Datuk Dr Sheikh Muszaphar baru-baru ini berkongsi latihan pernafasan kepada bayi sebelum ajar mereka berenang. Ia adalah menahan nafas di dalam air. Latihan ini dilakukan sebelum melangkah ke peringkat seterusnya iaitu belajar berenang.

Sebelum ini beliau telah berjaya mengaplikasikan teknik yang sama kepada dua anak perempuannya iaitu Tasha dan Bella.

Perkongsiannya teknik ini dilakukan kepada bayinya, Adam.  Video tip tersebut adalah seperti berikut;

Mengajar Adam untuk menahan nafasnya.

Kami mula mengajar si kembar untuk menahan nafas sejak dari usia dua bulansebagai persediaan sebelum mereka mula belajar berenang di bawah air nanti.

Mustahak bagi mereka untuk mendengar arahan ‘1,2,3’ dan kemudian melalukan air di atas kepalanya supaya mereka tahu bilakah untuk menahan nafas mereka. Kami melakukan ini setiap kali mandi dengan harapan pada usia enam bulan mereka akan bersiap sedia sepenuhnya.

Pastikan mereka selesa dan berhenti jika mereka menangis …

Dan keselamatan perlu diutamakan. Mulakan dengan jirusan air yang perlahan dan dan pastikan bayi dalam keadaan tegak untuk mencegah mereka dari tertelan air.

IKLAN

Dan jangan lakukannya jika anda tidak yakin dengannya …

Sumber: Instagram Datuk Dr. Sheikh Muszaphar


5 KEBAIKAN BERENANG KEPADA BAYI

Berenang merupakan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan untuk semua termasuk bayi. Ia bukan sahaja ia mengajar kemahiran hidup yang penting, tetapi juga memberikan kesan positif kepada perkembangan bayi dan kanak-kanak.

  1. Keselamatan air

Lemas adalah punca ketiga terbesar kematian akibat kemalangan di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun di Britain. Kemahiran berenang boleh menyelamatkan nyawa anak dan mengelakkan kematian akibat lemas.

  1. Mengelakkan obesiti

Berenang adalah cara terbaik untuk si manja yang berolahraga dari usia muda dan mengekang obesiti di kalangan kanak-kanak. Berenang boleh membakar sehingga 300 kalori. Ia juga dipercayai menguatkan jantung dan paru-paru bayi. Bayi juga berpeluang untuk melatih lebih banyak otot yang akan membantunya mencapai peringkat seterusnya seperti merangkak dan berjalan.

  1. Rangsang perkembangan otak

Berenang berupaya membantu perkembangan otak bayi kerana berenang merangsang kelima-lima deria (rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan bunyi).

  1. Membangun kemahiran pembelajaran

Menerima arahan suara yang berulang dapat mengasah kemahiran mental anak anda dan meningkatkan tahap pemahaman mereka. Kajian yang dilakukan di Jerman mendapati bahawa bayi yang berenang mempunyai perkembangan motor yang lebih baik, kemahiran sosial dan lebih cerdas.

The Early Years Swimming Project yang dilakukan di Griffith University mendapati bahawa ketika mereka mulai bersekolah, kanak-kanak yang berenang pada tahun-tahun awalnya adalah mendahului berbanding kanak-kanak yang tidak berenang awal (seawal 6 hingga 15 bulan) dalam menyelesaikan masalah matematik, pengiraan, bahasa dan mengikuti arahan.

  1. Meningkatkan keyakinan

Memperkenalkan renang kepada anak pada usia yang muda akan mengelakkan mereka takut kepada air pada masa akan datang. Ia juga menjadikan si kecil jadi yakin pada diri sendiri!