
“Doktor, cuba doktor bagitau kat saya, macam mana saya nak pujuk anak saya pergi klinik gigi. Dia fobia sangat masa kat sekolah kena tampal”
Memang bukan senang nak pujuk anak-anak kecil pergi klinik gigi kalau dia dah ada pengalaman ngeri masa kecil.
Kalau benda dah lepas memang tak patah balik, memang tak boleh nak padam bad memori anak-anak yang memang baru kenal dunia.
1+ Sebagai mak bapa kita kena tanya diri kita sendiri apa yang buat kita takut nak masuk klinik gigi. Sebab anak-anak adalah bayang-bayang mak bapa
2+ Mak abah kena set appointment untuk diri sendiri dulu. Buat appointment call depan anak, biar anak dengar mak abah dia nak cek gigi
_jangan sebut pun pasal nak cek gigi anak-anak, just bagitau, “mama nak pegi klinik gigi, nak cek gigi dah lama mama tak cek”
3+ Seminggu sebelum pegi klinik gigi ajak anak-anak tengok you tube atau video pasal gigi. Cari youtube yang mesra kanak-kanak
_just bagi anak-anak tengok & jangan sebut pun pasal nak bawa anak cek gigi sekali
_buat role model kat rumah, mak abah jadi patient anak-anak jadi doktor gigi
5+ Di klinik, bawa anak masuk klinik dan bilik rawatan. Bagitau doktor siap-siap nak buat check up sahaja untuk expose anak pada klinik gigi
_biar anak tengok mak ayah yang EXTRA EXCITED atas dental chair
_tanya soalan pada doktor gigi macam mana nak bersihkan gigi cara yang betul, biar anak dengar
6+ Tunggu reaksi anak selepas pemeriksaan gigi sama ada anak nak cek gigi atau refuse
_Katakan anak nampak takut dan banyak diam, better biarkan anak jangan paksa,next time
_Kalau anak nampak teruja dan nampak positif, boleh tanya perlahan-lahan sama ada anak nak buat check up macam ayah
_jangan sebut perkataan, “ala tak sakit,tadi ayah okey je”
_sebut perkataan positif, “adik nak check gigi? Gigi ayah dah cantik, adik nak gigi cantik juga?”
Selamat mencuba & memujuk anak-anak
Sumber: Dr Izaza Mohd Zan