Situasi cemas saat kelahiran boleh terjadi bila-bila masa. Fetal distress misalnya adalah masalah bayi yang ‘stres’ (fetal distress) akibat oleh kekurangan darah atau oksigen.

Fetal distress lazimnya terjadi ia disebabkan oleh masalah fungsi plasenta atau uri. Turut menjadi penyumbang ialah usia kandungan sudah melewati tarikh jangkaan bersalin.

 

“Saya, Awak Boleh Tunggu, Baby Tak Boleh Tunggu.” Fetal Distress, Keputusan Ke Hospital Awal Selamatkan Baby Boy“Cinta pandang pertama. 
3 minit selepas dikeluarkan dari rahim ibu.

Muhammad Aydan Yaaqub Bin Muhammad Reduan nama diberi.

Muhammad (yang terpuji)
Aydan (pemuda yang bersemangat)
Yaaqub (pilihan nama dari 25 Rasul).”

Dalam perkongsian ibu ini, bayinya mengalami situasi fetal distress apabila bayi kurang bergerak.

“Saya boleh tunggu, awak boleh tunggu. Tapi baby tak boleh tunggu,”

Tatkala mendengar ayat doktor, ibu yang asalnya enggan untuk dibedah akhirnya akur demi keselamatan bayi yang dikandung. Si kecil Muhammad Aydan Yaaqub seberat 3.34kg  selamat dilahirkan pada 16 April 2019 pada ham 11.37 malam. Berikut kisahnya;

“Saya, Awak Boleh Tunggu, Baby Tak Boleh Tunggu.” Fetal Distress, Keputusan Ke Hospital Awal Selamatkan Baby Boy

PERLU KIRA GERAKAN BAYI

Masuk hospital sebab baby kurang gerak. Sebab tu pentingnya ibu kena jaga kiraan gerakan sebab kita tak nampak baby dalam perut.

38+ weeks + Gestational Diabetes Mellitus (Diet Control). Emergency ceaser fetal distres dan baby terbelit tali pusat. Alhamdulillah semuanya selamat dan dimudahkan. 44 hari sudah berlalu. 

“Saya boleh tunggu, awak boleh tunggu. Tapi baby tak boleh tunggu.”

Masih tergiang kata kata doktor.

Mulanya ke hospital kerana baby kurang gerakan. Tak aktif seperti selalu. Konon datang hospital untuk check jantung baby saja. Tak sangka kena admit dan terus bersalin walaupun tarikh due lagi seminggu.

4CM TERUS KE LABOUR ROOM

38+ weeks, baby sudah cukup matang. Benda dah boleh bawa keluar, buat apa nak simpan. Diberikan induce. Bukaan 4cm, terus di bawa ke labor room.

BUKAAN TIDAK BERTAMBAH, NADI BAYI MAKIN LEMAH

Seusai solat Isyak, bukaan masih sama. Contraction semakin kuat. Namun denyutan nadi baby di mesin CTG menunjukkan semakin lemah.

Nampaknya kena emergency cesarean menurut doktor. Fetal distress. Kalau tidak baby boleh lemas.

“Saya, Awak Boleh Tunggu, Baby Tak Boleh Tunggu.” Fetal Distress, Keputusan Ke Hospital Awal Selamatkan Baby Boy

“Nuchal cord & fetal distress.
(Tali pusat terbelit di leher & jantung baby semakin lemah.)

Ini lah hikmah nya disebalik kena admitted hospital awal, dari normal kepada emergency, dari labor room kena tolak masuk operation theatre.”

HASRAT BERSALIN NORMAL TIDAK KESAMPAIAN

Semangat berkobar kobar dah nak meneran. Pompom girl juga dah sedia kat sebelah. Hasrat untuk bersalin normal akhirnya tidak kesampaian. Namun itu tidak lah sedikit pun menurun kan darjat seorang ibu.

“SAYA BOLEH TUNGGU, AWAK BOLEH TUNGGU. TAPI BABY TAK BOLEH TUNGGU”

IKLAN

“Boleh tak kalau kita tunggu lagi doktor? Saya takut. Kalau normal je tak boleh?”

