Dalam proses perkembangan anak, tidur sangat penting untuk kanak-kanak membesar pada tahap optimum. Selain tidur yang cukup, mood positif anak juga perlu berada dalam keadaan baik kerana ia turut mempengaruhi otak.
Oleh sebab itu, ibu bapa harus memastikan semua ini berjalan lancar. Sekiranya anak dalam kategori sukar tidur awal dan mood sekejap ok, sekejap tak, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
Cara ini sudah pun dipraktikkan oleh beliau untuk anak-anaknya dan ternyata nampak keberkesanan.
Semua rumah kena ada epsom salt tau. Saya suka betul rendam anak dalam air epsom salt. Tak kira masa. Anak pun syok betul berendam.
Sehari sekali. Ambil 1 cawan epsom salt, masuk dalam air suam. Buat waktu mandi petang. Anak mudah mengantuk malam nanti, tidur lebih nyenyak insyaAllah.
Ads
Macam garam kasar, tapi jangan makan pulak ye.
Bila anak demam, tak sihat, batuk atau selsema, saya akan kerapkan buat. Dua atau tiga kali sehari. Dari lemah tak larat, segar anak setiap kali lepas rendam. Kahak pun banyak keluar.
Dalam epsom salt ada magnesium. Magnesium bantu untuk relax kan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak.
Letak air suam dan epsom salt dalam baldi.
Magnesium antara suplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil. Lebih 325 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan magnesium. Kalau tak cukup magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu.
Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan magnesium dalam badan mereka.
Ads
Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya. Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak kan.
Magnesium penting untuk;
1. Tidur anak yang baik 2. Perbaiki mood anak 3. Lebih fokus 4. Kuatkan tulang dan gigi 5. Berikan energy secukupnya untuk anak 6. Sihatkan otot dan saraf 7. Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain 8. Tingkatkan imuniti badan anak
Kalau rumah ada tab mandi, boleh letakkan dalm tab mandi dan suruh anak berendam sekejap. Jika tak ada, letak dalam baldi pun boleh
Lepas anak main waktu petang, korang ajak rendam dalam bath tub. Kalau takde, guna baldi macam saya pun boleh.
Ads
Malam mesti anak tak meragam sangat, lajuuu je nak masuk tidur. Korang cuba k. Epsom salt ni 1.2 kg, harga tak sampai RM 20 pun. Boleh cari di farmasi berdekatan. Atau beli secara online.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak k.
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat
Anak perempuan kepada pasangan Youtuber Ryzal Ibrahim dan Maryam sentiasa mencuri perhatian warganet dengan telatahnya yang comel. Bukan itu saja, ramai yang suka bila melihat Rina ketika makan.
Tidak cerewet dan pandai makan sendiri membuatkan ramai yang sering menunggu update terbaru pasangan ini tentang si comel Rina. Maryam juga sering dipuji kerana sangat disiplin dan bersemangat menyediakan sendiri pelbagai jenis makanan berkhasiat buat anak perempuannya itu.
Bagi yang mengikuti Maryam di Instagram pasti tahu yang wanita cantik dari Korea ini selalu memuatnaik video mereka berdua bersama Rina. Terbaharu, Maryam berkongsi sebuah video ketika Rina sedang makan paha ayam.
Untuk pengetahuan, Samgaetang sebenarnya adalah sejenis masakan tradisional dari Korea yang merupakan sup ayam ginseng.
Antara komen warganet melihat kecomelan Rina makan peha ayam;
Wah, memang berselera betul tengok Rina makan! Melihat kesungguhan anak perempuan Ryzal dan Maryam ni, buat kita pula terliur. Masakan Maryam pun nampak sedap, memang patutlah anak seronok nak makan.
Sambutan raya kali ini begitu bermakna buat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding tahun sebelum ini.
Walaupun keluarga besar Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyambut hari raya tanpa ‘hero’ dalam keluarga mereka beberapa tahun lalu, semua itu dilalui dengan penuh sabar.
Semalam, pemimpin berusia 70 tahun itu telah memuat naik ucapan Syawal di laman Instagram miliknya khas buat rakyat Malaysia.
Memaafkan mereka yang telah melakukan kezaliman adalah sifat seorang insan yang kuat.
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat: 10)
Manusia adalah tidak sempurna dan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan maafkan saya dan sekeluarga sekiranya telah menyinggung sesiapa selama ini dari segi zahir dan batin.
Selain itu, melalui beberapa gambar yang dikongsikan oleh anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, terpancar kegembiraan di wajah masing-masing.
Walaupun disambut secara sederhana cukup membuatkan anak-anak dapat mencium tangan seorang ayah dan cucu juga seronok bergurau senda dengan tok papa.
Rata-rata netizen juga mengucapkan syukur dan gembira melihat keluarga ini bersatu kembali. Semoga kebahagiaan ini kekal selamanya.
Sumber: Instagram Anwar Ibrahim & Nurul Izzah, Nuha
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berilah peluang pada isteri untuk menenangkan diri. Inilah hakikat yang wajib suami ketahui. Isteri bukanlah robot, orang gaji yang boleh menghadapi semua perkara dalam satu masa. Tambah lagi dengan perangai anak yang macam-macam karenah.
Ingat ye jika anda rasakan isteri yang lemah lembut tiba-tiba boleh berubah perangai dengan memarahi anak, bermakna tahap kesabaran dan keletihan dah berada di kemuncak.
Waktu ni suami kena main peranan dengan melakukan tugas isteri dan sebaiknya beri peluang isteri berehat sekejap. Tak jatuh pun ego lelaki jika anda ambil alih melakukan tugasan isteri seketika.
Seperti yang dikongsikan oleh Intan Dzulkefli ini, dia juga turut menyatakan pengalamannya menghadapi situasi ini dan berterima kasih pada suami yang banyak membantu. Seorang wanita tak minta banyak pun tapi cukuplah faham isi hati mereka.
Ada satu hari tu, tak tahu kenapa tiba-tiba otak rasa tepu sungguh. Bila anak-anak menjerit bergaduh & kemudian masing-masing menangis membuatkan terasa begitu bingit mencucuk kepala & serabut sungguh.
Saya cuba untuk calm down dengan istighfar & kawal pernafasan, tapi akhirnya terasa semakin teruk.
INNER PEACE SEDANG KACAU BILAU.
Astaghfirullah. Ya Allah… rasa nak lari. Nak lari kejap dari keserabutan ni.
Akhirnya, terus mesej suami.
“Abang, boleh tak harini lepas maghrib, nak minta izin keluar sekejap. Time-off. Alone.”
Mulanya suami ralat juga sebab isterinya ini rabun & ada T-junction yang menjadi lokasi banyak kemalangan. Ditawarkan untuk belanja makan, bawa jalan-jalan untuk menceriakan hati isteri. Namun, hari itu, si isteri ini tak rasa tertawan dengan pelawaan itu.
“Okay, tak apalah. Pergilah. Tapi drive jangan ikut jalan yang tu. Ikut jalan lagi satu. Drive safe. Nanti abang jagakan anak-anak,” Akhirnya suami yang baik hati mengalah.
Alhamdulillah, pulang ke rumah, suami menunaikan janjinya. Suami take over everything. Disuruh isteri bersiap.
Dalam anak-anak leka dengan abinya, saya terus menyusup keluar bagaikan The Flash.
Start enjin kereta, drive slowly. Terasa senyap sahaja dunia. Terus buka radio.
Dapat dengar butir di radio tanpa celahan suara jeritan anak-anak yang bergaduh.
Dapat ikut sama menyanyi lagu nasyid di radio yang kebetulan pernah dulu dihafal liriknya.
Dapat sight-seeing tanpa hati berdebar risaukan keselamatan anak-anak semasa memandu.
MasyaAllah…… macam nak berair mata. Preciousnya detik itu. Bersyukurnya rasa. Rasa lega seperti melepaskan satu beban berat dari atas kepala.
Bukan kita tak dapat terima kenyataan yang kita sekarang bergelar ibu & isteri yang akan menyerahkan seluruh masa, tenaga & hidup untuk anak-anak & suami. Tetapi kadangkala, kita memang perlu sangat ‘escapism’ dari perkara rutin, jerit pekik, gaduh anak-anak yang sedang melasak.
Alhamdulillah selepas uruskan urusan pengeposan barang customer (yang selalu diselesaikan oleh suami), saya kembali ke rumah dengan perasaan yang lebih stabil.
Buka pintu rumah & dengar suara anak-anak meminta perhatian abi yang berada di dapur, subhanallah, rasa sungguh rindu & sayang. Emosi berubah terus 360 darjah berbanding sebelum keluar tadi.
Saya ke dapur dengan senyuman. Suami juga tersenyum bila melihat saya nampak ceria. Saya peluk suami yang sedang memasak sambil sebelah tangan mendukung Insyirah & ucapkan terima kasih.
“Dah okay dah? Happy tak?” Tanya suami dengan prihatin.
Alhamdulillah. 20 minit yang berharga.
Ibu-ibu yang duduk di rumah, kalau kita dah rasa tak tertanggung, berbincanglah, mintalah time-off sekejap dari suami. Percayalah…. insyaAllah kita akan rasa lebih baik.
Jagalah ‘inner peace’ kita.
Kalau kita dah start asyik nak marah anak. Dah tak boleh nak senyum. Mula rasa nak memukul anak bila anak menangis, minta dilayan… itu tandanya inner peace kita dah kacau bilau. Bahaya.. bahaya..
Anak-anak perlukan ibu yang stabil emosi & bahagia untuk mereka membina bahagia mereka juga.
Jangan rasa rendah diri jika minta time-off dari suami, jangan bandingkan diri kita dengan orang yang kadang kata mereka tak perlukan me-time, mereka memang taknak berpisah dengan anak-anak. Jangan… kita bukannya sedang bertanding siapa supermom & siapa tidak. After all, we are just a human. Kalau kita tak tahan, kita rehat. Jujurlah dengan diri sendiri, untuk jaga kestabilan & kebahagiaan ‘inner peace’ kita.
Para suami pula, beralahlah dengan isteri. Kasihanilah isterimu. Mereka tak minta banyak pun. Kadang cuma minta 5 minit untuk mereka mandi & menguruskan diri tanpa gangguan si kecil yang tak mahu berenggang sepanjang hari. Malam nanti apabila kalian sedap berdengkur pun isteri kalian tak nyenyak tidur bangun menyusukan anak-anak selang sejam, selama bertahun-tahun.
Jangan pula dikatakan isteri itu mengada-ngada. Jangan pula dikeji hina seolah isteri yang duduk di rumah itu tiada sumbangan apa-apa. Isteri itu cuma meminta pertolongan agar ‘taufan’ dalam dirinya dapat diredakan. Bantulah mereka wahai lelaki yang budiman!
Kadang ada suami approve time-off sampai berjam, tetapi si isteri ni sebenarnya kalau dapat 15-20 minit keluar ke stesen minyak atau kedai eco RM2.12 pun dah rasa gembira ya robbi. Wallahi!
Sesungguhnya di belakang isteri yang happily married, emotionally & mentally stabilized, ada seorang suami yang tak pernah lokek untuk berlebih kurang.