Donut Ball 2 Bahan, Mudah Dibuat & Comel. Sesuai Sangat Jadikan Kudapan Untuk Anak-anak!

Share

Jarang kita lihat anak-anak akan menolak jika diberikan donut. Maklumlah donut ini bukan sahaja lembut dan gebu bila dimakan, malah kemanisan gula yang menyaluti donut juga mencuri perhatian anak-anak untuk menikmati hidangan tersebut.

Lantaran itu bagi memenuhi selera anak, kita sebagai ibu tentunya teruja untuk menyediakan menu kegemaran keluarga dari air tangan sendiri. Jadi apa kata, hari ini anda sediakan donut dengan menggunakan resipi yang cukup ringkas dan mudah ini.

Hanya menggunakan 2 bahan sahaja seperti mana perkongsian resipi daripada Reha Rahma, donut gebu bahkan comel dapat disediakan dengan mudah!

Donut Ball

Bahan-bahan:

130g atau 1 cup Yogurt perisa asli

¾ cawan tepung naik sendiri –Beli online di sini 

*Gandakan sukatan jika nak masak lebih.

Cara-caranya :-

1.Campurkan dua bahan tadi di dalam bekas.

2.Kacau sebati seperti di dalam gambar.

3.Kemudian masukkan adunan ke dalam piping bag. Kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.

  1. Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana. Boleh angkat bila dah nampak warna perang-perang. Api jangan kuat sangat ya, donut ni cepat sahaja masak.
  2. Angkat dan golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.

    Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

     

     

     

IKLAN