Bayi ialah nasal breather. Maksudnya bayi cuma tahu bernafas melalui hidung sahaja. Bila bayi semakin besar, barulah dia belajar untuk bernafas melalui mulut juga.
Sebab tu, bila bayi kecil kena jangkitan selsema dan batuk, mereka merengek teruk.
Bayangkan satu-satunya laluan pernafasan mereka dah tersumbat. Jadi, mereka merengek dan menangis sebab tak dapat bernafas dengan baik.
Untuk bayi pramatang, hidung yang tersumbat tu boleh buatkan mereka jadi biru dan berhenti bernafas.
3 cara ni dapat legakan bayi yang hidungnya tersumbat:
1) Guna Normal Saline Nasal Drop.
Ads
Boleh beri 1 titis nasal drop setiap 3-6 jam pada setiap satu lubang hidung bayi.
2) Guna nasal spray seperti Sterimar.
Selepas spray diberi, hingus akan meleleh keluar. Lap hingus yang dah keluar dan baki yang masih ada boleh disedut keluar menggunakan baby nasal aspirator.
Ads
3) Pakai baby nasal aspirator.
Nasal aspirator ada dalam pelbagai bentuk. Saya cadangkan beli dan simpan 1 di rumah.
Bila hidung dah tak tersumbat, barulah bayi rasa lega. Tidur pun nyenyak.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Sakit bersalin tidak dapat digambarkan. Kontraksi dan kesakitan berjam-jam lamanya. Instafamous Hafiz Mahamad berkongsi detik bersalin isteri, Syafiqah Aina.
6 jam bertarung kesakitan, sebagai suami Hafiz menyaksikan semua yang terjadi semasa proses kelahiran puteri sulung mereka, Raisya Arisa.
Kata Hafiz menerusi Instagram, kulitnya terdapat banyak kesan calar akibat digigit isteri. Dia bagaimana pun berpuas hati kerana berpeluang menemani Syafiqah dari awal hingga selesai proses kelahiran.
Lebih menyentuh hati, lelaki ini turut berkongsi pengalaman yang dilaluinya semasa proses bersalin anak sulung ini menyebabkan dia akan terus setia. Hafiz mengakui saat menemani isteri, dia seolah-olah membayangkan kesakitan yang dilalui Syafiqah.
Syafiqah Aina juga turut mengemaskini Instagram dan memuatnaik foto bayinya. Dalam kapsyen dia turut menyatakan terima kasih buat Hafiz yang sentiasa ada disisi sepanjang proses kelahiran.
Bayi pramatang mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi berbanding bayi yang dilahirkan pada masanya. Malah hasil kajian yang dilakukan ini memerlukan anak pramatang perlu sentiasa dipantau tahap kesihatan.
Bagi para ibu yang melahirkan bayi pramatang, mereka bukan sahaja bergelut dengan kepenatan proses kelahiran, malah dengan tekanan emosi dan psikologi menghadapi bayi yang memerlukan bantuan khusus di hospital.
Dan timbul juga pertanyaan, bagaimana dengan jangka hayat mereka? Adakah bayi yang dilahirkan pramatang dijangkakan akan hidup dengan jangka hayat yang lebih pendek atau sama sahaja seperti kelahiran biasa?
Apa itu kelahiran pramatang?
Kehamilan ideal biasanya berlangsung sehingga 40 minggu. Kelahiran antara 37 dan 42 minggu masih dikategorikan kelahiran cukup bulan sementara kelahiran pramatang ialah kelahiran sebelum usia 37 minggu.
Seramai 15 million bayi dilahirkan pramatang setiap tahun, iaitu lebih kurang 1 daripada 10 bayi di seluruh dunia dengan 60% daripadanya di Afrika Selatan dan Asia Tenggara.
Bayi dianggap mampu hidup di luar rahim antara usia 22-24 minggu. Pun begitu, bayi yang dilahirkan seawal 24 minggu pada umumnya memerlukan banyak bantuan perubatan termasuklah pengudaraan mekanikal dan rawatan invasif yang lain disamping perlu menetap dalam unit rawatan intensif neonatal (NICU).
Di tangan pakar yang berpengalaman, bayi yang dilahirkan lebih awal mungkin mempunyai peluang untuk hidup. Bayi yang dilahirkan pada usia 23 minggu dapat bertahan dalam NICU yang canggih, tetapi kemungkinan hidup lebih rendah.
Kemungkinan hidup bertambah dengan usia kehamilan. Oleh itu, bayi pramatang yang dilahirkan lebih kurang 37 minggu akan lebih baik daripada yang dilahirkan sebelum 28 minggu.
