Bukan senang nak kekal bertenaga pada bulan puasa. Waktu makan sahur antara waktu yang sangat penting bagi memastikan kita kekal bertenaga walaupun berpuasa pada siang hari.
Pemilihan pemakanan juga penting ketika sahur. Pastikan pilih makanan yang berkhasiat dan sihat agar kesihatan perut kita sentiasa dalam keadaan yang baik. Elakkan mengambil makanan yang diproses ataupun makanan bertin.
Ada yang tanya, “doc, apa contoh sahur yang mengenyangkan?” Saya berkongsi satu resepi idea sahur yang dapat mengenyangkan perut. Beri tenaga ketika berpuasa.
Salah satu makanan yang dikategorikan sebagai super food ialah chia seeds. Bijirin ini dari Amerika Selatan.
Secara tradisi diguna oleh puak Aztecs dan Mayan. Lelaki yang memburu masuk hutan berbekalkan Chia Seeds yang memberi maksud “kekuatan”.
Ads
Chia Seed hebat sebab 28 gram atau dua sudu chia seeds mengandungi:
✔️Fiber: 11 gram ✔️Protein: 4 gram ✔️Omega 3: 9 gram ✔️Kalsium: 18% dari keperluan harian tubuh manusia ✔️Manganese: 30% dari keperluan harian tubuh manusia ✔️Phosphorus: 27%
Chia Seed juga mengandungi Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) and Vitamin B2
Ads
Semua ini penting untuk membekalkan nutrien sepanjang berpuasa. Dengan kandungan anti oksida yang tinggi, Chia Seed patut menjadi pilihan nombor 1.
Caranya:
1.Masukkan 2 sudu Chia Seed ke dalam air kosong bersuhu bilik. 2.Biarkan selama lebih dari 30 minit. Lebih lama lebih bagus. 3.Chia Seed akan kembang seperti biji selasih. 4.Minum.
Air tersimpan di dalam Chia Seed. Ia akan terkeluar sedikit demi sedikit. Seterusnya membekalkan air sepanjang tempoh berpuasa.
Ads
Perut terasa penuh. Kenyang. Sampai pukul 6 petang masih buang air kecil.
Itu petunjuk baik. Badan masih banyak air. Kita lebih bertenaga.
Hantar pergi sekolah meraung, balik dari sekolah pun berbunyi juga. Alahai, pening kepala mama sekalian nak hadap anak tantrum setiap hari. Ada ke cara untuk atasi situasi ini?
Bila anak balik dari sekolah
Setelah beberapa jam menimba ilmu, sudah tentu waktu balik sekolah merupakan antara perkara yang paling dinantikan oleh setiap kanak-kanak, khususnya pada tahun-tahun awal persekolahan.
Tentunya setiap kali balik dari sekolah, anda akan terfikir anak akan berasa gembira. Tetapi malangnya ia tidak seperti apa yang anda jangkakan. Sebaliknya mereka menunjukkan tingkah laku seperti menjerit, keletihan dan pelbagai lagi tingkah yang negatif.
Keadaan anak tantrum seperti ini, pastinya menimbulkan rasa susah hati dan bimbang, apatah lagi jika ia berulang setiap hari. Jadi bagaimana cara untuk mengatasinya?
Mengapa anak tantrum?
Ada masanya anak menjadi tantrum ataupun buat perangai disebabkan oleh aktiviti sekolah yang memenatkan daripada aspek fizikal dan psikologi. Berdasarkan penulisan dalam Today’s Parents, anak tantrum biasanya wujud apabila anak perlu menahan emosi dan tingkah lakunya demi mendapatkan penilaian yang baik di sekolah.
Manakala mereka akan menzahirkan tingkah laku yang negatif dengan membuat perangai apabila pulang ke rumah. Ini adalah kerana mereka berasakan rumah sebagai tempat paling selamat untuk melepaskan emosi yang dipendam.
Masalah anak tantrum juga sering berlaku apabila anak anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan jadual persekolahan. Keadaan ini cenderung untuk berlaku terutamanya pada hari pertama persekolahan ataupun selepas cuti panjang.
Faktor lain yang turut menyebabkan anak anda membuat perangai adalah kerana berpisah daripada ibu bapa, terpaksa duduk berjam-jam di dalam kelas ataupun berdepan kesukaran dalam pembelajaran.
