Dua beradik ditemui lemas di dalam kolam ikan di sebuah tapak projek berhampiran kediaman mereka di Bandar Baru Air Putih, Balik Pulau, pada Rabu.
Mayat kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia lima dan empat tahun itu ditemui terapung oleh ibu mereka pada jam 1 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki warga Indonesia yang juga bapa mangsa memaklumkan kejadian tersebut pada jam 1.15 tengah hari.
Lelaki berkenaan memberitahu dua anaknya terjatuh ke dalam kolam ikan yang mempunyai kedalaman kira-kira tiga meter di tapak projek berhampiran rumah kongsi mereka.
“Ibu kanak-kanak itu memberitahu anaknya keluar bermain dan tidak pulang ke rumah menyebabkan dia keluar mencari mereka.
“Dia kemudian menemui selipar anaknya di tepi kolam sebelum melihat anak perempuannya terapung di dalam kolam tersebut.
Ads
“Dia kemudian memanggil suaminya untuk mencari anak lelakinya yang turut lemas dan menemuinya tidak lama kemudian,” katanya di sini pada Rabu.
Ads
Katanya, pasukan perubatan mengesahkan kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia dan mayat mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.
Cabaran mendidik dan membesarkan anak-anak memerlukan komitmen yang tinggi daripada kedua-dua ibu bapa. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang ini yang masing-masing nak pastikan kejayaan anak berada pada landasan betul dan ilmu diperoleh itu boleh menjadi panduan hidup anak.
Tambah pula dengan dunia hari ini dilanda pandemik Covid-19, kekangan anak-anak agak terbatas untuk meneroka sesuatu yang baru. Walaupun sesi persekolahan telah dibuka kerisauan itu tetap ada.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob di instagramnya, beliau dan isteri memilih untuk mengajar sendiri anak-anak mereka di rumah. Difahamkan, ketiga-tiga anak lelakinya sudah diberhentikan sekolah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Januari lalu.
Menurut Fazley, beliau dia mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia mengambil keputusan sedemikian. Mungkin ramai yang anggap satu kerugian anak tak ke sekolah, tetapi sebenarnya kami dah sediakan modul dan sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.
Isteri jadi guru dan pengetua anak-anak
Hari ni saya ditanya oleh ramai orang anak-anak saya tak pergi sekolah ke? Apa perancangan kami apa bila sekolah dibuka nanti? Begini sebenarnya, mereka bertiga telah pun kami #homeschool kan semenjak PKP yang terbaru. Mengapa? Banyak sebab yang terlalu panjang untuk saya ceritakan disini. Apapun, dengan pilihan yang saya dan @azrene_ahmad buat ini, syukur alhamdulilah ianya telah banyak membantu @fariedzfazley@fieradzfazley @fierudzfazley di dalam pembelajaran dan keputusan assignment dan kuiz mereka.
Kongsi Fazley, sejak belajar dari rumah, dia dapat melihat penambahbaikan dari segi pencapaian anak-anak termasuk keputusan assignment dan kuiz mereka. Tambahnya lagi, mereka telah memilih dan mendaftarkan anak dengan homeschool provider dari United Kingdom. Isterinya, Azrene Ahmad turut menjadi guru dan pengetua kepada anak-anak.
Belajar di rumah tetap kena disiplin & ikut jadual
Fazley juga turt berbangga dengan isterinya yang kini menjadi “Pengetua” serta guru untuk anak-anak. Kami memilih untuk daftarkan mereka dengan homeschool provider dari United Kingdom, dimana silibus telah siap diaturkan, dan kami menyusun jadual pembelajaran mengikut peruntukan ‘hours’ untuk setiap subjek yang mereka ambil.
Ini termasuk kelas mengaji Alquran, kelas Fardhu Ain, serta kelas Bahasa Melayu yang saya aturkan juga. Hari ahad pula, saya mengajar baking & memasak, dan isteri saya akan membawa mereka #Hiking apabila waktu mengizinkan sebagai riadah luar. Menjawab ke persoalan korang kenapa tiada update tentang sekolah anak-anak saya?
Ujar Fazley lagi, walaupun konsepnya belajar di rumah, jadual pembelajaran anak-anak tetap padat. Mereka mesti ikut jadual dan berdisiplin kerana setiap waktu dah ada jumlah jam yang mereka kena belajar.
Hari minggu iaitu Ahad, mereka mesti mengikuti kelas mengaji Al-Quran, fardhu ain dan kelas memasak.
