Dr Sheikh Muszaphar Pastikan Hujung Minggu Masa Untuk Keluarga. Patutlah Anak Rapat Dan Manja

Share

Seronok tengok cara layanan Dr Sheikh Muszaphar terhadap anak-anaknya yang begitu mesra dan rapat walaupun sibuk.

Alasan tiada masa dengan anak bukan masalah buat Dr Sheikh Muszaphar kerana sebagai bapa dia akan curi juga masa untuk bonding dengan anak-anak. Tak dapat lama sekejap pun boleh asalkan ada aktiviti manfaat bersama.

Melalui apa yang dikongsikan Dr Sheikh Muszaphar dia akui hujung minggulah masa terbaik untuknya luangkan masa dengan anak-anak.

Hari biasa dah sibuk dengan kerja, anak-anak pun padat dengan aktiviti sekolah. Jadi bila ada masa lebih sikit hujung minggu gunalah sebaiknya.

Bonding time penting kerana waktu itulah anak nak bermanja, nak bercerita. Jadi layanan dari ibu bapa saat yang paling dinantikan.

Melalui perkongsian di Instagram, Dr Sheikh Muszaphar akui bila balik rumah antara saat paling gembira kerana anak-anak semua dah menanti.

Hinggakan si kembar bila ditinggalkan beberapa hari pun boleh demam. Ibaratnya demam rindu.

Cuma bagi anak yang dah bersekolah, hujung minggu mereka padat dengan aktiviti sejak pagi hinggalah petang.

Apabila semua dah selesai barulah masa untuk kami. Sebab itu Adam dan Noah tak sabar mahu keluar bila dia tahu semua ada.

Bagi Dr Sheikh Muszaphar, anak-anak ibarat nyawanya. Melihat mereka membesar adalah saat yang paling bermakna.

“Sebab itu saya tak kisah untuk luangkan masa dengan mereka. Sebabnya masa berkualiti dengan anak-anak kunci kebahagiaan dalam keluarga.

“Jadi sibuk sekalipun, selagi ada masa hujung minggu inilah yang terbaik kita sebagai ibu bapa boleh buat demi anak-anak,” kongsinya.

Sumber: ig Dr Sheikh Muszaphar

IKLAN