Malahan, komunikasi sosial bersama rakan-rakan juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak yang menyebabkan mereka tantrum. Mengamuk, berteriak, menjerit, menangis, mengeluh, marah dan menunjukkan tingkah laku yang tidak elok merupakan cara mereka menzahirkan emosi tantrum itu.
Tip atasi anak tantrum
Bagi sesetengah ibu bapa, anda mungkin berasakan ia adalah satu kesukaran untuk mengatasi situasi apabila anak mula buat perangai. Namun, jangan risau Hello Doktor ada caranya untuk membantu anda.
Berikut antara tip mengatasi masalah apabila si kecil tantrum, antaranya:
Elakkan bertanya banyak soalan
Memang sifat semula jadi ibu bapa untuk mengambil tahu tentang keadaan anak-anak, bukan? Antara soalan yang paling suka ditanya adalah mengenai apa yang dipelajari di sekolah, makan apa di sekolah dan ada kerja sekolah atau tidak.
Anda mungkin berasa soalan itu seperti mengambil berat akan si manja, tetapi pada mereka soalan itu mungkin seolah-olah memberikan tekanan. Ini sekali gus menyebabkan mereka enggan menjawab pertanyaan anda.
Jika anda masih ingin bertanyakan soalan kepada mereka, anda boleh mulakan dengan sesuatu yang positif, seperti “Anak mama nampak ceria hari ini, mesti ada yang best dekat sekolah.”
Bekalkan snek
Rasa lapar boleh menyebabkan seseorang hilang mood, begitu juga keadaannya dengan si kecil. Keadaan itu boleh menyebabkan anak tantrum. Anda boleh persiapkan sebarang snek dan juga minuman kegemaran mereka untuk menyambut kepulangan si manja dari sekolah.
Tetapi pastikan pemilihan makanan dan minuman itu adalah sihat dan kaya dengan nutrisi yang baik untuk tumbesaran si manja, seperti buah-buahan kegemaran anak dan jus segar.
Meluangkan masa bersama
Seharian menghadap buku, tugasan sekolah dan rakan-rakan, sudah pasti si anak juga mahu meluangkan masa bersama anda.
Paling tidak, pastikan semasa waktu makan anda dapat berkumpul bersama-sama. Sudah tentu ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dalam masa yang sama, anda boleh berbual bersama-sama si kecil.
Tetapi elakkan sebarang pertanyaan berkaitan perihal sekolah sekiranya anda melihat anak anda seperti tidak mempunyai mood. Ini kerana ia berisiko menyebabkan si anak kembali tantrum.
Berikan anak ruang
Jika anak anda masih buat perangai seperti marah-marah atau menjerit, perkara terakhir yang boleh anda lakukan adalah dengan memberikan mereka ruang untuk meluahkan apa yang dirasakan.
Tidak semua hari yang dilalui indah belaka, bukan? Itulah juga keadaannya dengan si anak, mereka mungkin menghadapi hari yang sukar di sekolah. Jadi apa yang mereka perlukan hanya ruang menzahirkan apa yang terbuku di hati mereka.
Mainkan peranan anda menenangkan mereka dengan mengeluarkan ungkapan seperti, “Mama percaya anak mama ini tabah walau sesukar mana cabarannya,” dan berikan kucupan mesra di dahi mereka.
Tanyakan kepada guru
Jika anda masih ingin bertanyakan perihal persekolahan anak anda, tanya sahaja kepada guru mereka. Mungkin secara tidak langsung, anda akan mengetahui punca anak anda buat perangai setiap kali balik sekolah.
Kesimpulannya
Berdepan dengan emosi anak selepas balik dari sekolah sememangnya sukar. Adakalanya tantrum atau perangai yang dilakukan mereka seakan-akan mencabar tahap kesabaran anda. Namun, anda tidak harus terikut dengan flow tantrum mereka itu.
Kunci utama dalam melayan kerenah anak yang mempunyai tantrum adalah dengan bersabar dan sentiasa bertenang. Jika anda hampir-hampir marah, tarik nafas sedalamnya dan senyum. Semoga anda mampu mengatasi tantrum si anak dengan sebaiknya dan pastikan anak mengetahui bahawa anda sentiasa menyayangi mereka.
