Kalau isteri cepat sentap bila suami cakap terkuat sikit tu bersyukur lah. Ya la, suami pun manusia biasa. Manusia biasa emosi senang-senang je nak turun naik sekelip mata. Kadang-kadang tak perasan pun volume suara tu ternaik.

Tahu-tahu dah termarah. Lelaki kan mudah marah, wanita pula mudah sentap.

Tapi anda patut bersyukur kalau dengar suami cakap kuat sikit je terus jadi sentap, terus air mata tu nak meleleh sendiri.

Padahal dalam hati dah tahu yang suami tengking tu bukan sebab marah tapi emosi dia tengah kacau, tetap juga air mata melelehkan. Rapuhnya emosi wanita.

Apapun alasannya..

Anda patut bersyukur jika mudah sentap, tu tanda sistem emosi anda belum imun lagi dengan kata-kata kasar dari suami.

Isteri Menangis Biasa. Suami Yang Pandai Memujuk Tu Yang Luar Biasa

IKLAN

Maknanya suami jarang-jarang tinggi suara dengan anda.

Bagi isteri yang dah selalu dengar suami cakap kuat, menengking, herdik dan seangkatan dengannya sudah pasti jadi imun.

Tak perlu lama, cukup je 40 kali kena tengking confirm telinga jadi imun.

Makin lama kena tengking hati isteri jadi makin keras, telinga jadi makin kebal dan akibatnya rasa benci pun makin menebal.

IKLAN

Masa ni dah tak ada lagi rasa sentap, rasa sedih dan rasa nak menangis sebaliknya yang ada cuma rasa menyesal dan rasa sakit hati.

Sangat penting seorang ketua keluarga untuk jaga 5 benda ni dalam rumahtangga supaya isteri tak imun dengan benda negatif seperti ini,

1 – Jaga pertuturan jangan sampai menguris hati pasangan. Lagipun setiap perkataan yang keluar dari mulut tu adalah doa. Jangan sampai mendoakan yang buruk buruk untuk keluarga sendiri pula.

2 – Jaga emosi sendiri. Kalau tengah marah jauhkan diri, bawa bertenang. Jangan jadikan masalah luar jadi pencetus pergaduhan rumahtangga pula.

IKLAN

3 – Jaga masa dan jangan membuang masa dengan perkara yang tak bermanfaat. Lebihkan perhatian pada isteri, jika nak keluar, keluar sama-sama isteri bukan tinggal di rumah jaga anak.

4 – Jaga nafkah zahir dan batin sebaik mungkin. Jangan culas bab nafkah walaupun sekali.

5 – Jaga solat diri sendiri, dan jaga solat isteri. Kalau dapat berjemaah lagi bagus. Solat berjemaah dapat buat suami rasa di hormati dan isteri rasa di sayangi.

Jaga je 5 benda dan kuatkan 5 benda ni sudah pasti tak akan ada lagi konflik rumah tangga yang remeh temeh.

Isteri yang menangis tu biasa tapi suami yang pandai memujuk tu yang luar biasa.

Sumber: Mohd Fhais

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI