Bila anak prolong jaundice dan doktor sahkan breastmilk jaundice, ibu terus jadi rasa bersalah dan rasa nak stop breastfeeding baby. Pastinya ramai ibu alami situasi ni kan?
Ya. Pernah berlaku. Saya dapat beberapa kes ibu menyusu yang dilema bila anak kena jaundice lama.
Bila emosi ibu tertekan, penat ulang alik ke klinik, rupa pun tak macam ibu berpantang, sakit luka bersalin belum hilang dan tambah lagi macam-macam cadangan umum untuk turunkan jaundice, memang rasa nak give up jer. Paling tak tahan, doktor sendiri yang suruh beri susu formula.
Ads
Ibu-ibu yang diuji anak prolong jaundice, kuatkan hati dan jaga emosi. Jaga kesihatan diri. Setiap anak, cabaran tu berbeza.
Gambar Hiasan
Tak mudah ya. Penat, sakit dan emosi hampir koyak semua tu saya pernah rasa.
Kalau ibu ada susu yang banyak, yakin susu cukup untuk baby dan baby boleh melekap minum dengan baik, teruskanlah breastfeed baby anda.
Gambar Hiasan
Jangan stop breastfeeding kerana itulah yang terbaik untuk baby. Mana mungkin Allah ciptakan sesuatu yang memudaratkan untuk bayi.
Apa yang kita boleh usahakan adalah jaga makan, elakkan ambil makanan herba atau ‘panas’, jaga kesihatan dan emosi. Jangan lupa kerapkan menyusu baby supaya berat baby terus naik.
Ads
Jangan lupa juga follow up di klinik kesihatan. Kalau fikir bab nak tambah anak ni, part ini je la saya rasa memang kena ada support. Dua-dua anak saya prolong jaundice. Masa pantang 40 hari saya habis ulang alik klinik dan bermalam kat hospital je. Adudududu.
Sabar ye ibu-ibu. Kuatkan semangat. Minggu ni sahaja saya dapat mesej 2 orang ibu yang ada masalah anak jaundice.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila orang cakap dah bergelar ibu baru kita akan tahu perasaan sayang dan sentiasa nak lihat anak sihat memang betul. Walaupun luka sikit atau demam pun dah tak senang duduk.
Bagi isteri Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila dia cukup risau apabila Jebat Jayden digigit nyamuk dan meninggalkan parut di dahinya.
Dalam entri instagram, Nabila meminta pendapat peminatnya untuk berkongsi cara menghilangkan parut gigitan nyamuk yang dah seminggu tapi masih lagi ada kesan.
Di ruangan komen ada yang mengesyorkan untuk mencuba rawatan tradisional dan tak kurang suruh guna je krim anti parut.
Ada juga yang berkongsi pengalaman dengan menggunakan susu badan dan sapu di tempat berkenaan.
Selain itu, cadangan dari ibu-ibu yang ada pengalaman sebelum ini mereka membiarkannya hilang sendiri. Cuma ambil sedikit masa.
Jebat Ikut Muka Mummy
Sementara itu, Jebat yang dah berusia 3 bulan kini mula jadi perhatian peminat mummy dan babanya.
“Makin besar, Jebat dah seiras mummy. Makin handsome.
“Sejuk kalau anak lelaki ikut muka ibu,” kongsi netizen di ruangan komen.
Sumber: ig noornabila
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Indius ialah proses memulakan proses bersalin dengan menggunakan ubat-ubatan dan cara mekanikal. Ia adalah salah satu pilihan bagi doktor yang sudah mengambil kira tempoh menunggu memberikan risiko yang tinggi kepada ibu dan bayi berbanding risiko indius.
Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital, Antara keadaan yang memerlukan indius ialah:
Ia melibatkan kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin. Selalunya melebihi 41 minggu. Ia dilakukan untuk mengelakkan bayi lemas. Overdue boleh menyebabkan uri tidak berfungsi dengan baik dan kemungkinan bayi sudah membuang air besar.
Indius akan dimulakan sebagai langkah untuk mempercepatkan kelahiran dalam masa 24 jam. Hal ini sangat mustahak untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kepada bayi dan ibu. Jika usia kehamilan kurang daripada 34 minggu, indius tidak dilakukan sebaliknya ibu dan bayi diberikan ubat-ubatan untuk meneruskan kehamilan. Antaranya ialah ubat untuk mematangkan paru-paru bayi.
Penyakit seperti praeklampsia, memerlukan indius awal bergantung pada tahap keseriusan. Selain praeklampsia, diabetes dan kegagalan buah pinggang juga adalah antara penyakit yang memerlukan kelahiran secara indius.
Bayi dalam kandungan yang mengalami pertumbuhan terencat, kurang pergerakan atau air ketuban yang semakin kurang memerlukan indius.
Ibu mengalami pendarahan atau antepartum haemorrhage yang serius atau teruk.
Permintaan daripada pasangan disebabkan oleh pelbagai sebab untuk kemudahan si ibu seperti pasangan akan keluar negara, mahu bayi lahir pada tarikh tertentu dan sebagainya.
Kelahiran secara indius lebih menyakitkan daripada kelahiran yang tercetus secara spontan. Ia akan berlaku secara mengejut dan tidak berperingkat. Antaranya ialah kekerapan, ketegangan dan ritma meningkat dengan pantas. Berbeza dengan kelahiran semula jadi. Dengan ini, proses kelahiran akan lebih pendek. Anda perlu tahu dan menjangkakan keadaan ini serta bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapinya.
Proses indius
Proses indius dilakukan dengan dua cara yang berlainan bergantung pada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Dua cara indius akan ditentukan sama ada indius yang menggunakan ubat-ubatan atau alat-alatan.
Ubat-ubatan
Pemilihan jenis ubat-ubatan ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim.
Prostaglandin ialah sejenis hormon yang dimasukkan menerusi vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
Oxytocin atau pitocin diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Alatan
Ia adalah satu prosedur yang memisahkan kantung ketuba bayi daripada serviks menggunakan jari tangan. Tindakan ini akan membantu perembesan hormon prostaglandin semula jadi dari tubuh anda yang bakal menggalakkan bukaan serviks.
Apabila bahagian serviks sudah terbuka, doktor akan memecahkan membran kantung ketuban dengan menggunakan amni hook untuk memecahkan selaput rahim dan akan dibantu oleh pitocin yang dialirkan melalui intravena.
Foley balloon cathether pula ialah sejenis alat yang mempunyai belon di hujungnya. Alat ini dimasukkan ke dalam pangkal rahim untuk merangsang perembesan hormon prostaglandin semula jadi yang akan membuka serviks untuk melancarkan proses kelahiran.
Prosedur induksi
Anda yang disahkan bakal melalui induksi akan diberikan hormon prostaglandin dalam bentuk pil, gel atau tablet yang bertindak secara perlahan (slow release) menerusi vagina. Anda akan dipantau selama enam jam dari segi rentak jantung bayi, kontraksi dan keadaan bayi.
Pengambilan hormon prostaglandin menerusi pil mengurangkan daya kawalan terhadap proses kelahiran terutamanya kepantasan proses kelahiran berbanding oxytocin atau pitocin yang diberikan melalui intravena yang boleh dikawal pengambilannya dalam tempoh tertentu. Sekiranya hasil pemantauan menunjukkan tiada bukaan rahim, dos kedua akan diberikan. Pemberian dos kedua dipertimbangkan oleh doktor bergantung kepada profil anda iaitu jumlah anak dan sejarah kelahiran secara pembedahan caesarean.
Komplikasi dan risiko
Penting untuk anda untuk mengetahui apa yang akan berlaku sepanjang proses induksi dijalankan supaya persediaan emosi dan fizikal dapat dilakukan. Dengan memahami pro dan kontra induksi serta risiko yang akan didepani, maka lebih mudah menjangka apa yang akan berlaku kepada bayi dan anda seterusnya. Risiko kelahiran secara induksi ialah:
Anda perlu memahami mengapa kelahiran bayinya perlu prosedur indius. Pemahaman ini menjadi perkara pokok yang membantu proses kelahiran berjalan lancar. Sekiranya kurang jelas, anda perlu bertanya kepada doktor tentang prosesnya dan apa yang dijangka akan berlaku.
Penting bagi anda mengetahui kelahiran indius boleh berakhir dengan pembedahan caesarean kerana kegagalan bukaan serviks setelah ubat-ubatan dan alatan digunakan dalam tempoh yang diberikan. Doktor yang merawat tentu sudah mempertimbangkan jangka masa, faktor keadaan dan risiko bayi lemas sebelum indius dijalankan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah diucapkan buat Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 17 Julai lalu.
Berita kelahiran itu pastinya menggembirakan seluruh rakyat Kelantan.
Anakanda pertama baginda berdua yang diputerakan pada 17 Julai 2023 bersamaan 28 Zulhijjah 1444H ini dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Pada hari ketujuh kelahirannya, nama yang indah telah diumumkan buat si kecil. Melalui laman sosial rasmi, Dr Tengku Muhammad Faiz berkongsi gambar bersama bayi sulungnya.
“Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
“Dengan limpah perkenan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan menamakan putera seperti berikut:
“Tengku Muhammad Johan Petra Bin Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
“Semoga ALLAH SWT memberi keafiatan, taufik dan hidayah serta dipermudahkan segala urusan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan serta anakanda,” titip baginda.
Menerusi perkongsian gambar keluarga yang dikongsikan baginda, Tengku Muhammad Johan Petra kelihatan sangat comel.