Perasan tak, bila kita rigid dan impulsif dalam menghukum, nampak banyak kesan buruk pada anak. Mereka lebih mudah menipu dan menyorok bila buat silap. Lebih pendiam dan memendam. Bila bercakap, bunyinya kasar dan memberontak.
Tapi bila kita lebih bersikap ceria, friendly dan terbuka, mereka nampak lebih ‘Emotionally Secure’.
Perkongsian Influencer Parenting, Puan Wawa Shauqi ini boleh dijadikan panduan bersama. Sebab ramai dalam kalangan kita tak perasan, punca sebenar di sebalik perubahan sikap anak. Alih-alih ibu bapa salahkan anak sedangkan kita pun tersilap.
5 Tanda-tanda Anak Rasa Emotionally Secure dengan kita :
1) Depan orang lain kemain behave. Depan kita, ‘buat perangai’.
2) Anak suka bercerita apa yang dilaluinya pada kita.
3)Anak selesa diskas apa yang dia fikir dan rasa dengan kita.
4) Boleh datang minta maaf dan mengaku silap..Tanpa perlu sorok-sorok atau menipu.
5) Tak kekok tunjukkan pelbagai emosi pada kita. Walaupun emosi tersebut emosi negatif seperti sedih, kecewa, marah dan sebagainya.
Anak akan rasa ‘Emotionally Secure’ bila kita :
1) Validate emosi dia hila dia mengamuk/ menangis.
2) Kita tak mengkritik atau melabel hila anak mengadu sesuatu.
3) Kita tidak merendahkan, sebaliknya bagi semangat, nasihat dan guide bila mereka nak mencuba.
4) Kita letakkan boundary dan peraturan yang sesuai dengan fitrah keupayaan mereka.
5) Kita tak cepat menghukum. Sebaliknya meraikan kesalahan sebagai peluang untuk belajar betulkan kesilapan.
Rumah patut kena jadi tempat yang selamat untuk emosi anak-anak. Kalau tidak, mereka akan mencari kawan luar yang lebih menerima kelemahan mereka. Walaupun kawan tu adalah kawan yang ‘salah’.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kita mendidik anak, ada waktunya kita tak perasaan kita tersalah mendidik malah kita jugalah punca anak jadi makin pelbagai ragam dan sikapnya.
Memberi anak ganjaran atau reward terutama ketika anak tantrum dan menyamuk bukan satu langkah bijak. Penulis keibubapaan, Ahmad Fhais Salim berkongsi tip ini buat panduan semua. Jangan salah langkah.
Tanpa sedar, kita sebenarnya yang galakkan anak berkelakuan buruk! – tantrum – merengek – baling barang – hempas pintu – lawan cakap
Dan macam-macam lagi kelakuan buruk. Kena aware tentang ni.
Sebagai contoh : Anak tunjuk protes, mengamuk, tantrum dan dia baling barang gara-gara dia minta nak main telefon kita tak bagi. Puas slowtalk, semua tak berhasil. Selagi tak dapat telefon selagi tu dia protes.
Sudahnya, kita kerana malas nak panjang cerita dan kadang ada rasa tak sampai tengok anak menangis, kita pun bagi la telefon untuk buat dia diam.
Serius ini la silap paling besar kita. Tanpa sedar sebenarnya kita sedang, REWARD KELAKUAN BURUK !!
Tanpa sedar kita sebenarnya sedang bagitahu anak bahawa bila dia berkelakuan buruk macam tu dia boleh dapat apa sahaja yang dia nak.
Ini bakal jadi penyesalan seumur hidup kita, serius! Sekali dah di buat susah kita nak di putar balik masa. Kena berhenti reward kelakuan buruk dan patut banyakkan reward kelakuan baik dia.
Baru la dia rasa ada MAKNA jika dia buat kelakuan baik. Bila baik dapat reward, bila buruk tak dapat apa-apa. Kena tegas, biar la anak melalak meraung macam mana pun jangan bagi reward, jangan bagi telefon yang di mintanya.
Buat cara ni : Bagitahu anak. “Nak telefon kena ikut apa ibu suruh ni!”
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas mata tertusuk besi kusyen kereta ketika dalam perjalanan ke kelas agama di Baling, Kedah.