Perkongsian Dato’ Fazley yang mengambil inisiatif homeschool anak-anak mendapat maklum balas positif. Apa yang penting homeschool ini perlu disiplin agar anak tetap mendapat ilmu dan setiap ibu bapa tahu hala tuju nak pastikan anak berjaya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu kepada bayi lelaki yang meninggal dunia setelah dipercayai memakan buah epal yang sudah dilenyek reda dengan pemergian anak bongsunya, Muhammad Fawwaz Muhammad Fadlan yang berusia sembilan bulan.
Munirah Abd. Rahman, 38, berkata, dia dan suami, Muhammad Fadlan Saidin, 38, menerima takdir tersebut walaupun mengakui masih terkejut dengan kejadian yang menimpa bayinya itu.
Menurut Guru Sekolah Menengah Agama Diniah Islamiah di Kupang itu, keenam-enam anaknya termasuk mangsa dihantar ke taman asuhan kanak-kanak (taska) yang sama sebelum ini.
“Saya berada di sekolah ketika kejadian dan pihak taska ada menghubungi, namun tidak sempat menjawab kerana sedang mengajar sehinggalah kawan sekerja memberitahu kejadian itu setelah pihak taska menghubunginya pula.
“Saya difahamkan anak diberikan buah epal yang telah dipotong dan dilumatkan, malah makanan sama disuap kepada anak pengasuh yang seusia anak saya.
“Anak saya belum ada gigi, mungkin ketika mengunyah dia tertelan terus dan pengasuh yang menyangka anak tercekik cuba mengorek kerongkongnya dengan jari, tetapi tiada apa-apa,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi ini, Muhammad Fawwaz yang menangis selepas makan buah tersebut kemudian tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Baling, dekat sini.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shariffuddin Yusuf berkata, pemeriksaan tubuh badan bayi itu tidak menemukan sebarang kesan luka atau lebam akibat perbuatan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Kalau isteri cepat sentap bila suami cakap terkuat sikit tu bersyukur lah. Ya la, suami pun manusia biasa. Manusia biasa emosi senang-senang je nak turun naik sekelip mata. Kadang-kadang tak perasan pun volume suara tu ternaik.
Tahu-tahu dah termarah. Lelaki kan mudah marah, wanita pula mudah sentap.
Tapi anda patut bersyukur kalau dengar suami cakap kuat sikit je terus jadi sentap, terus air mata tu nak meleleh sendiri.
Padahal dalam hati dah tahu yang suami tengking tu bukan sebab marah tapi emosi dia tengah kacau, tetap juga air mata melelehkan. Rapuhnya emosi wanita.
Apapun alasannya..
Anda patut bersyukur jika mudah sentap, tu tanda sistem emosi anda belum imun lagi dengan kata-kata kasar dari suami.
Maknanya suami jarang-jarang tinggi suara dengan anda.
Bagi isteri yang dah selalu dengar suami cakap kuat, menengking, herdik dan seangkatan dengannya sudah pasti jadi imun.
Tak perlu lama, cukup je 40 kali kena tengking confirm telinga jadi imun.
Makin lama kena tengking hati isteri jadi makin keras, telinga jadi makin kebal dan akibatnya rasa benci pun makin menebal.
Masa ni dah tak ada lagi rasa sentap, rasa sedih dan rasa nak menangis sebaliknya yang ada cuma rasa menyesal dan rasa sakit hati.
Sangat penting seorang ketua keluarga untuk jaga 5 benda ni dalam rumahtangga supaya isteri tak imun dengan benda negatif seperti ini,
1 – Jaga pertuturan jangan sampai menguris hati pasangan. Lagipun setiap perkataan yang keluar dari mulut tu adalah doa. Jangan sampai mendoakan yang buruk buruk untuk keluarga sendiri pula.
2 – Jaga emosi sendiri. Kalau tengah marah jauhkan diri, bawa bertenang. Jangan jadikan masalah luar jadi pencetus pergaduhan rumahtangga pula.
3 – Jaga masa dan jangan membuang masa dengan perkara yang tak bermanfaat. Lebihkan perhatian pada isteri, jika nak keluar, keluar sama-sama isteri bukan tinggal di rumah jaga anak.
4 – Jaga nafkah zahir dan batin sebaik mungkin. Jangan culas bab nafkah walaupun sekali.
5 – Jaga solat diri sendiri, dan jaga solat isteri. Kalau dapat berjemaah lagi bagus. Solat berjemaah dapat buat suami rasa di hormati dan isteri rasa di sayangi.
Jaga je 5 benda dan kuatkan 5 benda ni sudah pasti tak akan ada lagi konflik rumah tangga yang remeh temeh.
Isteri yang menangis tu biasa tapi suami yang pandai memujuk tu yang luar biasa.
Tanda-tanda awal kanser darah pada kanak-kanak sering disalah anggap sebagai penyakit biasa. Ketahui simptom penting, punca leukemia dan rawatan yang perlu ibu bapa fahami.