Perasaan rindu pada anak syurga yang telah pergi buat selamanya sukar dipadam dari dalam hati seorang ibu yang tabah melalui dugaan. Puan Hamidah Tajuddin berkongsi pengalaman membesarkan anak Sindrom Downnya yang meninggal dunia akibat penyakit kanser Leukimia.
Sepanjang kehamilan tiada sebarang masalah membuatkan dia dan suami menyangka segalanya berjalan lancar. Sehinggalah tiba hari melahirkan bayi, baru diketahui anaknya mengalami pelbagai komplikasi seperti jantung berlubang, jaundis yang teruk, jangkitan paru-paru dan yang paling terkejut disahkan Sindrown Down.
“Selepas melahirkan, suami hanya mendiamkan diri tanpa memberitahu hal sebenar. Dia hanya cakap anak okey. Esoknya saya hairan kerana menunggu suami datang tetapi tak kunjung tiba. Lalu doktor yang bertugas memberitahu hal tersebut. Waktu itu sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata perasaan ketika itu. Bayangkan 13 tahun yang lalu, masalah Sindrom Down tidak terlalu ketara dibandingkan dengan sekarang.
Jadi saya rasa tak boleh nak hadapi dan uruskan anak ketika itu. Sampaikan darah tinggi saya naik dan ditahan di wad sedangkan sebelum ini saya tiada masalah darah tinggi dan kencing manis. Bukan kerana saya menolak takdir tetapi saya tidak tahu bagaimana nak uruskan anak istimewa ini.
Apabila petang baru suami sampai dan dia cakap memang dah tahu anak kami istimewa. Dulu waktu saya mengandung 7 bulan, suami ada mengerjakan umrah dan di depan Kaabah, terlintas bayangan anak. Tetapi suami tak ceritakan pada saya. Hanya selepas anak kami lahir baru dia cerita.
Dua hari saya tak pegang atau tengok anak ketika itu. Sehingga suami suruh ambil dan susukan anak. Dia nak saya rasakan apa perasaan sebagai seorang ibu. Terus saya menangis dan apabila memangku Muhammad Syukur, rasa kasih sayang seorang ibu tiba-tiba ada. Saya dakap dan cium dia dengan sepenuh hati,” ujar ibu kepada Muhamad Syafiq, Muhamad Syauqi, Muhamad Syaqir, Farah Shuhada, Farah Shahida dan Muhamad Syukur.
Umur 5 tahun sudah boleh membaca
Ketika dalam pantang tiada masalah menjaga bayi kerana anaknya sangat baik cuma Syukur lebih banyak tidur berbanding menyusu menyebabkan payu daranya bengkak.
“Saya tak pantang sangat sebab keluar masuk hospital kerana Syukur kena jaundis yang teruk. Satu hari kawan suami datang dan beritahu dia juga ada anak istimewa dan katanya tak ada masalah untuk menguruskan mereka.
Jadi saya tetapkan azam dalam masa 5 tahun saya nak all out dengan anak. Saya sekolahkan dia umur 6 bulan di Kiwanis Down Syndroem Foundation. Selepas 44 hari pantang, saya ke Kiwanis, dan ke IJN serta Persatuan Sindrom Down Malaysia. Di Kiwanis ramai anak-anak yang sama dengan anak saya. Daripada situ, semangat saya kian bertambah cuma saya sedih sebab anak orang lain hanya bermasalah Sindrown Down, anak saya siap ada jantung berlubang lagi.
Umur 1 tahun 7 bulan anak saya menjalani pembedahan dan nampak lubang di jantungnya membesar. Alhamdulillah pembedahan tersebut berjaya. Selain itu saya juga bawa anak ke sekolah khas. Anak-anak istimewa ini susah untuk bercakap dan ambil ambil masa, jadi saya tidak harapkan sekolah semata-mata.
Sebaliknya di rumah pun saya ajar anak. Anak-anak istimewa ini lebih mudah dan cepat tangkap kalau kita gunakan Bahasa Inggeris. Saya guna flash card kerana ia sangat membantu. Malah, waktu dalam pantang lagi saya sudah praktikkan. Umur 5 tahun anak saya sudah boleh membaca,” ujar Hamidah yang memberitahu tak perlu kos tinggi jika ibu bapa kreatif, sebaliknya dia menggunakan manila kad untuk buat sendiri flash card.
Ads
Anak didiagnos kanser
Reda dan mampu menerima anaknya Sindrown Down, sekali lagi ujian melanda pasangan ini bila mana Syukur didiagnos menghidap kanser .
“Waktu bersekolah di Putrajaya ketika umurnya 7 tahun, tiba-tiba Syukur demam. Waktu itu rasa sesuatu tak kena. Kami bawa ke hospital selepas nampak tanda bintik-bintik merah dan lepas ambil darah, doktor tengok keputusan darahnya rendah dan itu petanda ada kanser. Selepas keluar result doktor beritahu Syukur ada penyakit Leukimia.
Ketika di dalam ambulans nak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), saya bisik pada diri mulai hari ini, bermulalah episod anak saya sebagai pesakit kanser. Sudahlah dia sindrown down, sekarang bertambah penyakit lain. Bermula dari hari itu, Wad KK3, HKL ibarat rumah kedua kepada saya.
Di wad kanser, rupanya ramai kanak-kanak yang menghidapi pelbagai jenis kanser. Saya berkenalan dengan ramai ibu bapa pesakit kanser kanak-kanak dan kami seperti satu keluarga dan saling menyokong antara satu sama lain. Ramai juga dari ibu bapa ini yang berdepan dengan pelbagai masaalah semasa anak-anak mereka menerima rawatan di HKL.
Jadi, daripada situlah saya tubuhkan kumpulan sokongan kerana kasihan dengan ibu bapa yang masih muda dan tiada sumber kewangan. Dalam masa yang sama mahu beri mereka kekuatan dan tertubuhlah Kumpulan Ibu bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS)” ujar Hamidah sambil memberitahu sambutan diterima baik dan setakat ini sudah ada hampir 500 orang ahli di dalam kumpulan tersebut.
IQ tinggi
Ads
Setiap kali anaknya masuk wad, hati ibu gundah gulana dan sentiasa berdoa supaya Tuhan masih panjangkan umurnya dan beri kesempatan pada dirinya untuk membesarkan anak syurga itu.
Walaupun Syukur tidak bersekolah, tetapi tahap IQnya cukup tinggi. Tanyalah apa sahaja pasti Syukur boleh jawab. Malah, dia juga pandai Google sendiri tanpa perlu diajar. Waktu umurnya masuk 11 tahun, doktor beritahu kansernya sudah tiada dan sebagai ibu memang gembira dan bersyukur tak terkata.
“Tapi, kegembiraan itu tak panjang apabila Syukur lagi sekali diserang kanser pada usia 12 tahun. Tuhan mahu menduga kami lagi dan doktor cakap tiada harapan. Bayangkan kimo yang perlu Syukur lakukan 3 kali ganda lagi kuat dari sebelum ini.
Sekali buat kimo, Syukur terus dimasukkan ke ICU dengan ulser penuh di mulut, muntah darah dan sebagainya. Sedih hati sebagai ibu apabila melihat keadaan dia ketika itu. Tapi Syukur seorang yang kuat dan dia jugalah yang menjadi sumber kekuatan saya untuk melalui semua ini.
“Disebabkan dia tak boleh makan, jadi saya kisar bubur dan guna sringe suapkan dia. Bila dia tak boleh makan saya nangis dan terus dia cakap Mummy don’t cry Mami, I’m strong. Lepas tu dia sapu air mata di pipi saya,” cerita Hamidah.
Kanser Merebak Dalam Darah
“Arwah mula disahkan relapse pada bulan September tahun lalu di mana kansernya dapat di kesan dalam darah. Mula-mula kami pelik dia sakit pinggang. Tiga minggu lepas tu baru dapat tahu bila ambil darah yang kanser dia ada dalam darah sebanyak 50%. Dari mula dia sakit pinggang, dia tak boleh berjalan sehingga arwah meninggal.
Ads
Doktor beritahu kansernya tidak boleh dirawat lagi dengan kaedah kimoterapi kerana dia sudah banyak kali membuat rawatan tersebut. Ini kali kedua dia relapse. Dari situ kami rasa tertekan dan memang sedih sebab dia telah banyak melalui kimoterapi tapi masih tidak sihat. Tapi bila kami fikir, itu semua kuasa dari Allah.
Kami bangkit dan nekad akan buat yang terbaik untuk cari rawatan lain selain dari datang ke HKL untuk transfuse darah dan platelet. Dalam masa 3 bulan tu kami memang 100% uruskan dia. Alhamdulillah anak-anak lain beri sepenuh perhatian dan turut membantu menguruskan adik dengan penuh kasih sayang.
Semua adik-beradik rapat dengan adik mereka. Semua yang adik inginkan akan dituruti cuma masa 3 bulan tu kesihatan Syukur mula merosot. Setiap 3 hari blood count dia mesti drop dan akan ke HKL untuk masuk darah dan platelet. Kadang-kadang mulut keluar darah dan sentiasa sakit perut kerana hati dan limpa mula membengkak.”
Akhirnya Syukur pergi tinggalkan Mummy
Selesai rawatan tiba-tiba kanser Syukur menyerang kali ke-2 pada bulan September lalu sehingga dia meninggal dunia pada 26 November 2018 ketika berusia 13 tahun.
“Ketika itu kami sudah tak boleh buat apa lagi. Bila sakit, Syukur akan dibawa ke HKL. Pada dua minggu sebelum Syukur pergi buat selamanya, dia dimasukkan ke hospital kerana cirit-birit.
Bermula dari situ berat badannya turun kerana tiada selera makan dan tak boleh nak makan solid food. Dia hanya minum air dan makan bubur sahaja. Semasa akhir hayatnya, langsung dia tidak menunjukkan tanda yang akan meninggalkan kami Cuma dia selalu cakap yang dia saying dan rindukan Mummy dan Ayah.
Di awal dia sakit dia selalu cakap terima kasih kerana lahirkannya. Tiga jam sebelum dia meninggal masih bercakap lagi dan panggil ayah dan cakap adik sayang Ayah, adik sayang Mummy,” cerita Hamidah dalam nada sayu.
Hamidah menganggap Syukur anak yang sangat menyenangkan hati dan tak banyak mengeluh bila sakit. Arwah selalu minta Mummy dan Ayah serta keluarga mendoakan dia cepat sembuh tapi perancangan Allah adalah yang terbaik.
“Kami nampak dan rasa dia kritikal hanya beberapa jam sahaja, Allah permudahkan dia pergi. Memang senang,” akhiri Hamidah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih dalam pantang, tapi ibu ini diuji dengan kehilangan anak yang sangat dinanti-nantikan dalam keluarga. Hanya sempat peluk, cium, belai dalam tempoh 34 hari, anak syurga ini akhirnya pergi jua.
Terasa sedih membaca perkongsian dari Puteri Fazeera mengenai kisah yang berlaku pada anaknya. Walaupun dia dan suami dah berusaha tapi Allah lebih sayangkannya.
Tak disangka-sangka hanya dengan nafas berbunyi, rupanya ada jangkitan di paru-paru sehingga menjadi punca kematian kepada Muhammad Raid Fawwaz. Semoga kisah ibu ini dapat menjadi peringatan buat ibu bapa.
Jumpa pakar kalau nafas anak berbunyi
Assalamualaikum …Al fatihah buat wildan syurgaku . Ummi rindu sangat kat awak sayang. Ummi tahu awak lagi bahagia & tenang kat sana disamping malaikat yg menjaga . Syukur hari ni diberi sedikit kekuatan untuk meluahkan & berkongsi cerita . Raid anak ummi yg kuat.
Raid murah senyuman walaupun hakikatnya raid tgh sakit raid tak pernah tunjuk yg raid sakit,tak pernah sedikit pon demam dan lain-lain.
Pesanan untuk ibubapa & bakal ibubapa diluarsana kalau anak/baby nafas berbunyi mcm berkahak/berdengkur walaupun dh berkali pergi klinik untuk cek lebih baik refer pakar kanak-kanak dgn segera! Tak lama lepas kelahiran nafas raid berbunyi berkali kami pergi klinik untuk cek sebab risaukan pernafasannya.
Tapi doktor tetap kate paru-paru raid ok. Raid x selsema, raid x demam everything ok. Jwapan yg same bila pergi klinik lain…
Baru 30 minit lelap, Raid longlai, tak sedarkan diri
Subuh hari Jumaat 9/2/2018 jam 5.3O pagi raid nangis sebab nak dipegang & bwk jln2 sampai tertidur n diletak semula kat tilamnya, 30 minit saja terlelap ,bile trjaga pukul 6 tgok raid da longlai mengiring hidung berdarah + lendir, 1 badan pucat n x sedarkan diri.masa tu nadi memg da xde, smntre pjalanan kami tetap usaha berkali beri bantuan pnafasan kat mlut raid yg keluar lendir + darah dekat hidung.pergi emergency klinik ksihatan tutup,then pergi emergncy hospital waqaf.
Doktor usaha sedaya upaya, mase tu hanya berdoa agar Allah beri keajaiban.doktor sahkan raid da xde,sampai2 bacaan jantung raid da flat. Bermaksud raid memg xde sebelum sampai situ, doktor xthu ape punca raid meninggal n doktor syak raid tersedak susu sebab lebihan susu kluar bersama darah+lendir then suruh buat police report.
Polis buat order posmoterm katenye skrg KKM wajibkn ke ats kanak bwh 5 thun.smpai di jabatan forensik HSI doktor tanya dari awal2 smpai akhir ape yg brlaku, doktor ckp boleh tarik order posmoterm kalau xnk,x sanggup dgn mnyakinkan pihak polis yg buat order posmoterm tu agr tarik balik. sbb kami x sanggup mmbygkn raid dibedah sana sini. Ape pon sebab kami redha n xkn tuntut ape2 dr mana2 pihak.kami terima klau btol ats kecuaian kami smpai raid tsedak susu n xkn mmaafkan diri sndri ! .pihak polis tetap berkata die xde kuasa even doktor kate hanya polis tu saja berkuasa n cara lain pergi mahkamah tpi prosedure yg agk mkn mse lme.ade hikmahknya byk sangat halangan mase nk tolak utk dibuat posmoterm.
Doktor sahkan jangkitan kuman di paru-paru
Selepas siap posmoterm doktor sahkan raid terkena jangkitan kuman kat paru2.doktor kate klau tersedak susu takkan keluar DARAH ! Mase tu yg terlintas di fikiran kami hanya “nafas berbunyi ! ” selama ni. Selama ni doktor cek paru2 normal? ? Paru2 Ok? ? Raid sihat je? ? …Ya Rabbi, kami redha ya Allah segalanya mungkin da tertulis raid pinjaman sementare buat kami.memang klau diberi peluang utk undur balik masa ummi n baba akan buat yg terbaik utk raid.
Tapi raid kuat,raid tak tunjuk langsung yg raid sakit, raid selalu senyum seolah raid sihat walafiat ! Peringatan utk ibubapa diluar sana jgn ambil mudah kalau baby “nafas berbunyi” pergi refer PAKAR KANAK2 SEBELUM TERLAMBAT! Kami share disini agar ibubapa kat luar sana bole berhati hati n spye x rase keperitan kehilangan anak macam kami alami. Perit yg teramat! Lebih2 lagi penantian kami inginkan zuriat agk mkn mse sdikit lme bile da merasa menimang cahaya mata sendiri sektika kami diberi ujian sebegini…PERIT YG TERAMAT SANGAT ! RAID ANAK UMMI BABA.TUNGGU UMMI BABA DISANA YE SAYANG…ALFATIHAH anak syurgaku MUHAMMAD RAID FAWWAZ BIN MOHAMAD RAZIF…hadirnya raid seketika seolah olah mimpi yg sangat INDAH buat kami.segalanya kini tinggal kenangan….
Anak kecil sememangnya mempunyai masalah untuk mengambil sayur-sayuran mahupun buah-buahan. Masalah ini timbul apabila si kecil mula diperkenalkan dengan makanan orang dewasa yang mempunyai pelbagai rasa.
Rasa sesetengah sayur yang sedikit pahit dan buah-buahan yang mungkin memberikan rasa pelik membuatkan anak menolak makanan berkhasiat ini. Jika dibiarkan, dibimbangi dia akan mengalami masalah kekurangan zat nutrisi yang sangat diperlukan untuk proses tumbesarannya kerana kurangnya zat yang diambil dalam makanan harian.
Situasi anak-anak yang enggan makan sayur boleh mendatangkan kesan yang besar seperti kekurangan mikronutrien. Sebagai ibu bapa pasti inginkan anak membesar dengan sihat. Jangan berputus asa dalam memberikan yang terbaik.
Ikuti ‘trick’ ini bagi memastikan si kecil membesar dengan sihat:
Hidangkan Sayur & Buah Dalam Setiap Hidangan
Teruskan menghidangkan sayur-sayuran setiap kali waktu makan. Sama ada si kecil makan atau tidak, tolak ke tepi dahulu. Hal ini kerana galakan yang berterusan akan meningkatkan penerimaan anak terhadap sayur-sayuran walaupun usaha ini mungkin memakan masa yang panjang.
Hidangkan Makanan Yang Menarik (Food Presentation)
Rajinkan diri untuk menghias makanan anak-anak. Pelbagaikan warna sayur dan buah atau buatlah hiasan yang comel. Ini kerana hidangan makanan yang menarik mampu membuatkan si kecil berselera untuk makan.
Makanan Tambahan
Berikan si kecil minuman bijirin VGrains yang penuh berkhasiat dan lazat. GoodMorning 18 Bijirin diproses daripada 18 jenis bijirin premium yang terpilih berasaskan 5 warna fitonutrien. Setiap warna kaya dengan nutrisi khas yang membantu meningkatkan tenaga 5 organ utama badan kita.
Terdapat 7 bahan unik dalam GoodMorning VGrains seperti ubi keledek ungu, beri biru, Prebiotik Inulin, AquaminF (Kalsium), Lutein, Fibersol-2 dan Lesitin Soya yang mempunyai khasiat tersendiri.
7 bahan unik dan khasiatnya dalam GoodMorning VGrains:
Ubi Keledek Ungu
Kaya dengan antosianin dan tinggi antioksidan. Menghapuskan radikal bebas 20 kali lebih tinggi daripada vitamin C, 50 kali lebih tinggi daripada Vitamin E. Melancarkan proses pencernaan di usus, membantu dalam detokifikasi dan menguatkan sistem imunisasi.
Beri Biru
Tinggi dalam antioksidan (antosianin dan asid fenolik). Membantu menangguhkan kesan penuaan. Meningkatkan daya penglihatan.
Prebiotik Inulin
Serat Larut Air. Menggalakkan pergerakan usus. Membantu dalam pertumbuhan bakteria baik. Menguatkan sistem imunisasi.
AquaminF (Kalsium)
Membantu menguatkan gigi dan tulang.
Lutein
Meningkatkan fungsi visual dan melindungi mata dari radikal bebas.
Fibersol-2
Membantu meningkatkan pengambilan serat harian. Menggalakkan pergerakan usus. Membantu mengimbangkan gula darah, menurunkan kolesterol dan tekanan darah
Lesitin Soya
Membantu meningkatkan fungsi sel. Menggalakkan kesihatan otak dan meningkatkan daya ingatan.
Anda tidak perlu risau lagi tentang si kecil kerana kesemua 7 bahan unik antaranya ubi keledek ungu dan beri biru yang terdapat dalam VGrains bagus untuk tumbesaran serta menguatkan imunisasi tubuh badan agar si kecil sentiasa sihat, ceria dan bertenaga.
Penyediaannya yang cukup mudah dan cepat sesuai dijadikan pilihan ibu bapa kini yang sibuk dengan aktiviti seharian. VGrains boleh dicampur dalam minuman serta makanan kegemaran si kecil anda. VGrains bukan sahaja sesuai untuk anak berusia 1 tahun ke atas tetapi juga sesuai untuk seisi keluarga.
Si kecil sihat, ibu bapa gembira, keluarga ceria!
Untuk ketahui pelbagai lagi kebaikan untuk makanan si kecil dan seisi keluarga serta tip-tips pemakanan bersama VGrains boleh klik link di bawah:
Muhammad Nassar Sanusi yang mendermakan sebahagian hati kepada anaknya, selamat menjalani pembedahan di Max Super Speciality Hospital, New Delhi, India.
Pembedahan berlangsung 13 jam pada Sabtu lalu dan kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Kakak Muhammad Nassar, Najihah Salwani, 33, berkata, adik dan anaknya Aysar Nasri berusia tujuh bulan bagaimanapun masih dalam pantauan pakar di unit rawatan rapi hospital itu.
“Syukur kedua-duanya sudah sedar dan kami sekeluarga masih di sini (India) untuk menunggu perkembangan selanjutnya.
“Doktor beritahu, mereka berdua stabil dan masing-masing menunjukkan perkembangan positif.
Muhammad Nassar bersama anaknya sebelum pembedahan. FOTO Ihsan Najihah Salwani.
“Sama ada perlukan pembedahan susulan atau tidak, semuanya bergantung kepada keadaan, jika ada komplikasi. Tetapi kami berharap tiada ‘rejection’ pada Aysar Nasri,” katanya ketika dihubungi Metro.
Najihah Salwani berkata, pakar yang merawat dua beranak itu turut menyifatkan pembedahan terbabit berjaya, meskipun Aysar Nasri perlu ditempatkan di ICU selama dua minggu.
Katanya, Muhammad Nassar pula dijangka dipindahkan ke wad biasa esok.
Sebelum ini media melaporkan kisah Aysar Nasri yang menderita penyakit hati kronik dan keluarga itu memerlukan sokongan dana untuk membolehkan pemindahan hati dilakukan.
Muhammad Nassar nekad mendermakan hati buat bayinya dengan kos pembedahan perlu ditanggung mereka cecah RM120,000.
Dapat tahu hidap Biliary Atresia ketika usia dua bulan
Berdasarkan perkongsian Muhammad Nassar berkata sebelum inii, penyakit anaknya itu dikesan 16 Mei lalu iaitu ketika Aysar berusia dua bulan hasil pemeriksaan dilakukan pakar.
“Aysar dilahirkan normal tetapi badannya menjadi kuning dan selepas dirujuk ke hospital doktor mengesahkannya menghidap Biliary Atresia.
“Dua hari kemudian, Aysar menjalani pembedahan dan saya sangka keadaannya kembali normal tetapi dia diserang demam diikuti jangkitan kuman pada hati dua minggu kemudian yang menyebabkannya ditahan di hospital.
“Sejak itu, Aysar kerap keluar masuk hospital dan kini dia dirawat di wad kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terkena jangkitan sama dan hospital juga ibarat rumah kedua buatnya,” katanya.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.