Dr Say selar suami anggap isteri bersalin czer sudah rosak, “Tak kisah bersalin cara apa pun, patut diraikan.” Tular beberapa tangkap layar perbualan di WhatsApp dimuat naik memaparkan seoarang suami memarahi isterinya dengan menyifatkan ‘sudah rosak’ kerana tidak bersalin secara normal.

Dr Say Selar Suami Anggap Isteri Bersalin Czer Sudah Rosak, “Tak Kisah Bersalin Cara Apa Pun Patut Diraikan”

Menerusi TikTok, pemilik akaun yang dikenali sebagai @flowertersakiti berkongsi kisah sedih apabila suami memarahinya kerana bersalin kaedah pembedahan atau caesarean (czer).

Keluar dari bilik pembedahan, dalam keadaan bius lagi, tanya ‘nurse’ nak telefon dulu. Buka je ‘chat’ kena maki sebab ’emergency czer’?

Hari sama juga saya pujuk dia elok-elok, semua hanya untuk dilayan macam tu. Saya juga masuk bilik pembedahan sendiri tanpa kehadiran dia.

Semua ini dah berlalu namun masih sakit.

Si suami juga difahamkan tidak menemani isterinya di dalam wad bersalin juga meminta wanita itu untuk tidak menghubunginya lagi.

Tak nak I dapat isteri rosak, baik I kahwin dengan orang lain ja.

Umur macam ini nak lahir guna kaedah pembedahan apanya, tak naklah hidup lagi dengan you.

@flowertersakiti

Kisah wanita ini bukan sahaja mendatangkan kemarahan warga maya tetapi termasuk juga Dr Say. Berikut hantaran yang dikongsikan oleh Dr Say menerusi akaun TikToknya.

Badan Rosak Sebab Bersalin Ikut Tingkap

Saya ingat kisah bersalin ikut tingkap ini sudah setel tiba-tiba ada juga polan-polan yang memandang hina bersalin caesar ini eh? Siap ugut nak kawin lain sebab katanya isterinya “dah rosak”.

Kalau korang dapat laki macam ni apa korang buat eh? Ke masih ramai laki luar sana anggap bersalin ikut tingkap ni tak mulia? Share sikit pengalaman korang peeps. Masih kurang education ke pasal topik bersalin ikut pembedahan ini?

Pembedahan caesarean bukanlah penyebab kepada badan menjadi rosak, tetapi ia adalah satu prosedur perubatan yang penting dan menyelamatkan nyawa dalam situasi tertentu. Mitos bahawa badan akan rosak akibat pembedahan caesarean adalah tidak berasas dan boleh menimbulkan ketakutan yang tidak perlu dalam kalangan wanita.

Dengan pemahaman yang betul, penjagaan selepas bersalin yang baik, dan sokongan daripada pakar perubatan, kebanyakan wanita boleh pulih dengan baik dan kembali kepada kehidupan normal mereka selepas pembedahan caesarean. Ibu bapa perlu membuat keputusan berdasarkan nasihat perubatan yang tepat dan bukan berdasarkan mitos atau tanggapan yang salah.

Sumber: Instagram Dr Say TikTok @flowertersakiti

Baca artikel lain juga: Puteri Aishah Throwback Pengalaman Bersalin, Terpaksa Bersalin Czer Sebab Apendiks Pecah!

Luka Czer Lagi Cepat Sembuh Lepas Bersalin, Pakar Kongsikan Panduannya!

Tip Berpantang Bersalin Czer, Mona Allen Minta Warga Maya Kongsi Pengalaman

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI