Keibubapaan merangkumi semua aspek dalam hidup seorang kanak-kanak termasuk keperluan fizikal, emosi dan intelektual mereka. Mempunyai pengetahuan keibubapaan yang baik juga membantu mengurangkan kemungkinan masalah tingkah laku anak.
Mendidik anak-anak memerlukan ilmu apatahlagi dalam dunia yang serba mencabar sekarang ini. Menjadi ibu bapa yang baik memerlukan kesabaran, kefahaman dan kemahiran untuk memberikan keselamatan dan keamanan selain memenuhi keperluan asas mereka.
Seperti perkongsian saudara Azlan Noor, lelaki ini memberikan info mengenai cara didikan yang boleh dijadikan panduan. Mungkin lain orang, lain caranya. Tapi tak salah untuk kita ambil mana yang sesuai dengan cara kehidupan kita.
Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi ‘Stail Parenting’ Yang Diamalkan
Satu hari tu, terjumpa satu info menarik, ’15 Cara Didik Anak Stail Dr. Sheikh Muszaphar’. Maklumlah, hidup saya sekarang seputar keluarga. Disamping isteri dan anak-anak. Jadi saya suka baca apa-apa berkaitan keluarga dan parenting. Buku, artikel, ebook.
Selepas baca satu persatu tip itu, saya rasa saranannya kena dengan jiwa, ringkas dan praktikal untuk mak ayah zaman sekarang.
Rahsia Didik Anak Bijak Sejak Kecil
Saya kongsikan di sini:
1. Ucap “I love you” kepada anak, paling kurang 10 kali sehari. Bunyi macam senang. Tapi cuba check berapa kali kita dah cakap sayang kepada anak-anak hari ni?
2. Jangan biar masa anak terbazir. Isikan dengan aktiviti yang produktif. Bukan tengok tv dan gajet. Jangan biarkan anak-anak bebas isi sendiri masa mereka.
Ads
3. Guna sebaik baiknya ‘The golden age of the kids’. Golden Age kanak-kanak adalah dari lahir hingga umur 6 tahun. Dalam 6 pertama mereka ni, tanam minat pada anak sebanyak mungkin. Biar mereka explore apa sahaja.
4. Inspire and encourage your kids. Push their limit. Bila anak-anak nak buat sesuatu, kita bagi dorongon, beri sokongan. Apabila berjaya, kita puji. Jangan kondem atau perlekeh usaha anak-anak.
5. Stick with your rules. Kita boleh jadi penyayang, tapi perlu tegas bab peraturan dan akhlak. Kita lah polis dalam rumah. Bila waktu bangun, bila waktu belajar. Waktu tidur.
6. Expose anak-anak dengan pelbagai aktiviti. Boleh bantu anak bina pengalaman baru untuk bentuk peribadi dan emosi. Mak ayah boleh dedahkan anak-anak dengan benda baru.
7. Kanak-kanak sukakan rutin. Cipta rutin untuk mereka. Dari bangun tidur, sampai malam nak masuk tidur.
8. Children will never get tired. Tak berhenti bermain. Penuhi masa dgn pelbagai aktiviti. Guna tenaga unlimited mereka untuk tolong kita dalam rumah.
Ads
9. Comunicate, communicate, communicate. Paling penting Eye contact. The best is kena sama paras dgn mata anak bila bercakap. Sebab, bila kita bercakap macam tu, anak akan rasa point kita tu penting. Dan anak rasa diri mereka penting.
10. Never say NO. Sebab komunikasi macam tu adalah komunikasi satu hala. Banyakkan guna “Kenapa”. Dapat latih anak berfikir dan berkomunikasi dua hala.
11. Start young. Perkenalkan apa sahaja sejak dari awal. Contohnya, nak suruh anak-anak minat membaca, dedahkan dengan buku sedari kecil.
12. Home environment. Sediakan persekitaran rumah yang baik untuk anak-anak. Suasana yang selesa untuk belajar dan selamat untuk bermain.
13. Belajar bahasa. Ajar anak-anak bertutur bahasa baru.
14. Identify the signs of stress. Jika ada tanda-tanda tu, kena ubati cepat-cepat. Jangan biarkan berlarutan.
15. Education start at six(umur). But learning begin at birth. Ajarkan anak apa sahaja yang kita nak mereka mahir seawal umur sehari.
Ads
Itulah ’15 Cara Didik Anak Stail Dr. Sheikh Muszaphar’, Angkasawan Negara kita. Sebetulnya, ada pelbagai kaedah dan cara parenting untuk anak-anak zaman moden ni.
Banyak buku-buku hasil kajian oleh pakar kanak-kanak telah diterbitkan. Tinggal kita mak ayah nak pilih dan praktikkan. Ikut keselesaan dan kesesuaian dengan anak-anak masing-masing. Tak ada salah dan betul.
Yang salah dan jadi masalah adalah apabila kita taksub dengan satu cara, dan kritik cara orang lain, seolah-olah cara kita saja yang betul, orang lain salah.
Apabila dah taksub, mak ayah terlalu memaksa anak-anak. Sampaikan anak-anak stress. Setiap anak ada kecenderungan mereka. Ada minat tersendiri mereka. Jangan sampai anak-anak stress dan kita rosakkan masa depan mereka. Sudahkah kita lupa apa yang terjadi kepada anak genius Sufiah Yusuf akibat tekanan semasa kecil?
Satu lagi, ada mak ayah suka rendahkan anak orang lain. Bangga anak kita lebih pandai daripada anak orang. Anak sendiri umur 5 tahun dah pandai baca buku. Anak kita umur 6 tahun dah khatam Quran. Anak kita mampu buat apa pun, cukup kita sahaja yang meraikan, tak perlu heboh.
Setiap anak sudah ada potensi dan kemampuan tersendiri mereka. Ada yang cepat, ada yang perlukan lebih perhatian dan dorongan. Tugas mak ayah untuk cungkil dan asah bakat mereka.
Cara dan kaedah parenting semua ini hanyalah rujukan atau pemudahcara untuk mak ayah. Tak perlu taksub kepada satu-satu cara sahaja. Yang penting anak-anak suka, mak ayah gembira, tak serabut kepala.
Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi lelaki semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ayda dan Nabil menerusi Instagram mereka.
Malah menerusi entri itu juga, sekeping gambar sambil keduanya memegang bayi lelaki mereka turut dikongsikan oleh Ayda dan Nabil.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.
“12.12.2023.. (Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya berseloroh.
Menerusi entri itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakannya.
Ayda dan Nabil sebelum ini memuat naik sekeping gambar ketika berada di hospital dengan mengenakan baju sepadan sambil memohon doa semua agar kelahiran anak kedua mereka dipermudahkan.
“Dah check-in hospital! Doakan Ayda pagi nanti dipermudahkan, selamat melahirkan dan baby sihat insyaallah. Amin.
“Twinning with my soulmate konsepnya gittew. (Padahal Ayda dah takde baju yang dia muat and nak terus tidur,” tulisnya.
Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla kini berusia 2 tahun.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bukan Nasihat Biasa-Biasa Dalam dunia rumahtangga, nasihat klise macam “kena sabar,” atau “kena bertolak ansur,” memang dah biasa kita dengar. Tapi kali ni, dalam video TikTok Pa&Ma, pempengaruh dan personaliti media sosial, Nani Roslan, kongsikan satu nasihat yang lain macam sikit — simple, santai, tapi penuh makna.
Kadang-Kadang, Kena Reda Je Tip Nani senang je, tak perlu stres kalau pasangan buat hal yang kecil-kecil. Awalnya kedengaran macam kelakar, tapi bila fikir dalam-dalam, memang betul. Bukan semua benda dalam perkahwinan kita boleh kawal. Kadang-kadang, pilih untuk peace of mind lagi berharga daripada cari salah setiap masa.
“Walaupun kita dah ada anak-anak, kita tetap kena cari masa untuk buat satu aktiviti tu berdua. Kadang-kadang kita get carried away bila dah ada anak, sibuk bekerja dan ada kehidupan yang rutin. Kalau macam saya dan suami, kami mudah je. Dapat breakfast sama-sama pun dah okay. Masa tulah kita boleh bercakap dengan suami dengan tenang.”
Tak Semua Masalah Wajib Selesaikan Segera Dalam rumahtangga, bukan semua masalah perlukan solusi serta-merta. Ada benda, cukup sekadar biar masa dan kasih sayang yang ubatkan. Kunci dia, belajar letak ego tepi. Bukan siapa menang atau siapa betul, tapi siapa yang lebih utamakan ketenangan bersama.
“Pasangan suami isteri ni, macam mana pun dia tetap kena bergaduh juga. Tak boleh nak control emosi dan memang kena bergaduh. Ambil masa untuk diri sendiri, kemudian berbincanglah dengan pasangan seperti orang dewasa. Yang penting, kalau bergaduh tu, gaduh aje dulu tapi lepas tu sit down dan bercakap dengan pasangan.”
Rumahtangga Bukan Medan Berlawan Nani ingatkan juga, rumahtangga bukan tempat berlawan siapa lebih power. Kalau asyik nak menang dalam setiap hujah, lama-lama kalah dalam bahagia. Kadang-kadang, kalah sikit dalam cakap, tapi menang besar dalam kasih sayang — itu lebih bermakna.
