Walaupun mengalami cyst tetapi wanita masih berpeluang hamil semula asalkan mereka berdisiplin dan bersungguh-sungguh mengamalkan gaya hidup sihat.
Pakar sakit puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat yang berpengalaman luas dalam bidang perbidanan dan sakit puan kongsi amalan pemakanan yang wanita lepas menjalani pembedahan buang cys patut amalkan untuk meningkatkan peluang hamil.
DERMOID CYST PADA OVARY KIRI
Dermoid cyst berambut
Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut. Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.
Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovary. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas KehendakNya.
Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal. Lepas bedah perlu amalkan cara gaya hidup sihat.
MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH
1.Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunity untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.
Ads
2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca al-quran 4-5 muka setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi di rumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.
3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.
Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-kuih, ice krim , coklat dan lain-lain. Jauhkan minuman soft drink, jus dan kordial dalam botol atau kotak.
Ads
4. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar, iaitu buah-buah dan sayur-sayur. Makan lebih buah-buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai, dragon fruit dan lain-lain.
Saya galakkan makan ulam-ulam, sayur-sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
Lebih bagus buat jus sendiri
5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 carrot, 2 batang celery atau ¼ buah papaya dan ¼ nenas (khas seminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug, masuk peti ais semalaman.
Ads
6. Untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telur saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.
7. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buah atau segenggam campuran kacang-kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
8. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat
9. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sudu madu. Masak sup sayur kobis, carrot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh dan tauhu. Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit, bawang putih dan bawang merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.
10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.
Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.
Semoga wanita yang baru menjalani pembedahan membuang cyst, boleh hamil apabila mengamalkan gaya makanan disarankan oleh Dr Hamid Arshat tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
ADOOOIII, sakitnya cucuk ubat matangkan peparu bayi ni doktor. Kalau tak cucuk takpe ke? – ujar Betty sambil mengosok-gosok punggungnya”
Corticosteroid adalah sejenis ubat yang diberikan kepada ibu, jika seseorang ibu itu dijangka akan melahirkan bayi pramatang/ tak cukup bulan. Ubat ini diberikan secara suntikan pada otot, sama ada pada peha, lengan atau pada punggung. Ianya diberikan melalui 2 dos atau ada yang memberikan sebanyak 4 dos dalam tempoh 24 – 48 jam
75262216_10216090470798085_5177444188970549248_n.
Mengapa corticosteroid membantu mengurangkan risiko berkaitan dengan bayi pramatang?
Ubat ini sudah digunakan bertahun-tahun lamanya, diberikan kepada ibu yang dijangkakan akan melahirkan bayi pramatang, meningkatkan peluang bayi pramatang hidup selepas dilahirkan. Selain itu, ianya mengurangkan risiko bayi pramatang mendapat komplikasi serius seperti masalah pernafasan (disebabkan peparu bayi masih tidak matang), pendarahan di dalam otak, jangkitan kuman yang serius ataupun masalah pada salur pencernaan.
Adakah corticosteroid berbahaya kepada saya dan bayi?
Suntikan sebanyak 2 atau 4 kali dianggap selamat untuk ibu dan bayi. Lebih banyak kajian diperlukan untuk mangatakan suntikan lebih daripada itu adalah selamat.
Bilakah sepatutnya saya mendapat suntikan corticosteroid ?
Suntikan diberikan pada minggu kehamilan ke 24 dan 34 minggu 6 hari. Jika anda akan menjalani pembedahan elektif, suntikan corticosteroid amatlah digalakkan jika pembedahan itu akan berlangsung pada 35 hinggga 38 minggu 6 hari kehamilan.
Suntikan corticosteroid boleh diberikan sebelum 24 minggu kehamilan, tetapi bukti corticosteroid dapat membantu bayi seawal ini masih lagi tidak jelas, pakar perunding akan berbincang dengan anda terlebih dahulu.
Berapa lama suntikan corticosteroid ini menjadi efektif?
Suntikan corticosteroid ini membantu jika dos terakhir diberikan antara tempoh 24 jam sehingga 1 minggu sebelum bayi dilahirkan. Ada juga kebaikan sekiranya bayi dilahirkan dalam tempoh 24 jam dari dos yang pertama.
Siapakah yang sepatutnya menerima suntikan corticosteroid?
Anda akan dinasihatkan untuk menerima suntikan ini jika anda berpotensi untuk melahirkan bayi pramatang, sebelum 35 minggu kehamilan. Ini termasuklah :
-Anda sedang mengalami kontraksi pramatang
-Air mentuban sudah pecah, walaupun tiada kontraksi
-Bayi dikehendaki untuk lahir awal, misalnya bayi tidak membesar dalam rahim
-Anda mempunyai masalah dan bayi perlu dilahirkan awal untuk menyelamatkan ibu, misalnya pre-eclampsia
-Jika anda akan menjalani pembedahan caeserean elektif sebelum 39 minggu, anda akan disarankan untuk menerima suntikan corticosteroid.
Kelahiran pramatang ni tak boleh disekat-sekat walaupun doktor guna pelbagai ubat untuk hentikan proses bersalin. Apa yang boleh dibuat, bantu mempersiapkan bayi pramatang yg bakal lahir untuk matangkan peparunya agar kurang komplikasi berkaitan dengan kelahiran pramatang
Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ini ikhtiar kita
Jangkitan cacing merupakan suatu masalah kesihatan yang global. Ia membabitkan satu pertiga penduduk dunia. Sebenarnya, jangkitan cacing boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuklah anak kecil dan bayi.
Kata Dr Samhan, terdapat pelbagai jenis cacing lain yang boleh hidup dalam badan manusia seperti cacing gelang, cacing jarum dan cacing kerawit.
Antara tanda-tanda anak kecil diserang jangkitan cacing adalah mereka akan kerap sakit perut (sehingga ada yang cirit-birit dan tekstur najis tidak normal), tidak senang duduk (sering merengek) serta berlaku kegatalan pada bahagian dubur dan timbul bintik-bintik kemerahan (ruam) akibat kerap menggaru.
Berikut dikongsikan cara merawatnya:
Rawatan adalah berkesan dengan makan ubat cacing (Albendazole untuk satu hari sementara Mebendazole untuk tiga hari).
Ubat cacing boleh diberikan setiap enam bulan sekali dengan sukatan dos 200 miligram untuk bayi berusia bawah dua tahun, manakala 400 miligram untuk kanak-kanak berusia dua tahun ke atas.
Rawatan itu perlu diulangi mengikut keperluan (jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan selepas dua minggu rawatan diberi).
Sapukan jelly petroleum di kawasan yang gatal untuk menghilangkan kegatalan (di sekeliling kawasan dubur atau vagina).
Cadar dan pakaian yang digunakan perlu direbus dan dibasuh dengan air panas dan bahan pencuci untuk menghapuskan telur-telur cacing jarum.
Jadi, bagaimana pula cara untuk mencegahnya? Berikut Dr Samhan kongsikan cara mudahnya:
1. Basuh tangan anak dengan sempurna sebelum makan.
2. Elakkan anak daripada bermain di tanah yang tercemar.
3. Elakkan tabiat anak memasukkan benda asing ke dalam mulut
4. Buang lampin pakai buang ditempat yang sesuai.
Oleh itu, kongsikan ilmu ini kepada ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak kecil supaya berwaspada daripada terkena jangkitan cacing.
Bila tiba hari raya, berjumpa pula sanak saudara memang boleh buat mama lupa nak pam susu. Sedar-sedar dah bengkak susu. Bagi anak yang menyusu secara terus mungkin tiada masalah.
Tambah pula pelbagai makanan yang mama makan dan mood yang happy membuatkan penghasilan susu makin bertambah kan? Ini sedikit pesanan daripada kaunselor laktasi buat mama yang menyusu.
MAK MENYUSU BERSEDIA UNTUK PERKARA TAK TERJANGKA
Aura mak-mak nak balik beraya kali ni luar biasa. Pasti teruja nak jumpa sanak saudara dan menjamu juadah di hari raya pertama nanti.
Makan sedap, happy tak terkata. Eh tiba-tiba susu meriah luar biasa. Siapa pernah alami?
Tak salah kalau ibu-ibu buat sedikit persiapan terutama ibu-ibu bekerja yang bakal kembali bekerja nanti.
Tak salah kalau ibu-ibu buat sedikit persiapan terutama ibu-ibu bekerja yang bakal kembali bekerja nanti.
Antara peralatan penyusuan yang boleh dibawa balik ke kampung ialah:
1. Pam susu
2. Cooler bag / cooler box
3. Ice pack yang mencukupi
4. Storage bottle / storage bag
5. Nursing cover / baju menyusu
Jika ada keperluan, ibu boleh memerah. Maklumlah dah sehari suntuk beraya dan menjamu selera, susu penuh tak terkata.
Jika bayi tak nak menyusu, memerahlah. Jika pam tertinggal, mahirkan diri dengan teknik marmet.
Jangan jadikan alasan penat beraya sampai ibu tak keluarkan susu dengan baik. Jika bayi nak menyusu, alhamdulillah teruskan macam biasa.
Jika bayi menolak, pastikan ibu-ibu kena keluarkan susu pada waktu sepatutnya. Supaya hormon FIL (feedback inhibitor lactation) tak menyerang.
Nanti susu merudum pula habis raya. Sedih teramat nanti. Selamat pulang berhari raya dan berhati-hati ya semua.
Kredit: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56.