Jangka hayat bayi pramatang
Dalam sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association, kajian mendapati mereka yang dilahirkan pramatang mempunyai risiko kematian 38% lebih tinggi berbanding mereka yang dilahirkan normal sewaktu usia awal dewasa.
Penyelidik di Universiti Stanford mengkaji 674,000 bayi Sweden yang lahir daripada tahun 1973 hingga 1979, dan mendapati bahawa 5% dilahirkan pramatang. Para penyelidik kemudian mengawasi kanak-kanak ini sehingga mereka berusia 29 hingga 36 tahun.
Peningkatan risiko kematian pada usia awal kanak-kanak telah pun diketahui daripada penyelidikan terdahulu. Iaitu dengan risiko kematian sebanyak 59% pada usia awal kanak-kanak (antara umur 1 dan 5), berbanding dengan bayi yang dilahirkan normal.
Mereka juga mungkin mempunyai masalah kecacatan jantung, masalah pernafasan dan endokrin.
Tetapi kajian Stanford ini merupakan yang pertama untuk mengesan risiko kematian pada peringkat awal dewasa. Kerana tiada peningkatan risiko yang ketara antara umur 18 hingga 36 tahun, jangka hayat mereka dijangkakan tidak terkesan setelah dewasa.
Risiko kematian dipercayai berkurang dari masa ke masa. Namun begitu, hasil kajian terbaru ini menunjukkan bahawa peningkatan risiko kematian muncul semula pada usia awal dewasa.
Risiko kematian awal dewasa 1: 1000
Walaupun penemuan ini mungkin merisaukan, kebanyakan bayi pramatang menjalani hidup sihat. Walaupun terdapat peningkatan relatif terhadap risiko kematian awal, penemuan menunjukkan bahawa risiko mutlak kematian pada masa awal dewasa masih rendah: kurang daripada satu dalam 1000 orang.
Apa yang lebih penting adalah untuk mereka yang dilahirkan pramatang atau ibu bapa mereka menyedari faktor risiko ini dan melakukan langkah praktikal.
Penemuan ini menunjukkan bahawa mereka yang dilahirkan pramatang perlu terus diawasi pakar kesihatan sehingga usia dewasa.
Mereka juga harus mengekalkan gaya hidup sihat, makan dengan baik, bersenam secara teratur dan mengelakkan obesiti dan merokok.
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi. .
Bayi pramatang lahir jauh lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin sedangkan banyak lagi organ-organ masih belum matang sepenuhnya. Dengan kemajuan teknologi perubatan mereka bertahan dan boleh membesar seperti anak-anak normal yang lain. .
Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai soerang ibu. Peranan seorang ibu juga besar, perlu uruskan banyak perkara demi memudahkan urusan suami serta anak-anak. ada masanya kita akan ‘tewas’ dan mula merasa tertekan kerana kepenatan.
Besarnya pengorbanan seorang ibu, sejak mengandung dan melahirkan serta mendidik anak-anak, banyak keinginan yang diketepikan. Namun semua itu tidak mengharapkan balasan kerana sudah naluri seorang iu hanya mahu melihat yang terbaik buat anak-anaknya.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan melalui akaun Instagram Nourul Depp, dia berkongsi tentang perasaa seorang ibu. Melalui video tersebut dapat dilihat dirinya yang sedang menangis di dalam kereta.
“Menjadi seorang ibu itu lebih banyak menangis dari ketawa. Ibu adalah penjaga dan pelindung anaknya. Dia akan terus bangun berjuang, walaupun sukar. Demi anak-anaknya..”
Nourul kini dilihat lebih banyak fokus terhadap rumah tangganya selepas berkahwin dengan Eric Daniel. Mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Eric iaitu Zachary, Raphael dan Isabella.
Di kapsyen, Nourul bercerita tentang kehidupan sebagai ibu yang sentiasa menangis dalam apa jua hal. Baik ketika mengandung dan melahirkan, kita akan menangis. Sebaik anak dapat berjalan juga menangis, anak mula bercakap juga sama.
Bila anak masuk sekolah dan dapat keputusan yang baik juga menangis. Ketika anak habis sekolah dan menamatkan pengajian juga seorang ibu akan menangis. Boleh dikatakan dalam apa jua situasi anak, ibu akan sentiasa ada dan menangis untuk mereka.
Banyak komen positif yang menyokong serta berkongsi rasa yang sama seperti Nourul;
Tambah Nourul lagi, semua wanita sama dan akan melalui pengalaman ini apabila sudah bergelar seorang ibu. Jika diikutkan, perkongsian Nourul ini ada benarnya. Sebagai seorang ibu, kita sentiasa beremosi dalam apa jua hal yang berkaitan dengan anak-anak.
Semoga kita semua akan terus menjadi ibu yang kuat untuk anak-anak. We can do it mommies!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!