Senang Cerita, Banyakkan Gelak, Kurangkan Berkira Kalau nak rumah tangga kekal sweet macam awal bercinta, kuncinya bukan duit berjuta atau hadiah mahal. Tapi kena banyak ketawa sama-sama, kurang berkira soal kecil-kecil, dan pandai buat hati pasangan rasa cukup. Simple je rahsianya, tapi kadang-kadang itulah yang paling susah nak buat.
Memang lain eh nasihat rumahtangga yang satu ni🤣 Tapi betul tu apa yang dikongsikan oleh pengacara & hos TV Nani Roslan. Perrtengkaran dalam rumahtangga itu normal, yang penting adalah komunikasi dan usaha untuk berbincang setelah reda. Cinta bukan hanya tentang keserasian, tetapi juga bagaimana kita menyelesaikan perbezaan bersama.
Anak-anak menyerap apa yang mereka lihat dan dengar. Dalam mendidik anak-anak ibu bapa menjadi contoh teladan kepada anak-anak. Maka sebab itulah ibu bapa perlu menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak
Anak-anak akan belajar menggunakan deria penglihatan dan pendengaran. Sekali pun kita tidak suruh ikut, apa sahaja yang mereka lihat dan dengar, mereka akan tiru dan buat.
Berikut perkongsian daripada Firdaus Mokhtar untuk ibu bapa dalam cabaran membesarkan anak-anak.
TUJUH perkara ini yang ibu bapa mesti selalu buat dan tunjuk depan anak-anak supaya mereka faham dan ingat sampai bila-bila.
1. Selalu buat kerja rumah sama-sama. Ya, kalian perlu selalu membantu pasangan sendiri. Macam yang aku biasa cakap sebelum ini, tak semua tugasan rumah kerja isteri. Suami yang suka membantu lebih baik.
Bantu kerja rumah saat isteri sedang sibuk uruskan kerja lain. Contohnya isteri sedang memasak, kita jaga anak. Isteri uruskan anak, kita menyapu atau mop lantai. Basuh kain dan sidai kain pun tak salah untuk suami, buatlah.
Anak-anak akan belajar kehidupan berkeluarga adalah tentang bantu-membantu.
2. Selalu ucap terima kasih pada pasangan kalian. Dan ucapan ini disebut jelas dan penuh rasa bersyukur. Sekali pun yang kita dapat cuma hal yang kecil, ucap sahaja terima kasih itu depan anak-anak.
Kita tunjukkan depan anak-anak yang kita sangat hargai pasangan. Nanti mereka juga akan hargai kita.
3. Buat kebaikan di hadapan mereka. Bukan niat menunjuk tapi untuk mendidik. Contohnya bersedekah, bantu orang tua atau buta melintas jalan, kutip sampah sekitar masjid atau surau, bersihkan tandas awam lepas guna dan sebagainya.
Beritahu juga sebab kenapa kita kena buat semua itu. Supaya anak-anak faham hidup kena selalu memberi.
4. Tunjukkan kasih sayang depan anak-anak. Peluk pasangan atau pegang tangan pasangan depan anak-anak, itu cara terbaik kita zahirkan kasih sayang. Itu tanda kita pasangan yang punya sifat penyayang yang tinggi.
5. Bila berhadapan dengan konflik, jauhkan daripada berlaku di hadapan anak-anak. Selalu bila kita diluar kawalan emosi, kita akan cenderung berkata yang tak baik, perkataan yang tak elok, marah-marah dan meninggi suara.
Jika ini kerap berlaku depan anak-anak, kalian sedang merosakkan minta dan emosi anak-anak itu sendiri. Jadi, elakkan ya.
6. Sembahyang dan mengaji depan anak-anak. Boleh juga buat selalu ambil wudhuk depan anak-anak. Supaya mereka belajar, itu adalah keutamaan dalam hidup. Yang tak boleh tinggal, wajib kita buat.
Balik kerja penat atau sibuk macam mana pun, sembahyang tetap kita tunaikan. Jadi selepas daripada itu, mudah kita nak tanya mereka pula;
“Kakak dah solat ke belum? Adik-adik dah mengaji?” Haa, begitu.
7. Amalkan sikap selalu meminta maaf jika bersalah. Iyalah, kau kan banyak buat salah, mintalah maaf. Kahkah.
Benar, anak-anak akan belajar untuk tidak malu mengaku salah dan terus meminta maaf. Sesama mereka adik-beradik, dengan ibu bapa mereka atau pun dengan kawan-kawan nanti.
Begitulah kawan-kawan. Dah jadi ibu bapa ini sekali gus kita akan jadi guru pertama buat anak-anak. Maka segala-galanya kena teratur dan dirancang.
Kalau sebut je nama Famili Durian Kimchi, memang ramai yang terus terbayang keluarga mix Korea-Malaysia yang penuh dengan aura positif, humble dan cukup unik.