Angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan penghargaan buat isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos bersempena sambutan hari lahir isteri kesayangannya itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Dr Sheikh Muszaphar di laman Instagramnya, bapa penyayang ini menyambut hari bahagia tersebut di ibu kota bersama tujuh orang anaknya yang lain dengan melakukan beberapa aktiviti.
“Cara yang terbaik untuk menyambut ulang tahun kelahiran adalah raikannya bersama, kami ambil keputusan untuk meluangkan masa di ibu kota.
“Satu hari di hotel, sepanjang hari berada di kolam renang, menaiki LRT dan double decker bus, membeli belah, kek coklat kecil bersama aiskrim. Semua orang menikmatinya,” katanya.
Berkorban besarkan anak
Ads
Dr Sheikh Muszaphar turut menzahirkan ucapan penghargaan buat Dr Halina yang telah banyak berkorban dalam menguruskan tujuh orang anak mereka.
“Selamat ulang tahun kelahiran buat Dr Halina.
“Terima kasih kepada isteri tercinta, individu yang telah melahirkan tujuh orang anak yang hebat. Tak pernah penat, tak mengeluh dan beri komited sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak kita.
“Dan tak pernah sekali pun complained dan saya tak akan minta lebih daripada ini, syukur sangat..alhamdulilah,” ujarnya.
Ads
Sekadar info, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Pasangan itu kemudiannya dikurniakan tujuh anak iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff, Sophea Emilia dan Sheikh Muhammad.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang! 👏🏼💪🏼
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! 🩷🩷
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw 🎁🎈🎊🎉 bernilai sehingga RM3000!
Hal-hal kecuaian yang melibatkan kanak-kanak lebih mudah membuatkan kita panas hati. Bukan apa, bimbang akan keselamatan kanak-kanak itu sendiri.
Kisah dua anak kembar yang ditinggalkan di dalam kereta oleh penjaganya untuk beraya membuatkan wargamaya naik geram. Mana tidaknya, anak kecil itu yang ditinggalkan mula tercari-cari ibu ayahnya.
Lantas atas keprihatinan seorang wargamaya serta inisiatif sendiri, dua anak kecil itu ditemani bagi menghilangkan ketakutan mereka.
Tidak cukup menemani kerana bimbangkan keselamatan mereka berada di dalam kereta berkunci itu, kanak-kanak kembar itu juga turut dipujuk dengan air kotak bagi meredakan tangisan mereka. Ini yang dikongsikan oleh Nana Nandos.
Mak pak pergi beraya rumah terbuka, anak ditinggalkan dalam kereta sendiri.
Anak-anak ditinggalkan di dalam kereta berkunci untuk beraya ke rumah terbuka. Enjin kereta dimatikan hanya tingkap di buka sedikit.
Terdengar tangisan budak dari dalam kereta, anak kembar dalam keadaan takut dan menangis.
Sempat berikan air kotak untuk tenangkan mereka dan tunggu lebih kurang 30 minit untuk parents kembali.
Eh.. parents dengan atuk nenek sekali la pi beraya. Cucu dalam kereta ek. Dapat la angkat tangan sambil sengih-sengih kerang manja dari parents. Mak dia, buat bodoh je. Muka tak bersalah.
Kalau dulu macam tak percaya ini boleh berlaku, sekarang depan mata. Raya tu raya juga tapi anak-anak tu amanah kita.
Kira bagus aku tak report polis.
Hal ini sepatutnya tidak boleh berlaku. Biarpun punya alasan sendiri namun keselamatan anak-anak yang menjadi amanah kita sebagai ibu bapa harus diutamakan dalam segala hal.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Kredit: Nana Nandos
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayu hati melihat wajah polos yang baru mengenal dunia ini terbaring tanpa seurat benang, tanpa alas, hanya berselimutkan debu jalanan dan bahaya persekitaran.
Itulah yang berlaku dalam satu kejadian penuh pilu di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau, Kedah pada pagi Sabtu lalu. Seorang bayi lelaki baru lahir ditemui ditinggalkan berhampiran bahu jalan dalam keadaan sangat menyayat hati, tanpa sebarang pakaian dan perlindungan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan pada jam 9.55 pagi daripada orang awam yang menemui bayi tersebut.
Tangisan kecil yang menyelamatkan nyawa
Menurut la[oran Sinar Harian, seorang penduduk yang sedang menjemur pakaian terdengar tangisan kuat di belakang rumahnya. Tidak sedap hati, beliau mencari punca suara tersebut dan tergamam apabila terlihat seorang bayi lelaki di tepi jalan — kesejukan dan ketakutan.
Bayi lelaki ditinggalkan tepi jalan tanpa pakaian dan tidak berlapik di tepi jalan Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau.
Saksi itu menjerit meminta tolong, dan jeritan tersebut menarik perhatian jiran-jiran lain yang segera datang membantu. Bayi kemudiannya dialihkan ke tempat yang lebih selamat sebelum dibawa ke hospital.
Bayi selamat, namun ada kesan calar
Menurut pihak hospital, bayi lelaki itu kini berada dalam keadaan stabil selepas dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan calar kecil pada mata kanan dan bahagian kanan badannya — dipercayai akibat diletakkan terus di atas tanah tanpa alas.
Ibu bayi kini dirawat dan ditahan untuk siasatan
Dalam perkembangan terkini, pihak polis memaklumkan bahawa si ibu telah dikenal pasti dan sedang dirawat di hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk membuang bayi.
Pa&Ma, kami sentiasa mengajak masyarakat untuk membuka hati bukan menghukum, tetapi membantu. Ramai ibu muda yang panik, takut, dan keliru. Mereka tidak tahu kepada siapa perlu dituju, dan dalam keterdesakan itu, mereka memilih jalan yang salah.
Kami merayu jika anda sedang hamil tanpa sokongan, carilah pertolongan. Banyak pusat bantuan disediakan seperti hospital kerajaan, NGO, rumah perlindungan wanita dan anak-anak. Jangan sesekali buang bayi anda. Mereka tidak bersalah.
📌 INFO BANTUAN:
Jika anda kenal seseorang yang sedang hamil dan keliru, berikan maklumat ini kepada mereka:
Talian Kasih 15999
Hospital atau klinik kerajaan terdekat
NGO seperti OrphanCARE, Rumah Kita dan Protect and Save the Children
Satu nyawa sudah diselamatkan hari ini, mungkin esok giliran anda menyelamatkan satu lagi. Kongsikan kisah ini, semoga menjadi kesedaran buat semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Calon SPM maut dalam perjalanan ke sekolah, tak sempat duduki ujian bertutur. Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam perjalanan ke sekolah untuk menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu hari ini.
Calon SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah
Motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum melanggar tembok batu di Jalan Kilang Berapi, Merlimau, Melaka. Kejadian itu berlaku ketika remaja itu dalam perjalanan ke sekolah.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata dalam kemalangan kira-kira 7.30 pagi itu, Adib Irfan Mohd Nizam, 17, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha LC 135 yang ditunggang mangsa dari arah Umbai menghala ke SMK Dang Anum terbabas dan mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaan itu sebelum melanggar tembok batu di bahu jalan di Jalan Kilang Berapi.
“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah pada badan dan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.