Kehamilan

Dua Bulan Setengah Lagi Syaikhul Ada Kawan. Puteri Sarah Akui Berdebar Tunggu Kelahiran ‘Baby S’

Share

Pelakon, Puteri Sarah yang sedang hamil tujuh bulan mengakui tidak sabar menunggu detik kelahiran anak keduanya tidak lama lagi.

Isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu mengakui rasa berdebar tetap ada kerana dalam tempoh dua bulan setengah lagi akan bertambah seorang ahli keluarganya.

Menginjak ke trimester ketiga kehamilan juga, Puteri Sarah dah makin kuat dan bertenaga berbanding di awal kehamilannya sebelum ini yang kerap sakit kepala hingga tahap nak hantuk kepala ke dinding kerana tak tahan sakit.

Kesakitan itu bukan hanya sesekali datang, ada ketika dirasai sepanjang hari.
Selain itu, Puteri Sarah juga tiada selera menjamah hidangan yang sudah dimasak lama.

Kini alahan yang dialaminya dah makin berkurangan dan mula ceria serta boleh makan seperti biasa.

Hadkan aktiviti

Walaupun dah kembali kuat untuk bekerja, Puteri Sarah akan hadkan aktiviti dan berehat sehingga selamat melahirkan adik Syaikhul nanti.

Lagipun Syamsul pun nasihatkannya untuk berehat dan jangan terlalu fokus dengan kerja demi menjaga kesihatan diri dan bayi dalam kandungan.

sumber: ig Puteri Sarah Liyana

IKLAN