“Saya boleh tunggu, awak boleh tunggu. Tapi baby tak boleh tunggu. Awak boleh tengok sendiri graf jantung baby. Bukaan baru 4cm, nak tunggu sampai 10cm kita tak tahu berapa lama. Air ketuban pun dah dipecahkan.”

“Saya, Awak Boleh Tunggu, Baby Tak Boleh Tunggu.” Fetal Distress, Keputusan Ke Hospital Awal Selamatkan Baby Boy

BERKORBAN MENYELAMATKAN SATU NYAWA

Pilihan apa yang ada? Menangis teresak esak masa sign borang kebenaran untuk dibedah. Ya, takut. Sungguh takut. Dibelah 7 lapisan dari kulit hingga ke lapisan rahim. Kemudian dijahit kembali satu persatu. Tapi untuk berkorban menyelamatkan satu nyawa, ku serahkan pada ahli nya.

Terus dibawa ke dewan bedah, suntikan bius spinal diberikan oleh pakar bius. Kebas dari abdomen ke bawah. Semasa pembedahan, terasa perut digoyang goyang digodek godek, mulut tidak henti berzikir doa taubat Nabi Yunus. Ewan disebelah menjadi penguat semangat. Menanti keluarnya zuriat kami yang ditunggu.

“Saya, Awak Boleh Tunggu, Baby Tak Boleh Tunggu.” Fetal Distress, Keputusan Ke Hospital Awal Selamatkan Baby Boy

“Doc A**** doktor pakar bius yang angkat kan baby, letak atas badan. Bagi cium baby. Bonding time untuk kali pertama nya. Sempat jugak kemam pipi tu. Hehe.

“Harum. Takkan pernah lupa bau wangi segar baby masa ni.”

IKLAN

SEGALA KETAKUTAN HILANG 

Tuhan yang Maha Baik, hilang segala ketakutan kerisauan saat terdengar tangisan anak sejurus dibawa keluar dari rahim. Dibersihkan oleh midwife  dan diletakkan diatas dada. Wangi, harum sungguh bau mu nak.

Untuk kali pertama nya mata bertentang mata. Cinta pandang pertama. Kemudian baby diberi pada Ewan untuk diazan dan di taknik.

“Saya, Awak Boleh Tunggu, Baby Tak Boleh Tunggu.” Fetal Distress, Keputusan Ke Hospital Awal Selamatkan Baby Boy

“Muka fresh from the oven. Segar dari ladang.
Budak ni la yang tak duduk diam masa dalam perut.

Dalam botol kecil tu air zam zam. Kurma pun ada. Disediakan oleh pihak hospital untuk taknik selepas bayi diazankan.”

Pengalaman pertama melahirkan, jadi seorang ibu. Cukup mencabar rupanya. Nama pun beranak, mesti sakit. Hilang saja ubat bius, azab nya Tuhan saja tahu. Pedih, nyilu, nak bangun kena perlahan lahan, batuk bersin rasa nak terkeluar isi perut. Penderitaan di seminggu pertama.

“Saya, Awak Boleh Tunggu, Baby Tak Boleh Tunggu.” Fetal Distress, Keputusan Ke Hospital Awal Selamatkan Baby Boy

NAK BERKEBAYA MERAH DI HARI RAYA

Masuk minggu ke 2, kesan luka operate dah kering. Jalan pun dah laju. Boleh batuk bersin ketawa tepuk amai amai. Dibantu oleh Confinement Lady selama 21 hari. 23 hari pantang sendiri sepenuhnya. Berakhir sudah 44 hari berpantang. Alhamdulillah.

Lupakan kain batik. Lepas ni Mak nak berkebaya merah di hari raya. Terima kasih pada yang sudi baca sampai habis. Sekadar berkongsi pengalaman. Saya doakan kawan kawan yang belum menimang cahaya mata di rezeki kan juga selepas ini. Insya Allah. 

Kesakitan yang indah.

Sumber: Ainie Syeema

Artikel berkaitan: [Bahaya Sindrom Aspirasi Mekonium Semasa Proses Kelahiran!]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI