi supaya pil dapat diserap dengan lebih berkesan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI