Demam dan selesema sering dikaitkan dengan cuaca yang tidak menentu sepanjang tahun. Walaupun ia dikategorikan sebagai masalah kesihatan biasa, jika ia kerap berulang tentu membuatkan kita bimbang dan tidak selesa.
Bagi orang dewasa, jika badan tak sihat mungkin akan menjejaskan prestasi kerja. Namun, kita akan lebih risau sekiranya masalah kesihatan ini dialami kanak-kanak yang masih dalam proses membina kekuatan antibodi atau imunisasi bagi melawan pelbagai penyakit, sama ada disebabkan bakteria atau virus.
Tambah lagi, jika anak-anak kecil yang masih belum pandai nak beritahu keadaan dirinya yang tak selesa itu. Justeru, ibu bapa perlu peka dan jangan buat sambil lewa, lagi-lagi anak bawah 2 tahun.
Bagi membantu ibu bapa yang ada anak bawah 2 tahun dan mengalami demam, Dr Ahmad Samhan ada berkongsi beberapa tip bagi menurunkan suhu anak dengan cepat tanpa bergantung pada ubat semata-mata.
Ini kerana ada juga sesetengah anak kecil yang memang sukar untuk buka mulut dan makan ubat sehingga perlu dipaksa.
Tip turunkan suhu demam anak bawah 2 tahun:
1) Basahkan badan anak menggunakan suhu air paip dan jangan gunakan air sejuk atau ais
Ads
2) Kipas atau penghawa dingin dipasang bagi membantu menurunkan suhu badan.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika ada simptom demam dengan suhu tinggi, selesema dan batuk yang berpanjangan, ibu bapa diminta berwaspada dan terus membawa anak-anak ke klinik atau hospital sebagai langkah segera.
Ini berikutan jangkitan virus influenza kembali menyerang kanak-kanak dan orang dewasa. Boleh dikatakan ramai yang tengah mengalaminya buat masa sekarang. Justeru sebagai langkah berjaga-jaga, Dr Erna Nadia kongsikan nasihat buat ibu bapa agar mengambil berat hal ini.
Susah nak diam lah sebab risau. Masa saya locum, punyalah ramai kanak kanak termasuk bayi yang datang klinik akibat influenza like illness.
Bila masuk klinik pula, ibu bapa dijangkiti dari anak anak sendiri. Influenza ini cepat merebak dan ambil masa lama untuk betul betul sembuh.
Paling kasihan pada bayi dan anak kecil sebab tak pandai buang kahak dan tak tau nak habaq pun betapa tak selesanya mereka.
Sebab tu, kalau boleh tak usahlah dedahkan anak-anak, lagi-lagi yang masih kecil pada tempat berisiko tinggi.
Habis nak kurung anak anak? MashaAllah. Dunia ini luas Allah ciptakan. Anak kecil lebih elok dan bagus terdedah dengan matahari dan alam sekitar berbanding main-main di dalam dewan atau bangunan.
Punyalah banyak tempat boleh bawa mereka untuk nikmati hidup. Kita dulu pun main pondok-pondok, polis sentri, roundes, galah panjang, congkak guna bijik getah, lompat getah, lari hambat wau, kat luaq saja, tak heran pun kalau tak tengok wayang, kan?
Ka sebab saya ni orang kampung sangat?
Kalau anak tak sihat, tak perlu bawa keluar ke mana-mana. Jagalah mereka sebaiknya.
Paling penting, jika anak demam, bagilah ubat demam 6-8jam sekali, mandikan mereka dengan kerap, make sure pampers mereka ada air kencing dan tiada tanda amaran seperti
nafas laju, nafas berbunyi kuat, muntah atau cirit non stop, lemah tak bermaya, dahi dan dada berlekuk, menangis tak keluar air mata, tak mau makan dan minum.
Jika ada, tolonglah terus bawa anak tersebut ke hospital. Jangan tunggu jangan berlengah.
Baru sahaja terbaca seorang anak kecil sedang bertarung nyawa di ICU akibat daripada komplikasi long Covid.
Ya Covid pun masih ada ya. Jadi, sentiasa lah beringat. Bukan suruh kurung diri tapi beringat untuk elak dari terkena. Itu saja.
As usual, ini cuma nasihat. Bukan kecaman. Nasihat pasal banyak stok ubat di klinik, hospital dan farmasi sudah habis.
Ibu yang menyusukan bayi, tentu mahu memberikan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan diteruskan dengan makanan pelengkap sehingga dua tahun. Justeru, ramai yang teruja untuk mengepam susu/ memerah untuk menyediakan stok susu bagi bayi mereka.
Perkara ini amat baik tetapi adalah stok susu tersebut tidak dibazirkan? Bagi ibu yang berniat untuk menjadi ibu susuan, maka stok susu yang banyak memang tidak akan membazir kerana setiap titisan emas itu akan diminum oleh anak-anak susuan.
Namun, bagaimana bagi ibu-ibu yang hanya memerah untuk melihat stok yang banyak hingga berlebihan tetapi tidak digunakan kerana tiada keperluan dan suami pula tidak membenarkan mereka mengambil anak susuan. Ia sudah tentu dibazirkan.
Kalau anda berniat kumpul stok beku banyak-banyak sebab nak jadi ibu susuan saya sokong 100% tapi kalau anda cukup kumpul banyak-banyak niat untuk stok anak sahaja, saya langsung tak setuju sebab baby bawah 6 bulan sepatutnya dibekalkan yg fresh lebih byk dr yg frozen! Lagi pun tempoh hayat susu paling lama digalakkan hanya 6 bulan (dalam deep freezer)
Susu ibu antara sumber bekalan antibodi anak kerana bawah 6 bulan badan anak masih “tak pandai” untuk bina antibodi sendiri jadi mereka perlukan lebih banyak susu fresh dr pada susu ibu perahan yang dibekukan (frozen). Jika mampu bekalkan yang fresh itu lebih baik.
Susu ibu perahan yang dibekukan kualitinya memanglah jauh lebih baik daripada susu formula tetapi susu fresh/chilled jauh lebih berkhasiat dan berkualiti berbanding susu ibu yang frozen. Ini kerana peratus kandungan protien, nutrisi dan antibodi semakin berkurangan bila disimpan terlalu lama dan mengalami perubahan suhu dan bentuk fizikal.
Untuk berjaya dalam penyusuan selain merancang kehamilan seterusnya, paling penting adalah komitmen yang mampu ibu berikan setelah kembali bekerja. Ini kerana waktu siang anak langsung tak bersama ibu jadi ibu gantikan rangsangan pada badan menggunakan pam susu supaya badan terus dapat signal permintaan untuk hasilkan susu.
Berbanding waktu pantang anak sentiasa bersama kita, jadi permintaan kepada badan untuk menghasilkan susu boleh diwujudkan oleh anak sendiri. Jika mahu kumpul stok untuk kembali bekerja cukuplah perah 1 atau 2 sesi sahaja (sebelum subuh / sebelum tidur). Tak perlu pun berpuluh oz sehari.
Dapat kumpul sikit-sikit pun dah ok..sehari 2oz purata sebulan dh dpt 60oz 2 bulan cuti dah dapat 120oz. Ini sudah lebih dari cukup sebab puan-puan hanya guna stok tersebut sebagai back up sahaja..
Ramai ibu hari ini dalam keadaan keliru. Mereka tak faham kenapa perlu buat macam ni kenapa perlu buat macam tu..Ramai yang terikut-ikut orang hingga 1 tahap mereka sendiri tak tau kenapa mereka kumpul stok terlalu banyak sedangkan suami sendiri ada yang tak izinkan cari anak susuan dan akhirnya berlaku pembaziran.
Dalam menyusukan anak, kita sendiri perlu lakar perjalanan dan kisah kita. Jika kita sendiri memang sentiasa denagn anak (sebagai surirumah) atau bekerja tetapi tiada keperluan untuk meninggalkan anak maka tidak perlulah ikut orang yang kumpul stok terlalu banyak kecuali jika memang ada niat untuk menjadi ibu susuan..
Tapi jika anda ibu yang terpaksa tinggalkan anak dikampung dan hanya jumpa anak seminggu atau sebulan sekali tidak salah untuk mengumpul stok susu ibu perahan bagi keperluan anak sepanjang ketiadaan anda nanti. Atau kerja anda memang memerlukan sentiasa kerja luar dan outstation berhari-hari pada setiap minggu, maka bolehlah kumpul stok lebih untuk keperluan anak sepanjang ketiadaan anda.
Sedarlah ibu semua, perbaharuilah niat kita menyusukan anak kerana apa? Adakah kerana mahu jalankan perintah Allah swt atau kerana mahu tunjuk kita hebat kerana berjaya menyusukan anak. Hakikatnya kita bukan menyusu sebab nak lawan siapa hebat siapa tidak tapi kita menyusu kerana perintah Allah. Kerana mahu anak nikmati kasih sayang dan supaya mereka dekat dengan kita. Moga kita sama-sama istiqamah menunaikan amanah ini dgn sebaiknya. in sya Allah..
Sedarlah semua kejayaan dalam penyusuan bukan diukur dari berapa banyak susu yang kita mampu hasilkan tapi berapa lama kita mampu bertahan! Tak perlu banyak kuantitinya tapi yang penting ia cukup untuk keperluan anak! TERUSKAN PERJUANGAN
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Bayi yang baru lahir berisiko menghidap demam kuning atau dikenali sebagai jaundis. Biasanya 50 ke 60 peratus bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis pada minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas dilahirkan.
Jaundis juga biasanya berlaku kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan. Pada sesetengah bayi, ia berlaku hanya sekejap, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau dengan rawatan yang ringkas . Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.
Macam mana nak tahu bacaan ujian darah untuk bayi kena jaundis, Jururawat Aziah Husin ada berkongsi mengenainya.
Kali ini nak berkongsi tentang bacaan ujian darah untuk bayi yang baru lahir terkena penyakit kuning atau bahasa medikalnya JAUNDICE.
Selain kita ambil ujian darah yang biasa diambil di klinik kesihatan dan hospital adalah Total Serum Bilirubin (TSB)Selalunya bayi akan kuning pada hari 3,4,5 dan 6 dan ada juga melebihi 1-2 minggu kelahiran. Sekiranya sudah mendapat rawatan dan dapat bacaan misalnya pada hari ke 4-5 bacaan kuning adalah 12 masih lagi dlm range yang Normal.Tapi kena ingat segala keputusan bayi perlu rawatan bukan terletak ditangan jururawat sebaliknya adalah doktor.
Ada juga kes yang bayi kuning kurang dari 12-24 jam kes seperti ini ada ujian darah saringan seperti
– Comb Test – Bilirubin Direct and Indirect
Jika Comb Testnya positif bayi perlu diberi rawatan bantuan Air Drip dan juga Ubatan intravena yang dipanggil IVIG. Kes seperti ini perlu pemantauan yang penuh oleh jururawat. Jadi bersedialah ibu dengan bekalan susu ibu yang mencukupi.
Paling teruk bayi anda perlu rawatan penukaran darah. Untuk semua ibu dan ayah jangan bersedih andai bayi anda menunjukan simptom kuning segeralah ke hospital untuk rawatan yang selanjutnya.
Tip jika masuk ke hospital
– Jika menyusu jangan ambil masa yang lama kerana jika bayi dimasukan ke hospital kerana rawatan PHOTO THERAPY jadi sediakan juga susu perahan kerana kami perawatan kami bayi perlu tidur bawah lampu juga utk mengurangkan bacaan kuning serta bayaran bil hospital anda.
– Stand by Susu Perahan ya.
– Pastikan teknik pelekapan ketika bayi menyusu betul ya.. ingat 3/4 ingat mulut ikan dan ingat ada bunyi hisap dan telan.
Tip Nursing Care
*Bila anak kena kuning galakan bayi menyusu dengan sekerap yang mungkin. *Jika bayi kerap tidur bangunkan bayi dan aktifkan bayi utk mulakan penyusuan *Pastikan jam pengera dikunci setiap 2/3 jam utk memastikan bayi menyusu sekerapnya *Pastikan susu ibu mencukupi untuk bayi.
*Elakan dari memandikan bayi dengan ubat-ubat herba dipasaran . *Jika ibu menyusu elakan dari makan jamu,air kunyit dan halia kerana ianya boleh meningkatkan lagi bacaan kuning. *Warna kuning pada kain selimut,baju dan cadar katil boleh buat mata kita yg memandang kearah bayi boleh tertipu dengan warna.Jadi elakan memakai pakaian kuning terlebih dahulu.
Macamana nak tahu anak saya kuning tinggi atau tidak simpan gambar bacaan normal ini sebagai rujukan.
Kepada ibu bapa jangan sekali cemas jika anda lihat bayi sudah mula kuning apa yang patut anda lakukan. Segeralah bawa bayi untuk bacaan kuning dihospital atau klinik kesihatan berdekatan rumah.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...