Banyak majlis-majlis keraian yang dibuat sebelum ini terpaksa ditangguhkan dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak pertama kali dilaksanakan pada Mac 2020. Disebabkan itu juga, ramai pasangan pengantin baru yang dah merancang awal tiada pilihan dan terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan itu kepada saudara mara dan rakan-rakan.
Namun setelah kerajaan membenarkan majlis dianjurkan dengan pematuhan SOP, ada pasangan yang dah bernikah turut mengambil kesempatan mengadakan majlis bersejarah mereka sebagai kenangan untuk masa depan.
Menariknya dalam satu perkongsian video di TikTok Az Munir, kelihatan pasangan ‘pengantin lama’ mengadakan majlis kenduri dengan dihadiri cahaya mata perempuan mereka sebagai peneman.
Video itu memaparkan, si isteri berjalan sambil mendukung bayi perempuannya yang belum lagi mencecah usia setahun menuju ke arah suami yang setia menunggu.
Ketika tiba dihadapan suaminya terus disambut dengan salam dan ciuman lalu si ayah mengambil anak perempuannya sebelum pasangan ini berarak menuju ke khemah pengantin.
Ads
Difahamkan, perancangan pasangan ini untuk mengadakan majlis terpaksa ditunda dua kali iaitu pada PKP 1.0 dan PKP 2.0 sehinggalah anak selamat dilahirkan.
Video yang berdurasi 47 saat itu telah meraih lebih 400 ribu tontonan setakat ini.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira buat pasangan itu kerana majlis sanding yang diimpikan akhirnya dapat dilaksanakan dengan sempurna walaupun tertangguh sebelum ini sehingga anak dah besar.
Ads
Dalam pada itu, mereka turut berseloroh bahawa anak pasangan ini sangat bertuah kerana berkesempatan melihat momen bersejarah kedua ibu bapa mereka.
“Ni baru ye..bersanding sekali dengan anak. Tak macam kami, asal anak tengok gambar kahwin, mesti dia tanya kenapa dia tak ada..”
“Baru betul mak ayah jemput anak datang..”
Ads
“Kalau tengok gambar kahwin, anak-anak mesti tanya kita mana.. Ni dah mudah jawab sebab ada sekali..”
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memandangkan sekarang virus influenza semakin merebak, langkah pencegahan harus dilakukan bagi memastikan keadaan ini terkawal dan tidak menjangkiti orang lain.
Biasanya golongan kanak-kanak lebih berisiko kerana antibodi mereka belum kuat selain warga emas.
Sebagai persediaan awal untuk ibu bapa senarai kit pencegahan dan kawalan influenza ini boleh membantu seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.
Anda ada anak yang terkena demam influenza? Risau anak lain juga terkena influenza?
Di sini kami senaraikan kit yang perlu ada untuk mengurangkan risiko anak anda daripada terkena jangkitan influenza di rumah dan juga boleh diamalkan di Taska/sekolah.
Kami senaraikan juga 5 perkara basic dalam pencegahan dan kawalan influenza
1) Penjagaan kebersihan diri
2) Amalan cuci tangan yang betul
3) Penjagaan kebersihan persekitaran
4) Pemeriksaan/saringan pintu masuk
5) Disinfeksi dan nyakuman permukaan tercemar
Selain daripada mengambil langkah pencegahan, ibu bapa perlu pastikan anak-anak minum air putih dan amalkan pemakanan berkhasiat.
Antara gejala awal adalah:
1. Demam tinggi berulang
2. Batuk berpanjangan selepas demam
3. Kanak-kanak lebih mudah terdedah
4. Dewasa biasanya berasa tidak selesa, sakit kepala dan berkaitan dengan pernafasan
5. Sangat senang berjangkit
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Bagi pelakon, Izzue Islam dia cukup tersentuh hati apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ingin membantu dia dan isterinya, Awin untuk mendapatkan cahaya mata.
Izzue yang berpeluang bertemu Tunku Azizah di belakang pentas ketika pementasan teater Mak Yong pada Oktober lalu berkata, tawaran itu disifatkan sebagai satu pertolongan yang amat bernilai buat dirinya.
Tawarkan Untuk Buat IVF
“Saya akui terkejut dan terharu apabila Tunku Azizah sendiri tawarkan untuk bantu saya dan isteri mendapat zuriat.
“Pertemuan ketika di belakang pentas selepas selesai pementasan teater Mak Yong memang cukup manis. Waktu itu, saya tidak tahu nak cakap apa sebab segan dengan baginda.
“Bagaimanapun Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya dan isteri sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu saja,” katanya.
Menurut Izzue, sehingga kini dia belum berkesempatan bertemu Permaisuri memandangkan jadual kerjanya yang padat.
“Belum ada rezeki untuk bertemu dengan baginda. Saya agak sibuk dengan beberapa komitmen serta sibuk dengan penggambaran sebuah drama.
“Insya-Allah kalau ada rezeki, mungkin awal tahun depan saya akan berjumpa baginda,” katanya.
Untuk rekod, Yayasan Fertiliti Tunku Azizah yang diasaskan baginda menawarkan penajaan pasangan yang terpilih untuk rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim (IVF) di sebuah Pusat Fertiliti yang mengambil bahagian di Malaysia.
Hampir enam tahun mendirikan rumah tangga, Izzue dan Awin belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Pasangan itu bernikah pada 2 Jun 2013.
Sejak kepulangan anak bongsu ke rumah, pelawak dan usahawan, Shuib sentiasa berkongsi perkembangan Ayash Affan buat peminatnya dan arwah isteri, Siti Sarah. Ini kerana selepas dilahirkan secara pembedahan bulan lalu sebelum ibunya dijemput ilahi, ramai yang mendoakan Ayash dapat membesar dengan sihat.
Walaupun tanpa kasih sayang seorang ibu, Ayash beruntung kerana ramai yang menitipkan doa dari jauh dan mungkin ini juga membuatkan Ayash kuat walaupun dilahirkan tak cukup bulan.
Beberapa hari dah daddy dengan AYASH, alhamdulillah anak yang sihat, anak yang baik, tak banyak perangai. Nangis pun kadang-kadang je.
Tapi bila nangis tu saja je biarkan nangis lama sikit sebab suara nangis AYASH tu terlalu sedap didengar. Semoga terus sihat dan semoga Allah menjadi anak yang SOLEH. Doakan kami ya.
Sementara itu, di instagram arwah Siti Sarah pula, ada berkongsi mengenai gelagat abang dan kakak yang cukup teruja nak jaga adik. Masing-masing sanggup menunggu di tepi katil walaupun adik tengah tidur.
Punyalah sayang kat adik Ayash, Kakak Dekta tidur jam 1 pagi malam tadi bergilir jaga dengan daddy. Dekta siap cakap nak belajar buatkan susu untuk Ayash nanti. Uwais dan Matin pun tolong Dekta jaga baby Ayash.
Alahaii.. mesti ibu happy tengok anak-anak dia dah pandai nak uruskan adik. Ini pun dia orang terperap je kat bilik teman adik Ayash.
Moga keempat-empat anak arwah Siti Sarah sentiasa menjadi anak soleh solehah dan membesar dengan kasih sayang yang tak putus dari daddy dan seluruh ahli keluarga yang lain. InsyaAllah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.