Usahawan Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa Madammu telah menganjurkan majlis kesyukuran dan doa selamat bersempena dengan kandungan sulungnya, pada Jumaat.

Bertemakan serba ungu para tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan tulang belakang jenama yang diusahakan, Noir Health & Beauty Sdn Bhd sopan dengan penampilan Muslimah oleh tetamu wanitanya.

Majlis Kesyukuran Baby A Lancar. Madammu Mohon Doa Urusan Hamil & Bersalin Mudah

“Majlis kesyukuran untuk Baby A,” tulis Madammu menerusi kapsyen pada instagram rasmi mereka.

Ia sekaligus memberi bayangan bahawa zuriat pertamanya itu apabila lahir akan diberi nama bermula dengan huruf ‘A’.

Majlis Kesyukuran Baby A Lancar. Madammu Mohon Doa Urusan Hamil & Bersalin Mudah

Menerusi platform sama, turut dikongsikan ialah sekitar sepanjang majlis berlangsung.

IKLAN

Begitu juga di Tik Tok, Madammu ada berkongsi perkara sama sambil memohon doa yang baik daripada semua.

@eriyca.baiduri Alhamdulillah, semoga semua berjalan dengan lancar. Ualls doakan yang baik2 untuk Madammu 💜#fyp #ladyofnoirmalaysia #noir #noirsyukur2022 ♬ Alhamdulillah – Opick & Amanda

“Alhamdulillah semoga semua berjalan dengan lancar. You alls doakan yang baik-baik untuk Madammu.”

Menerusi ruangan komen, ramai yang menitipkan kata-kata positif dan doa yang baik-baik buat Madammu.

Majlis Kesyukuran Baby A Lancar. Madammu Mohon Doa Urusan Hamil & Bersalin Mudah

“Alhamdulillah Madammu.. Semoga baik baik sahaja untuk Madammu & baby A 🥰”

IKLAN

“Alhamdulillahhhh2 semoga madam dan baby sentiasa sihat dan dipermudahkan semus urusan..❤️”

Malah tak kurang yang memuji penampilan penaja utama Anugerah Juara lagu ke-36 (AJL36) yang sopan bertudung.

 “Semoga suatu hari nanti Madammu akan kekal berpakaian sedemikian. Amin, cantik sangat.

“Cantik Madammu pakai hijab..”

IKLAN

Terdahulu Madammu berkongsi berita gembira apabila dia disahkan hamil selepas lima bulan menjalani rawatan in vitri fertilization (IVF) bermula April lalu.

Sejak itu, dia secara terbuka berkongsi perjalanannya dalam ikhtiar memiliki cahaya mata sendiri selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Kredit: IG Eriyca Baiduri ; Tik Tok @eriyca.baiduri & MH

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI