Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak. Yang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.
Menurut Dr Mazliana Mazlan, singgang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib beliau buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ni.
Saya kongsi 6 jenis makanan yang boleh kurangkan kahak dari anak-anak.
Ikan dan Omega 3
1. Ikan
– Kandungan omega 3 bantu kurangkan radang dalam badan anak.
Bawang besar, bawang merah, bawang holland, semua pun boleh.Bawang putih ramuan yang paling baik untuk cairkan kahak.
2. Bebawang
– Allium dalam bebawang sebagai antiradang untuk kurangkan penghasilan kahak.
Ads
Buah jangan tingga kat rumah kalau anak batuk.
3. Makanan tinggi fiber
– Buah dan sayur. Labu, sayur hijau, nenas, pear. Makanan tinggi fiber bantu cairkan kahak.
Capsicum pun boleh kurangkan kahak.
4. Calsicum
– Dalam capsicum, ada capsaicin. Unsur kimia yang bantu kurangkan kahak.
Air putih atau air mineral mesti minumWajib beli kalau anak tak sihat.
5. Air
– Wajib jadi kawan baik anak bila batuk. Air yang cukup, akan bantu pecah dan cairkan kahak anak. Air kelapa pun boleh.
Ads
Sup ayam paling mudah sediakan untuk anak.
6. Sup
– Makanan bersup dengan bahan ramuan tinggi nutrisi dan bahan ramuan yang boleh kurangkan kahak. Makanan utama yang perlu kita bagi bila anak tak sihat.
Makanan, bukan ubat. Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.
Kita cuba sama-sama ya. Banyakkan real food untuk anak, dan jauhkan sebaiknya makanan tinggi proses dari anak-anak.
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Soalan saya, bayi saya kerap sembelit. Dia asyik menangis dan meneran kalau nak membuang. Ada tak cara nak rawat sembelit. Kesian tengok dia sampai kepala kebawah nak teran.
-Hidekan nama saya-
Sembelit adalah keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas membuang najis. Frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut:
-Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
-Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
-Apa yang lebih penting adalah konsistensi najis daripada kekerapan pembuangan air besar. Masalah ini sering terjadi di kalangan kanak-kanak yang sedang belajar mengawal pembuangan najis dan selepas keadaan yang menyakitkan atau menakutkan sewaktu pembuangan najis.
Sembelit boleh menyebabkan:
-Sakit perut yang datang dan pergi (“abdominal cramps”).
-Rasa tidak selesa.
-Luka di dubur (“anal fissure”) yang boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan sewaktu membuang najis.
-Sering terjadi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah ini cuba menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Contohnya, mereka mungkin mencangkung (“squatting”), duduk sambil menyilangkan kaki atau enggan untuk duduk di mangkuk tandas.
-Kadang-kala ketulan najis yang keras boleh dirasa di abdomen (perut).
Masalah sembelit berpanjangan boleh menyebabkan:
-Enkoparesis atau keadaan di mana najis keluar tanpa sedar. Selalunya dilaporkan oleh ibu bapa sebagai tompokan najis cair di seluar dalam anak mereka.
Sebab terjadinya sembelit:
-Semula jadi iaitu sesetengah kanak-kanak mengalami keadaan di mana usus besar mereka kurang aktif daripada biasa (slow colonic transit).
-Boleh terjadi apabila kanak-kanak tidak mengendahkan rasa (urge) untuk membuang air besar kerana terlalu sibuk bermain atau mungkin enggan menggunakan tandas yang tidak biasa mereka gunakan contohnya sewaktu di sekolah.
-Akibat menahan pembuangan najis untuk mengelakkan rasa sakit. Ini akan memburukkan lagi masalah sembelit yang dialami.
-Ianya boleh diburukkan lagi dengan tabiat pemakanan yang kurang serat, kurang air atau terlampau banyak produk tenusu.
-Jarang berlaku di mana sembelit disebabkan oleh penyakit seperti ketiadaan saraf di usus besar (Hirschprung’s disease), masalah saraf tunjang (spinal cord defect), masalah kurang hormon tiroid (hypothyroidism) dan masalah metabolik seperti tinggi tahap kalsium di dalam darah (hypercalcaemia).
Rawatan:
Latihan pembuangan najis : Selalunya dilakukan selepas waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Biasanya, seseorang akan mengalami rasa untuk membuang najis selepas makan kerana “gastrocolic reflex”. Kanak-kanak digalakkan duduk di mangkuk tandas yang bersesuaian saiznya dengan saiz kanak-kanak tersebut (penggunaan potty amat digalakkan jika perlu). Mereka perlu duduk di mangkuk tandas selama 2-3 minit walaupun telah membuang najis sebelum itu. Penggunaan “sticker” yang dilekatkan di diari atau carta yang direka dengan kreatif untuk memberikan motivasi boleh membantu.
Penggunaan mangkuk tandas yang bersesuaian atau “potty” boleh mengelakkan rasa takut untuk jatuh apabila menggunakan tandas biasa. Ubat julap turut membantu mengelakkan rasa sakit apabila membuang najis yang keras.
Pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah digalakkan. Mengehadkan pengambilan susu lembu kepada 500ml sehari (untuk kanak-kanak lebih daripada 18 bulan) mungkin boleh membantu terutamanya pada kanak-kanak yang banyak mengambil produk tenusu.
Untuk bayi yang mengalami sembelit, sila hubungi doktor anda kerana ada di antara mereka mungkin mengalami masalah alahan kepada susu lembu dan perlu intervensi khas. Untuk bayi berumur 6 bulan ke atas, ibu bapa boleh mencuba menambah sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet mereka.
Penggunaan ubat-ubatan (laxatives) di bolehkan atas nasihat doktor anda.
Konsistensi najis adalah lebih penting daripada frekuensi pembuangan najis. Masalah ini boleh dikawal dengan pelbagai teknik atau strategi rawatan yang ringkas. Ubat ubatan mungkin diperlukan untuk kes-kes tertentu. Sembelit disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius jarang berlaku.
Sumber: MyHealth portal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce menyatakan rasa bimbang apabila anak tersayang yang baru berusia tujuh bulan demam panas sehingga mencecah suhu 39 darjah.
Keadaan lebih merisaukan apabila doktor memaklumkan baby Soraya dijangkiti virus Parainfluenza dan terpaksa di tahan di wad sejak 3 hari yang lalu.
Baby Soraya dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan menurut Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, doktor hanya memantau keadaan Soraya memandangkan tiada ubat untuk virus tersebut.
“Dia mula batuk dan selesema pada rabu. Masa bangun tidur tengah hari suhu badan dia naik sehingga 39. Saya dan suami terus bawa ke unit kecemasan.”
“Soraya terpaksa ditahan wad dan diambil darah. Doktor maklumkan Soraya dijangkiti Parainfluenza.. tapi bukan Influenza”
“Virus ini tak ada ubat untuk dia. Apa yang doktor boleh buat, pantau keadaan suhu badan, batuk dan selesema”
Tambah Ain, jika keadaan anaknya dalam keadaan baik mereka dibenarkan pulang hari ini.
“InsyaAllah kalau keadaan dia semakin baik, akan dibenarkan pulang. Harap semua boleh doakan Soraya cepat sembuh”
Ain mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz pada 13 Disember 209 dan dikurnikan cahaya mata perempuan, Soraya pada Mei 2021.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas tamat tempoh cuti bersalin yang diberikan majikan, ibu berkerjaya pasti berdepan dengan dilema untuk meneruskan kerja ataupun berhenti kerja. Mana tidaknya, rutin sepanjang tempoh dua hingga tiga bulan selepas bersalin pastinya banyak diisi dengan menyusukan bayi.
Jadi, jika sudah memulakan kerja di pejabat, bagaimana ibu baharu ingin meneruskan penyusuan susu ibu?
Antara cabaran yang dihadapi oleh ibu berkerjaya untuk meneruskan penyusuan susu badan adalah:
Bagi membantu para ibu berkerjaya meneruskan penyusuan susu ibu, ketahui persediaan penyusuan yang perlu dibuat oleh ibu sebelum mula bekerja.
– Selepas bayi lahir, atur jadual penyusuan yang bersesuaian dengan keadaan jika anda
sudah mula berkerja
– Sediakan barangan penyusuan secukupnya seperti pam susu, botol, pemanas susu
dan beg simpanan penyusuan.
– Dapatkan pam susu yang betul dan selesa dengan anda bagi memudahkan anda
mengeluarkan susu dengan lancar. Antara pam susu yang terdapat di pasaran adalah
pam susu manual, pam susu elektrik dan dwi pam susu.
– Pelajari cara menggunakan pam susu seperti bagaimana untuk meletakkan pam susu
pada payudara dan teknik yang perlu dibuat bagi melancarkan pengeluaran susu
badan.
– Sediakan susu yang diperah beberapa minggu lebih awal sebelum anda memulakan
kerja. Pelajari cara menyimpan susu yang sudah diperah, kemudian tandakan masa
dan tarikh susu anda dipam. Ketahui bagaimana untuk mengenal pasti sama ada susu
tersebut masih elok ataupun tidak.
– Beberapa minggu sebelum memulakan kerja, sesekali berikan si manja susu ibu yang
diletakkan dalam botol dan lihat penerimaannya. Pilih botol yang sesuai dengan bayi
anda dan pelajari tips supaya bayi tidak keliru puting.
– Berbincang dengan majikan anda tentang perancangan anda untuk meneruskan
penyusuan susu badan. Nyatakan kekerapan yang anda perlukan dalam sehari (di/
tempat kerja) untuk mengepam susu.
– Sediakan senarai semak barangan penyusuan yang perlu dibawa ke tempat kerja
supaya tiada barang yang tertinggal. Jangan lupa untuk meninggalkan barangan
penyusuan seperti botol penyusuan, susu yang sudah diperah dan pemanas botol
kepada pengasuh bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.